Tips Menutup Aurat Untuk Newbie

Assalamualaikum semua. Aku Emazara dan inilah pertama kali aku nak berkongsi sedikit tips bagaimana aku mula menutup aurat (mudah mudahan sampai ke saat Allah menjemput aku).

Seperti semua tahu nak menutup aurat ni memang senang. Tapi apa yang susah? Istiqamah lah yang paling susah bila kite mula berhijrah melakukan sesuatu yang baik.

Aku mula menutup aurat sempurna tahun 2013. Aku asalnya wanita biase biase je ketika tu usia 20-an. Dimana tahun tu banyak sangat fashion hijabista. Aku pun tak terkecuali cuba macam macam gaya. Dengan kehidupan kat bandar ni sangat terdedah dengan fashion di samping hari hari tengok ofismate bergaya dengan shawl hanatajima. Haha.

Tapi aku tak tahu kenapa setiap kali aku keluar aku rasa macam something dan tak secure langsung especially bila lelaki di belakang aku. Satu hari tu Allah gerakkan hati aku nak cuba pakai tudung bawal labuh bidang 50. Yang biasa pakai tu bidang 45 kan?

Yes sejak haritu aku cuba kenakan bawal turki bidang 50 (sekarang alhamdulillah makin better). Baju pun aku pakai loose dah masa ni. Rasa besar giler masa tu sebab tak biasa. Tapi peliknya aku dah rase secure sikit bila naik bas. Haa zaman tu naik bas lagi pergi balik kerja.

Alhamdulillah selama sebulan aku cuba istiqamah pakai bawal turki bidang 50. Selepas sebulan, baru aku decide pakai stokin. Disebabkan aku pakai kasut tutup, jadi sekeliling aku taklah perasan sangat stokin tu. Masa tu dah start goyang sikit sebab rasa macam tak boleh bertahan. Tapi aku cuba juga sebulan.

Alhamdulillah sebulan berlalu dan aku happy sangat sebab rasa macam satu kejayaan tau. Last sekali aku pakai handsock. Handsock ni agak mencabar sikit sebab mula mula tu panas wei. Haha, aku cuba juga survey jenis jenis kain yang tak panas waktu tu. Alhamdulillah mudah urusan waktu tu.

Cuma aku perasan lah kalau kita memulakan sesuatu yang baik ni perlu sedikit demi sedikit. Jangan terlalu drastik sebab bila perubahan drastik ni bagi pendapat aku susah nak kekal. Contohlah perubahan nak menutup aurat ni korang terus pakai tudung labuh bulat atau terus pakai purdah. Haa kat situ aku rasa memang susah nak bertahan lama.

Tapi aku nak tekankan kat sini bila kite start niat nak tutup aurat ni, Allah akan datangkan org baik baik sekeliling kite. Kawan kawan yg same same nak menutup aurat dan jaga solat. Dan paling penting jangan lupa berdoa semoga Allah kekalkan dalam mujahadah yang manis ni sampai saat Allah memanggil kita. Doa hari hari tau.

Bila dah menutup aurat ni pulak jangan rasa diri bajet bagus. Sentiasalah merendah diri sebab siapapun kite sama saja disisi Allah. Yang membezakan kita hanyalah amalan kan? So jom teruskan niat kite nak berubah menjadi lebih baik dari hari ke hari.

Aku doakan untuk korang yang terdetik nak menutup aurat akan diberi kekuatan untuk terus istiqamah. Jangan takut korang nampak gemuk atau ketinggalan sebab tak berfesyen. Sekarang ni banyak sangat shop yang menawarkan pakaian dan tudung muslimah yang cantik cantik. Percayalah bila kita mula menutup aurat ni, In shaa Allah setiap langkah kita Allah jaga. Kehormatan kita pun tak mudah orang pijak pijak. Lelaki akan lebih respect kita.

Korang doakan aku juga semoga aku terus istiqamah tau. Mane tau kita berjiran kat syurga. Aminn.

– Emazara

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *