Mudahkan, Jangan Susahkan (versi Perempuan)

Boleh juga baca confession ini, (https://iiumc.com/mudahkan-jangan-susahkan/).

Assalamualaikum semua dan bakal imam sekalian. Ini adalah cerita di pihak perempuan di mana keluarga dan si perempuan itu sendiri cuba untuk memudahkan urusan di pihak lelaki, You may call me Didi and the boy (Adam). Saya dan Adam kenal semasa saya berumur 26 tahun. Sekarang umur saya 3 series. Adam is 2 years younger than me. We started going out and 2 years later, saya rasa dah tiba masanya untuk memulakan topik perkahwinan.

Dilema semua lelaki bila bercakap pasal perkahwinan adalah masalah duit. Ya, saya faham dan cuba tolong. Cuba permudahkan. Jadi kami sama-sama plan, dan mula kumpul duit bersama untuk kahwin. Supaya mana-mana pihak tidak terbeban. Setiap bulan saya bank in duit ke dalam bank account dia tapi saya take note juga lar berapa saya transfer pada dia setiap bulan.

Setahun kami kumpul duit bersama. SETAHUN kot. Setahun bukan masa yang sekejap dan penat lelah saya cuba kumpul for the sake of untuk memudahkan urusan si lelaki. Saya plan biarlah family saya tak tahu kalau jadi kahwin nanti, separuh tu adalah duit saya. Supaya terjaga juga air muka Adam nanti.

Dijanjikan kepada saya untuk masuk meminang awal tahun. Bila masuk tahun baru, diminta tangguh ke Raya. Masuk pula Raya tahun tu, batang hidung pun tak datang beraya di rumah sedangkan mak ayah dah bertanya “Adam tak datang beraya ker?”. Disebabkan selalu sangat Adam delay benda-benda macam ni, sedikit sebanyak saya mula tawar hati. Bagi seorang perempuan, saya merasakan Adam tak serius dengan saya. There’s no us in his future plan. Mungkin Adam selesa couple bertahun-tahun. Tetapi umur saya pula dah nak masuk 3 series.

Semua benda saya fikirkan. Bila nak dapat anak? Kot kalau kahwin lambat, by the time anak masuk darjah 1, saya ni dah umur 40 tahun dan baru nak hantar anak ke sekolah. Bila kawan-kawan sebaya dah pencen, saya ni masih lagi kena membanting tulang bekerja sebab anak-anak masih bersekolah. Perempuan makin berumur, chances untuk pregnant makin tipis and high risk pregnancy makin tinggi. Itu semua saya fikir.

Bila setiap kali buka topik pasal kahwin je, muka Adam terus tak ada mood. Maka spoil juga lar mood saya seharian tu kalau keluar dengan dia. Then one day I decide to really talk him out. I need to know at least the root cause. Sebab selama ni, saya ingat, duit adalah punca nya. Bincang punya bincang, rupa-rupa nya dia mengaku dia tak bersedia. Saya apa lagi, Saya decide to walk away from the relationship. Saya minta putus on the spot tanpa fikir 2 3 kali.

Selama bertahun-tahun spend time together, tambah setahun lagi kumpul duit bersama, rupa-rupa nya punca nya adalah diri dia sendiri. Because I don’t want to waste my time waiting for a guy that doesn’t see our future together. Adam tanya kalau tiba masa dia dah bersedia, boleh ker dia kembali pada saya? I was like, “What???”. Hang ingat bila hang nak kat aku, hang boleh datang dan pergi sesuka hati?

So I took out all my money yang konon nya untuk kahwin dan bantu dia, A month later, he started to text me back. Masa ni Adam di US untuk sebulan. Saya fikir mungkin bila dah berjauhan, dia mula mahasabah diri dia. Renung kembali diri dia., So sebagai perempuan yang bodoh, saya terima dia semula. Saya beri peluang pada dia. When he came back to Malaysia, tak sampai seminggu, saya pula dihantar kerja ke Indonesia untuk 2 bulan projek di sana. Adam lar yang hantar saya ke KLIA. Dia berjanji ‘lagi sekali’, saya balik dari Indonesia, Februari nanti, kita bertunang.

So I thought everything went well. 2 months after, saya pulang ke Malaysia, Adam pick up saya di KLIA and on our way home, I asked him a simple question “So macam mana? Jadi tak kita bertunang ni bulan Februari?”. Again, jawapan Adam buat saya kecewa. “Tengok lar nanti macam mana”. I started to feel the same way back before bila Adam cakap dia tak ready. I was upset. Devastated to hear his answer.

Again, tanpa membuang masa, saya minta putus lagi sekali. Sayang tu memang sayang. But to me, there’s no pint of being together kalau dia tak pernah fikirkan hidup bersama. Saya decide untuk move on walaupun umur dah 30 masa tu. A week later, Adam minta berjumpa. Then suddenly Adam cakap jom bertunang for the sake to save the relationship.

Sepatutnya saya rasa happy lar kan because that’s what I wanted all this while. But apparently, I’m not. Sebab bukan Adam sendiri yang initiate untuk ajak berkahwin. Dia terpaksa. Hanya sebab tak nak hilang saya. Saya boleh rasa he’s forced to be married. Oh lupa nak cakap. Cincin tunang dah beli masa kami sama-sama kumpul duit dulu. Cuba bayangkan berapa lama peram cincin tunang tu. Lebih dari setahun tapi masuk meminang nya pun idok. Dah decide macam tu, saya ni kena paksa dia bawak jumpa parents saya untuk bincang hal tunang. Tak ada merisik apa pun. Sebab saya tak nak ada extra cost untuk dia beli cincin rotan. Hanya cukup cincin tunang. Konon untuk permudahkan urusan lelaki.

Tarikh tunang dah ditetapkan dan mak saya plan nak buat nikah 6 bulan lepas tu. Sebab nak sekalikan bersanding dengan abang saya. Jimat kos. Lagipun mak cakap pada keluarga Adam, jangan risau pasal duit hantaran. Duit hantaran ikut kemampuan, dan boleh bagi sikit-sikit lepas nikah. Hanya perlu sediakan duit mas kahwin untuk nikah. Yang penting, ayah nak nikah kan je dulu sebab dah lama berkawan. Majlis resepsi belah lelaki tak perlu buat sekarang pun tak apa. Tak buat pun tak apa. Nak buat later pun boleh. Adam berkeras nak ikat tunang setahun. Dengan alasan, yang jimat kos adalah belah perempuan, bukan nya side dia.

Seminggu lagi nak bertunang, barang-barang hantaran pun tak cari lagi. Saya syorkan pada Adam untuk share 50:50 beli barang hantaran. Sebab saya faham dan tak nak susahkan Adam. Saya cuba untuk permudahkan urusan Adam. Adam tak nak. End up, saya beli sendiri barang perempuan pakai duit sendiri. Nanti letak je atas dulang pihak lelaki. Dulang pun 5 balas 5. Mak saya pun tak nak susahkan Adam. Hanya cukup dulang manisan. Bukan lah persalinan. Makna nya kek ker, buah, coklat. Makanan macam tu lar.

Tapi saya dapat rasa bukan ini yang Adam mahu. Layanan dia pun dah lain. Bukan sebab Adam ada perempuan lain. Reply whatsapp pun sepatah sepatah. Kadang-kadang 2 hari tak whatsapp. Jenuh saya jadi perempuan yang terkejar-kejarkan lelaki. Yang terhegeh-hegeh pada lelaki. Nama je bertunang majlis sendiri. But I am not even excited about my own engagement. Barang hantaran pun tak beli. Kek pun tak tempah. Mak dah bising sebab majlis lagi seminggu tapi apa pun tak siap.

Almost setiap malam lar saya berendam air mata dengan layanan Adam ni. Macam hendak tal hendak. Request dia untuk tunang setahun pun saya setuju dalam terpaksa. Konon untuk fahami Adam dan nak permudahkan urusan dia. Saya fikir dalam-dalam because he will be the one I’ll be spending the rest of my life with. Kalau macam ni layanan Adam terhadap saya, macam mana bila kahwin nanti? Tak kan nak makan hati setiap hari? Tak kan nak tidur berbasahkan air mata? My father did not raise me up to be treated like this. Mungkin kerana family Adam semuanya lelaki, baka lelaki dia tu kuat, jadi dia tak faham perasaan seorang ayah yang ada anak perempuan.

Ayah sampai cakap, solat istikharah. Ayah rasa Adam ni tak serius dengan kakak. Tapi kalau betul jodoh kakak dengan Adam, ayah redha, Menitik air mata anak perempuan dia ni. Seminggu sebelum majlis tunang, saya slow talk dengan parents saya. Saya minta parents saya jumpa parents Adam untuk batalkan pertunangan ni. Saya decide to love myself first. Biar lar saya tak berkahwin daripada bersama dengan orang yang salah. Sebab saya tak nak bersama dengan orang yang terpaksa kahwin dengan saya. Kata orang cinta tak semestinya memiliki. Entah saya cinta lagi atau tak pada Adam. Sebab hati ni dah kerap dikecewakan. Adam pula bukan jenis yang memujuk. Selalu nya saya lar yang pujuk hati sendiri. Sedikit sebanyak dengan sikap dia, saya tawar hati. Sampai putus sebelum bertunang pun dah tak rasa apa-apa lagi. Rasa kosong hati ni.

As of now, saya lagi selesa fokus kerjaya. Bukan tak nak kenal lelaki lain, bukan tak ada lelaki lain yang nak dekat, Cuma saya sendiri yang malas nak memulakan proses perkenalan tu. Entah nak ke tidak lelaki tu kahwin dengan saya. Umur pun dah 3 series. Lelaki yang lagi muda bukan option saya. Takut pisang berbuah dua kali. Nak cari lelaki baya kita, semua nya dah kahwin. Maka saya berserah je lar kepada Allah. Words like “Ada lar tu Allah simpan yang lagi baik untuk kau. Insya allah akan ada lelaki di luar sana yang lagi baik”, doesn’t comfort me at all. Coz you are not in my shoes. Andartu pun andartu lar labu. Sis dah tak peduli dah.

Okay lar nak tido. Besok keje. Begitu lar kisah hidup yang ku bazirkan bertahun lamanya untuk lelaki bernama Adam. Yang ku cuba permudahkan urusan perkahwinan bersama nya. Tetapi aku bersyukur, keluarga sentiasa ada dan support every decision I made. Ayah pun cakap, ‘Kalau kakak tak kahwin pun, ayah will still be here for u”. Terima kasih ayah. Terima kasih myself kerana berani decide untuk diri sendiri despite of your old age. Hehehe.

Assalamualaikum semua. Good night.

– Cik Didi

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *