Hutang Wajib Dibayar

Dah lama nak luahkan.. hari ni baru berkesempatan nak membuat coretan untuk rakyat malaysia yang telah menggunakan water purifier atau air purifier kat rumah.. Tahniah kerana telah memilih water purifier utk kehidupan yg lebih sihat dan mudah..

Aku ni salah seorang “bibik” yang datang rumah customer untuk memberikan servis yang terbaik untuk pelanggan.. Tiap 2 bulan tanpa gagal.. Tak payah la mention jenama apa.. Tapi kalau servis 2 bulan sekali mesti korang tau jenama yg mana, hehehe.

Setiap akak yang servis, akan dapat lebih kurang 200 account untuk servis.. Tapi biasanya lebih.. Takde lagi dapat ngam² 100 servis sebulan.. paling sikit 110 unit paling banyak 148 unit pun ada.. Kerja kami bukan setakat SERVIS SEMATA².. kami kena pastikan item tu tak rosak, bersih dan BERBAYAR..

Kalau rosak.. bocor ke apa.. kami yg dicari.. untuk 1st step.. then baru boleh buat report untuk maintenance.. pindah pun kadang² kami tolong uruskan.. cuma nak hangkut pergi rumah baru takde la… tolong buang air dalam tanki dan cabut piping je..

Tiap kali hujung bulan.. mesti ada deduction yg tak lepas.. customer kata ada duit dlm bank.. bila kami check sistem “baki tak mencukupi” bila kita nak collect cash.. bluetick je dapat.. sedihhhhh..

Setiap collection rental dikira peratusnya.. dan akan masuk dalam gaji.. bila point kurang dari 60% tak dapat apa dik non.. gaji kami dah kurang kat situ..

Bila customer dah outstanding lebih dari 4 bulan.. servis dah terkeluar.. tapi gaji kami kena potong RM300-RM600 jika lebih dari 2 acc yg terkeluar servis.. kau rasa kami ada masa untuk senyum? Orang lain yg tak bayar.. kami yg kena..

Tak salahkan pihak atasan.. dorang tak hadap pun customer² ni.. jadi dorang rasa kami memang lepas tangan je, sebab bila dah terkeluar servis debit collector yang amik alih.. tu yg kami tak collect.. #mampusenyumjela

Penat tau nak mintak².. kadang tu bila ada outstanding kami cuba berbincang dan bagi solution mcm mna nak selesaikan tunggakkan.. tapi dorang bulan ni bayar 200 bulan depan tak bayar balik.. tumpor teman nak handle.. bila kena sergah dengan debit collector, boleh pula bayar tunggakkan.. dah rugi servis yg terkeluar tu..

Kami bekerja untik cari duit.. untuk sara kos hidup yg meningkat.. tapi kalau gaji kena potong atas kecuaian org lain.. sakitnya tu bukan takat dihati.. otak pun boleh jem kalau mcm ni..

Pesan aku kat korang yg ada outstanding tu.. bayar extra tiap bulan.. contoh harga sepatutnya korang bayar RM70.. tiap bulan bayar RM100 sampai settle tunggakkan.. kita tak minta bayar lumsum.. tau awak tu banyak komitmen.. jadi bayar la extra.. ni tunggakkan 2 bulan.. ko maintain RM70 dah tu bila nak settle outstanding tu..

Kesian kat family minum air jernih tapi hakikatnya “kotor” dalam hutang.. water purifier ni memang elok utk kesihatan.. walaupun air kat Malaysia ni dirawat dan ditapis secara basic, tapi sistem perpaipan kita dah terlalu uzur.. Terima kasih kepada pengguna yang telah membuat bayaran bulanan.. anda memang awesome.. anda telah permudahkan urusan kami..

Kepada bossku jangan la marah kat posting ni.. kami ni kira mcm mangsa keadaan.. jadi biar rakyat Malaysia tau apa jadi bila dorang tak bayar rental.. tak bayar hutang dah 1 dosa.. menganiaya kami tambah lagi 1 dosa.. tak berat ke bahu kiri tu..

Sekian..

– Akak water purifier

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *