Bila Keluarga Anda Sahaja Yang Sempurna

Assalamualaikum semua.

Saya tak pasti ruangan ini telah wujud sejak bila tetapi saya baru beberapa kali ‘terserempak’ dengan confession yg dikongsi. Paling menarik yg saya baru habis baca tadi (walau dated 2016). ‘Hanya Kerana Menantu’ tak silap saya tajuknya, terus saya click link ini di penghujungnya dan saya pun amat berharap confession saya dapat memberi manfaat kpd mertua, ipar duai dan biras atau yg bakal masuk kelompok itu, InshaaAllah.

Saya telah berkahwin suku abad lamanya. Saya kawin dgn lelaki yg saya nilaikan sebagai alim & dtg daripada keluarga kuat agama. Mereka berkopiah, tudung labuh, bersekolah agama, dan graduan Mesir. Ini apa yg saya lihat pada tahun 1993. Benarlah bagai dikata, tak duduk sebantal tak tahu dalam luar, tak duduk serumah, tak tahu kisah sebenar.

Dipendekkan cerita, rupanya kebanyakan manusia sama sahaja, double standard!

Saya bagi contoh:

1. Anak laki dia tak bagi nafkah.

Mertua: sabar ye, dia sedang usaha. Suami isteri kena susah senang bersama TETAPI menantu lelaki tak bg nafkah, pandai pulak lapor pejabat agama dan nasihat anak perempuannya- bercerai ajelah (ceritanya panjang kalah Drama bersiri tapi saya ringkaskan).

2. Adik ipar marah kakak ipar tak paham suami yg bermasalah dalam perniagaannya. Tup tup suaminya pun sama, adik ipar (kerjaya Ustazah) ni terus Raya asing dgn suami. Marah sampai tak nak balik ke kampung suami.

3. Mertua bising menantu perempuan tak mengandung. Anak perempuannya tak mengandung? Senyap pulak, pressure lah anak sendiri, jangan buat menantu sahaja makan hati.

4. Mertua sound menantu selalu outstation, katanya tak elok anak & suami terbiar. Anak lakinya main golf takde masa dgn anak bini atau kenduri, tak ditegur pula padahal itu bukan tuntutan kerja.

5. Mereka marah bila menantu & ipar mengadu mengenai anaknya/adik beradiknya. Ditegur jgn nak kata keluarga mereka padahal mereka sendiri tak berhenti ngumpat mertua & ipar duai masing2 secara berjemaah.

Memang senang nasihat bila kena pada org lain! anak-anak & adik beradik dia punya kurang, pasangannya perlu paham, sabar dan berkorban apa sahaja. Kena time mereka untuk faham, sabar & berkorban, hmm… lebih kepada cakap tak serupa bikin.

Saya yg takde mak bapak & hanya ada seorang adik utk tumpang kasih sayang terus terfikir, rupanya begitu untung org ada mak bapak & ramai beradik.. ramai penyokong walau bukan betul pun. Lagi satu, kita ni selagi berstatus menantu atau kakak ipar, memang sampai bila pun takkan betul kerana keluarga yg normal akan sentiasa defend ahli keluarga mereka.

Ada ramai juga rakan saya hadapi masalah sama, tak kiralah latar belakang pasangan macam mana, dari keluarga berilmu, alim, berpangkat, susah, senang, bandar atau kampung.. isunya tetap sama – bila kita orang luar, walau buat apa yg mereka buat, kata apa yg mereka kata, tetap kita tak kena, kerana hakikatnya mereka rasa mereka sahaja yg sempurna!

Saya akhirnya benar-benar mengerti bahawa manusia ini kebanyakannya double standard. Demikianlah perangai manusia yang tidak menjiwai tuntutan Islam mengenai keadilan. Seolah-olah peraturan terpakai utk org lain tetapi tidak utk diri dan keluarga mereka. Apa mereka buat takkan silap, apa org lain buat takkan betul.

Saya tak nak cerita kisah rumahtangga saya. Alhamdulillah ketika menulis, saya telah terima ujian ini dengan redho. Saya bersyukur kerana mereka mengajar saya untuk tidak jadi seperti itu. Tujuan confession ini hanya satu – beri peringatan kpd diri sendiri & kongsi iktibar sesama kita. Yang pastinya, bukan nak mengaibkan, malah keluarga mertua saya ada banyak kebaikan lain yang saya tetap kenang. Moga Allah merahmati mereka.

Moga kita semua menjadi org yg adil. Anak atau menantu, biarlah mereka tertakluk to the same rule. Kalau boleh excuse kekurangan diri & anak beranak sendiri, maka berilah layanan yg sama kpd ‘org luar ini’ agar kita dapat hidup penuh harmoni. Excuse them too as they also have their own struggles.

Moga Allah beri kita petunjuk dan hidayatNya. Paling penting, tolong doakan bila tiba detiknya, saya mendapat menantu yang beriman dan baik hatinya dan saya juga menjadi mertua yg begitu. No double standard. Aameen.

– Nisa

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *