Harini aku nak cerita pasal gigi. Maaf la panjang dan boleh skip kalau bosan. Dulu masa muda2, satu gigi aku rosak bahagian geraham belakang. Biasalah, zaman budak2 tak berapa jaga sangat gigi. Malam tidur selalu lupa nak gosok. Aku perasan dah sakit masa aku sekolah menengah. Disebabkan dah rosak, perlu tampal. Jadi mak aku pergila bawak aku pergi klinik gigi kerajaan. Klinik gigi tu sebahagian daripada hospital.
Masa aku buat rawatan tu, aku tak ingat prosedur dia macam mana. Yang paling aku ingat dia tekan2 bahagian gigi rosak tu dengan benda yang nak ditampal. Aku rasa dia taktau bius tu berkesan ke tak. Kau tau kan kalau sakit gigi tu sakit macam mana. Ni dia pergi tekan lagi. Buat lawak ke apa ni. Aduhh rasa sakit tu ya Allah. Sikit lagi je aku nak tertendang doktor tu. Hmmm nasib baik perasaan tu dapat dikawal. Aku sebenarnya kena datang balik, tapi mintak ampunla aku memang takkan datang balik la kan. Trauma tak habis situ, sejak dari haritu aku takut nak pergi jumpa doktor gigi.
Bila dah besar sikit lagi, time study mak aku ada jumpa satu klinik gigi ni. Dia start buat rawatan dekat klinik tu kalau ada masalah. Klinik pergigian + dental surgery, doktor tu memang best. Kita letak nama dia klinik gigi Dee. Lembut je, dan sangat jaga service dia. Tapi biasalah klinik swasta.. Menangis jugakla bila nak bayar. Jadi aku pun ikut mak pergi klinik tu sebab sakit gigi belakang tu datang balik. Ok, yang gigi tu tak dapat diselamatkan. Kena cabut. Tapi gigi geraham lain pun ada yang rosak jugak sampai kena buat rawatan akar.. Kalau nak tau, rawatan akar tu mahai.
Kiranya dia isi satu material dekat bahagian akar gigi. Lepas tu dia tampal dekat atas. Jadi selamat la tak sakit dan tak perlu totally cabut satu gigi. Sebab yang sebabkan sakit tu kalau berlubang, kuman semua kena kat akar. Jadi bila mati kan akar tak sakit la. Kalau ada dentist yang baca mohon betulkan ye kalau salah..
Aku kena datang dalam dua kali rawatan. (kos dia total RM 600++ ke atas) Huhu.. Memang nampak duit terbang melayang2. Tapi dia buat memang tiptop. Dia akan bius.. Dan pastikan kita punya bius tu berkesan sebelum start prosedur. Lepas tu memang dia akan cakap, kalau masa buat rawatan, sakit angkat tangan. Jujur aku cakap aku suka klinik tu. Memang tak sakit masa buat rawatan. Dia bagi ubat tahan sakit semua la lepas tu. Tapi teringat kalau nak bayar je aku rasa boleh menangis tepi hujung katil.
Hmm ok, sebenarnya kalau kau buat rawatan akar, kau kena buat crowning. Crowning ni macam bagi protection pada gigi yang kena buat rawatan akar tu. Macam kita buat acuan, atau macam kau pakai tudung/tudung saji la gitu. Aku rasa klinik gigi Dee tu memang ada cakap kena buat crowning. Aku cek sekarang ni kos dia RM 1500-RM1900. Dulu mungkin la lebih kurang. Jadi aku hold la dulu, masa tu aku mana ada duit nak belanja banyak tu khas untuk gigi.
Fast forward 5 – 6 tahun lepas tu. Atau lebih aku tak ingat. Iaitu sekarang. Gigi yang buat rawatan akar tu tak selesa. Dia dah start dah buat hal.. Start pecah2.. Macam ngilu pun ada. Ok macam ni, contoh gigi kau berlubang tengah, jadi doktor tu bersihkan lubang tengah tu lubangkan sampai bawah ke akar dia isi satu material ni matikan akar. Macam kau tengok perigi. Kau isi tengah2 dia penuh dengan simen. Dinding perigi tu ada lagi kan. Jadinya yang pecah tu dinding perigi. Gigi kau la tu. Hmm okla gigi aku.
So dah start sakit kat situ.
Disebabkan aku dah pindah rumah, klinik gigi Dee tu jauh sikit (dulu duduk KL sekarang area Selangor). Yang tak bestnya pertama klinik gigi Dee kalau nak buat rawatan kena buat appointment awal macam at least 4 hari atau paling bagus seminggu sebelum. Kalau tak, confirm penuh. Tak kisah la kes kau kes geli2 macam cabut ke, scaling ke dan bukan kes2 besar seperti kena buat surgery atau rawatan akar atau crowning. Lepas tu dia tutup awal, pukul 3.30pm. dah tutup (tepuk dahi).
Ok, yang kedua aku segan sikit. Dah besar ni baru sifat haya’ (malu) tu bercambah dengan gembira. Doktor tu lelaki. Rawatan tu kan perlukan doktor tu tengok gigi kita. Haha.. Tahla, tapi aku malu la dia tengok dekat begitu. Tengok gigi pulak tu. Haha.. (saya pemalu)
Jadi aku cari klinik lain, selain untuk menimbang tara cas yang dikenakan, aku kena cari yang dekat dengan rumah, flexible boleh pergi bukan pada weekdays (sabtu bukak), malam bukak dan nama klinik tu perempuan. Haha.. Aku jumpa satu ni. Kita namakan dia Klinik Amy. Okla, first time pergi aku dapat doktor perempuan. Tak berapa ok.. Dia suruh aku cabut, tak bagi pilihan. Aku cakap nanti aku pikir. Dia cek gigi dan aku mintak cabut gigi bongsu yang problem dan takda function.
Kedua, aku datang nak cuci gigi/scaling (total kena RM 120) sambil tanya pasal gigi problem yang ada buat rawatan akar ni. Rupanya doktor lelaki ada buat locum jugak. Aduduu.. Tips untuk hilangkan perasan malu.. Aku tutup je mata masa dia buat rawatan. Senang cerita. Takla segan sangat. Huhu.. Tapi doktor tu ok je, macam klinik Dee yang best tu. Lembut, baik dan bagi aku options tapi aku kena buat pemeriksaan lanjut.
Aku cakap pasal crowning tu, dan dia kata kalau tak boleh maybe boleh pasang tiang dekat area tampalan atas rawatan akar tapi kena tengok keadaan gigi. Ok aku bagi kos.. Kalau crowning RM1500-RM1900, kalau kena tambah tiang RM 400++. Marilah berhuhu.. Hmm aku kena ikat perut weh kalau serius nak buat.
Aku buat appointment untuk crowning dengan another doktor. Ada dua doktor je yang boleh buat crowning dekat klinik Amy tu. Owner dia dan sorang doktor perempuan ni (Doktor S). Doktor S ni serius best. Lembut dan baik sangat, dan memang dia pakar.. Dia banyak kongsi info. Ok kalau nak tahu, kalau lepas buat rawatan akar, macam kes aku, lepas lebih 5 tahun buat rawatan akar, ada byk sebab jadikan gigi tu tak selesa. Salah satunya makanan masuk ke celah gigi yang pecah, gigi retak sampai kuman dah start masuk dan attack bahagian akar dan sebabkan gusi bengkak.
Kes aku, setelah doktor tu buang tampalan yang klinik Dee buat, dia tunjuk gambar gigi aku. Aku nampak memang material ke akar tu ada je.. Dua tempat sebab akar tu ada dua. Dekat bahagian gigi yang masih ada, sudah retak menanti belah. Doktor tu bagitau yang mungkin kuman dan start masuk, dan takut bahagian akar dah ada kuman. Tapi alhamdulillah gusi aku tak sakit dan bengkak. Dia tak cadangkan aku buat crowning sebab macam membazir, takut lepas tu kena cabut balik (satu gigi tu).
Ok, soalan soalan. Kalau totally cabut gigi geraham tu macam mana? Kalau cabut, aku taknak biar dia kosong, nanti aku nak gigit bagai dah susah. Nak cakap pun boleh tersembur air liur tau. Haih. Ada dua options yang aku dapat. Mungkin ada lagi mcm implant tapi mahal kot.. Haha.
Pilihan pertama, cabut dan buat gigi palsu. Yg ni kos dia RM 300 utk satu gigi palsu. Entahla aku takda pengetahuan sikit pasal gigi palsu ni. Rasa down le pulak kena pakai gigi palsu. Nak tidur semua mcm mana. Huahua.
Kedua, buat bridging. Dental bridge ni macam jambatan.. Apa yang aku baca, dia akan kecikkan gigi depan dan belakang gigi yang takda tu. Sekarang bayangkan ada tiga gigi yang melekat antara satu sama lain dibuat di makmal. Ok dia akan letak gigi palsu tengah2 lagi dua tu crowning.
Crowning tu macam korang pakaikan tudung saji untuk tutup makanan seperti yang aku cerita dekat atas. Lebih kurang la. Maaf ye doktor gigi. Korang mesti suruh lukis kan.. Takpe2. Ni aku bagi gamba.. https://royaldentalusa.com/wp-
Ok, mungkin ada jenis2 jambatan lain. Aku bukan ambik dentistry. Tapi yang ni yang diterangkan dan mengikut apa yang aku baca. Yang gamba tu dental bridge traditional la kiranya. Sekarang ni gigi kau yang masih cantik depan dan belakang gigi yang dah dah dicabut tu akan dikecikkan (bahagian enamel). Enamel tak tumbuh dah tau. Lepas tu dia letak crowning macam dalam gamba atas.
Hmm aku rasa tula kekurangan prosedur ni. Sebab pastilah yang terbaik tu yang Allah dah bagi cantik2 masa tumbuh gigi kekal ni kan.. Lepas tu nak kena kecikkan pulak.. Siapa suruh tak jaga gigi. Ouch di situ. Hmmm ok kos buat dental bridge ni boleh bawak mengucap ye tuan puan. Total RM 3000++. Urut dada sekejap.
Jadi, sekarang ni prosedur yang aku buat ialah tampal dulu sementara, dan tgk dia boleh pergi jauh setakat mana. Tak boleh makan keras2 dekat gigi tampal tu. Tapi tak boleh jugak makan guna sebelah gigi je. Nanti karang gigi kata doktor tu. Kalau sakit dan bengkak boleh cabut dan prosedur dia antara buat gigi palsu atau bridge tu la.
Ok, aku dulu mana la ada pendedahan macam ni. Sekarang petik2 tekan2 je dah ada info orang share. Atau boleh baca2. Haha.. So aku share la dekat korang supaya korang jaga la gigi tu elok2. Jumpa doktor gigi la setaun dua kali. Cuci gigi (scaling) jangan lupa. Serius korang rasa macam nak senyum pun penuh keyakinan. Rasa macam bersih je gigi.. Gigi aku takla tersusun cantik.. Tapi aku try jaga gigi aku sekarang. Semua dah ok tinggal yang problem tu je. Oh ye dengan gigi bongsu yang perlukan surgery.
Lagi satu pasal gigi bongsu. Gigi ni kalau dia tumbuh pelik2 macam senget ke apa ke, tolong la cek.. Sebab nanti dia akan ganggu gigi sebelah yang tengah cantik molek. Gigi cantik tu pun akan start rosak. Kalau cabutan biasa tak mahal sangat tapi kalau cabutan melalui pembedahan utk gigi bongsu kos dia boleh cecah RM 1000. Kalau nak pergi klinik kerajaan murah je.. Tapi tula macam aku cakap, aku fobia dengan klinik gigi kerajaan sebab sakit dulu. Gigi bongsu ni kebanyakan takda fungsi. Memang doktor akan suruh cabut. Jadi tak perlu takut..
Company aku swasta, dia tak cover dental fees. Sebab tu aku kena buat kerja tambahan kalau nak ada duit lebih nak betulkan gigi aku (sedih disitu). Jadinya tips terakhir.. Kalau kau baru nak kerja, atau tukar kerja.. tanya company kau nak kerja tu cover tak untuk gigi. Sebab belanja gigi ni mahal tau. Tak semua company cover tapi memang untung kalau dapat company yang pemurah cover gigi.
Last sekali, korang ada cadangan klinik gigi kerajaan yang bagus dan tak sakit? Boleh share? Mana tau fobia pergi klinik gigi kerajaan dah kurang, dan next time aku berazam untuk pergi klinik kerajaan. Mana2 info yang tak betul mohon maaf..
Terima kasih.
– Vee
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit