Maaf kerana melontar rasa disini.. Mohon sangat pengakuan ini di baca oleh lelaki2 yang baik mahupun lelaki2 durjana diluar sana. Juga mereka2 yang sangat suka berpersepsi buruk pada golongan ‘janda’.
Jika bahagia dalam perkahwinan itu adalah impian, perceraian pula bukan satu pilihan. Tiada satu pasangan pun yang Allah telah takdirkan mendirikan masjid terpikir untuk hidup derita dan bercerai berai.. Cuma hakikat yang kita harus terima… Dalam proses mencari jalan bahagia.. kita selalunya tersungkur dan keliru dalam membuat keputusan-keputusan untuk mencari bahagia dalam hidup.
Just nak share experience as Ibu tunggal.. serius.. aku memang tak suka dgn term janda… As people always associate the term with negative attitude. Sedangkan kat luar sana berlambak ibu2 tunggal yang baik, yang tak gatal dan gigih mencari rezki & mendidik anak.
Status ni aku sandang lebih 6 tahun lepas bila kawan sendiri bercinta dgn en suami. Masa tu perkahwinan kami dah menjejak usia berbelas tahun. Dunia rasa gelap sekejap.. tapi memandangkan ini bukan kali pertama hal sebegini terjadi, aku minta suami buat keputusan. Dia pilih utk tetap berkahwin dgn kawanku yg juga ibu tunggal dengan menjadikan aku ibu tunggal ank setengah dozen.
Bab ni aku puji sangat2 sikap lelaki yang sangat confident dengan cinta dia sampai sanggup ketepikan kepentingan anak2 dia yang setengah dozen tu.. Syabas.. ni terpakai utk semua lelaki tau.. aku tak ckp aku bagus sempurna dan sebagainya hingga tak layak diceraikan. Tapi masa tu cuma berharap, terimalah kekurangan aku sepertimana aku terima semua kekurangan dan ketidaksempurnaan dia.. dgn segala pengorbanan yang dah aku lakukan termasuk berhenti kerja dan sebagainya lah.. kalau disenaraikan satu2 dikatakan mengungkit. Cukup le kalau aku katakan.. aku insan yang ada disisi dia time dia tiada apa2 sehinggalah berjaya di tahap sekarang.. Rupanya bukan kesusahan itu yang menjarakkan kami, tapi kesenangan.
Sejak tu.. bermulalah episod hidup sebagai ibu tunggal. Kalian tahu apa yang sakit untuk kami para ibu tunggal ni telan selepas perceraian. “Mulut” takde insurans para pembawang sekalian. Yang lelaki tak habis2 tergedik2 kesukaan bila disebut term ‘janda’, dalam meeting, dalam sembang2 kedai kopi.. sembang sesama rakan surau dan masjid. Kalimah keramat ni kalau disebut akan buat diorang tersenyum aneh. Dok kesiankan kami yang janda ni sampai lupa yang rumahtangga kalian lebih perlukan perhatian.
Lagi rimas kalau caring tu ditambah perisa dgn ayat2 nakal yang ntah apa2.. tolong lah.. Kami para ibu tunggal ni tak perlukan perhatian yang sebegitu.. Hormati kami. Please lelaki.. jaga rumahtangga kalian.. supaya kami tak terfitnah dgn perbuatan anda. Bila terkantoi dengan isteri masing2.. digunakan nama kami sebagai manusia yang memulakan. Keji kan kalian.. lalu kami dihina lagi.. Tak semua ibu tunggal jahat. Hormati kami sepertimana kalian sedih jika ibu kalian yang juga ibu tunggal dijadikan bahan sendaan. Please.. anak2 kami malu dengar perkara2 yang seolah2 menghina ibu mereka.
Yang perempuan pulak, ramai yang menjuih2 bibir pandang kami penuh prasangka. Nak ngorat suami diorang la.. dikatakan tak reti jaga suami. Lebih buruk lagi, ditambah perisa dan disensasikan kisah perceraian kami yang memang selalunya kalian tak tahu punca sebenar. Diperli2 kami sehingga kami malu nak menghadap masyarakat. Kami bukan bahan hinaan. Iktiraf kami sebagai ibu tunggal yang berjuang sendirian membesarkan anak2. Kalau ada golongan kami yang jahat atau terlebih hot dan nakal, jangan la kami semuanya di label sama.
Untuk rakan-rakan yang memegang status yang sama.. aku mohon kalian bangkit. Please jangan rosakkan susu putih sebelanga yang suci tu dengan nila keburukan yang akhirnya menjadikan kawan-kawan yang sama status dipandang hina. Sebagai ibu tunggal, kita kene jaga diri lebih sket. Jangan rendahkan maruah diri dengan jadi perampas hak org lain.. jangan lama-lama bersedih jika diuji ujian yang sebegini. Bangkit.. Jaga anak-anak kalian sebaiknya..
Bentuk anak-anak jadi anak yg bahagia dan berjaya dunia akhirat. Kalau kita tak terpilih untuk jadi insan bahagia di dunia.. pilihlah untuk memastikan kita dalam golongan yg mendapat rahmat dan kebahgiaan abadi di akhirat kelak. Anak2 itu asset kita. Kalau sunyi.. jangan ganggu suami atau rumahtangga orang tau.. kita pergi le tambah ilmu.. tingkatkan kemahiran.. Sibukkan diri dengan perkara2 bermanfaat dan cari kawan2 yang positip untuk pastikan kita tak tersasar. Pergi le kelas quran ke, tadabbur ke, ikut NGO ke, rekreasi ke, snorkeling ke.. asalkan tak ganggu hidup orang.
Ikut kemampuan… kelas2 ngaji ni ada je banyak yang tak berbayar kalau kita rajin.. apa2 la yang membuatkan kita lebih bersemangat dalam hidup. Tawakal selayaknya hanya pada Allah tau.. pada yang ada financial problem, please.. usaha gigih & doa.. Allah lorongkan rezki utk anak2 kita. Gigih juga carik duit dengan cara halal.. jangan sesekali terpikir untuk tempuh jalan singkat untuk dapatkan kesenangan. Untuk lelaki yang selalu memandang kami dgn pandangan serong.. terima kasih ye. Jadilah lelaki yang lebih bertanggungjawab dan jangan pernah terniat nak menjandakan isteri anda. Indah cinta nafsu tu sebab syaitan dok rendakan dengan kebahgiaan.
Hakikatnya, masalah selepas kalian menceraikan isteri dan anak2 itu, lagi besar. Pandang wajah isteri.. pandang wajah anak2 sentiasa jika ada yg dtg menggoda. Mohon tuhan lindungi kasih sayang anda sekeluarga. Anda mungkin nampak hebat di mata manusia bila berjaya kberkahwin dgn ramai wanita, anda nampak hebat bila mampu mempunyai ramai zuriat. Anda juga mungkin nampak hebat bila tetap berjaya & kaya walaupun membuatkan orang lain menderita. Tapi di mata Allah, anda hebat bila anda mampu bertanggungjawab, menjalankan amanah sebaiknya dan tetap menjadi ayah yang baik biarpun sudah tidak bersama dgn ibu anak2 anda
– IBU TUNGGAL YANG DITINGGAL
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit