Fill Up The Cup

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sekiranya tulisan ini di approve. Sedikit latar belakang tentang diri. Saya adalah seorang ibu bekerjaya. Keluar pagi dan pulang menjelang maghrib. Ada anak kecil menanti dan selalunya menyambut kepulangan. Masa saya bersama keluarga hanya mampu dimanfaat sepenuhnya pada hujung minggu. Weekdays saya banyak dihabiskan di pejabat, meredah jam dan sejam di gym pada waktu malam (selepas anak tidur).

Ramai menyoal, dah jadi mak-mak pun sibuk nak ke gym? Jawab saya, yessss! Sebab? Sebab itu adalah Me-time saya. Itu adalah cara saya melampiaskan tekanan kerja, cara untuk saya kekal positif, and I want to stay fit for my children. I want to keep my health for them.Gym juga tempat untuk saya melepaskan tekanan mental. Sounds macam orang gila kan? Hahaha. Orang tanya lagi, habis tu, rumah macamana? Siapa masak dan uruskan? Anak pulak macamana?

Terus terang saya katakan, aktiviti dan jadual saya padat. Dan saya yakin, saya bukan satu-satunya ibu yang sibuk dalam dunia ni. Ramai lagi yang duduk sebaris, berdiri sama tinggi dengan saya. Sebelum ke gym saya pastikan rumah berkemas, baju dalam mesin yang dah di turn-On. Anak siap diurus (makan dan mandi, bermain dan tidur). Sempat juga bermain bergurau dan layan movie sama-sama dengan anak. Perut suami terisi. Kemudian barulah saya akan ke gym.

Dah habis dua perenggan tentang saya, Sekarang jom sembang sikit tentang masa dengan anak-anak. Tuan-tuan dan Puan-Puan, tak kira anda berkerjaya ataupun suri rumah, peluklah anak anda selama mana yang mereka mahu. Seharian kita dipejabat, bagi suri rumah pula, seharian kita penat menghadap kerja rumah yang tidak berkesudahan, cuba rapati anak-anak, minta pelukan yang sebenarnya mereka mahu (walaupun tak diminta) dan peluklah mereka.

Anda rasa saya ada masa untuk peluk-peluk?? Yessss! Kalau anda ada masa untuk ke Gym, kalau anda ada masa untuk picit telefon, kalau anda ada masa baca confession ini, apa salahnya bagi sedikit ruang untuk anak merasa pelukan anda?

‘Eleh, siapa suruh kerja? Siapa suruh pergi gym? Lepas tu sibuk buat confession minta spend masa dengan anak. Tengok aku ni, aku suri rumah, steady je jaga anak-anak, boleh tengok anak-anak kat rumah.’ –Tuan-tuan dan puan-puan, ini bukanlah perdebatan antara kelompok suri pejabat dan suri rumah. Ada saja yang suri rumah pada hanya pada sandaran, namun handphone di tangan 24/7, masa dengan anak-anak entah ke mana. Anak-anak, bila kurang perhatian ibu bapa, sibuk mencari perhatian di luar.

Ya, memang anda suri rumah, tapi quality time dengan anak-anak bukanlah hanya ‘tengok’ anak di depan mata anda, sebaliknya komunikasi dan sentuhan anda pada anak-anak. Yang bekerjaya pula lain ceritanya. Penat-penat di pejabat, balik dari kerja sibuk bersilat di dapur, lepas dinner time sibuk mengurus rumah, lepas tu sibuk dengan handphone yang masih memekak dengan group whatsapp pejabat. Di mana priority anak kita? Kita bekerja untuk masa depan mereka, namun mereka kita abaikan.

Saya datang daripada strict family, yang mana cara berkasih sayang ditunjukkan melalui rotan, kepala tali pinggang, tamparan di pipi dan objek dibaling ke muka. Yess didikan itu menjadikan saya sebagai seorang manusia. Tapi ia tidak menjadikan saya manusia yang sihat mentalnya. Mental saya ‘cedera’. Yang mana ‘kecederaannya, tak banyak dikongsi dengan orang lain termasuk suami sendiri.

Untuk mengelakkan saya melepaskan geram dan marah pada anak-anak, saya ke Gym supaya saya boleh lepaskan semuanya di sana. Saya dah janji dengan diri sendiri. Anak-anak saya tak kan merasa apa yang telah saya lalui. Oleh itu, hingga ke hari ini, setiap hari, saya akan jadi yang terbaik untuk anak-anak. Dalam tegas mendidik, pastikan ada lembutnya.

Ibu bapa, saya akui tak mudah mencorak kain putih. Namun masa dan kudrat yang kita korbankan hari ini, pasti berbaloi pada masa akan datang. Tugas dan tanggungjawab kita yang mendidik anak-anak. Bukan cikgu, bukan makcik kantin, bukan atuk dan nenek kepada anak-anak kita.

Usahlah berdebat di ruangan komen. Confession sebegini tidak berbaloi untuk didebatkan. Suri rumah atau suri pejabat, ibu atau bapa… Kita punya tugas, amanah, komitmen masing-masing… Masing-masing punya pilihan dan kelebihan, Tak kurang juga kekurangan. Hanya kita yang faham diri kita dan keluarga kita. We all have a cup of our own. So fill up the cup.

– Red Tulip

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *