Hilangnya Satu Sumber Kekuatan

Hai. Thanks to admin for publishing my story. Here, I want to share my sad story to all readers. I lost my bestie forever. Best friend aku ni nama dia Kyra. Kami dah berkawan since kitaorang berumur 6 tahun. Dari pra sekolah ke sekolah rendah ke sekolah menengah sampai lah masuk universiti, kitaorang sama-sama. Cuma beza kos. Aku ambil dentistry dan dia ambil pharmacy. We shared everything esp food and feelings things. Kami terlalu rapat. Aku anak tunggal dan dia pula cuma ada dua beradik. She has big brother. Parents kitaorang kenal. Nak dijadikan cerita, tahun lalu dalam bulan march, a month before she gone, dia ada berubah sikit. Dia start jadi pendiam dan dia lebih suka dengar than talking. Aku nampak dia macam selalu penat. Penat dia tu lain. Kitaorang tinggal kat rumah sewa sebab rumah jauh dari kolej. Rumah sewa kitaorang tu rumah flat je.

Rumah sewa kitaorang kat first floor. Nak naik kat rumah pun, penat dia macam dia naik ke tingkat 10. Muka dia selalu pucat. Emosi dia pun kadang2 dia tak boleh controlled. Asyik nak marah je. Pasal emosi ni, sebenarnya aku dapat rasa 5 bulan sebelum dia pergi tu lagi tapi waktu tu aku tak tau lagi kan dia nak pergi then aku just buat tak tau. Kadang2 benda kecil pun dia nak nangis. Rabun dia makin teruk. Tapi satu je yang tak berubah malah getting better ialah dia dah selalu dengan al quran dan puasa sunat isnin khamis. Solat jangan cerita. Memang tiptop. Hampir setiap hari dia buat solat dhuha dan bangun qiam. Perubahan dia dalam membuat amal islami tu sometimes buat aku segan dengan dia.

Perubahan dia tu aku sangka aku je yang perasan rupanya her family too. Dan paling aku rasa sedih, dia kerap mengadu dekat aku yang dia rasa suasana around her macam too noisy. Dia cakap dia selalu dengar bunyi air yang kuat. Rupanya setiap perubahan dia tu adalah simptoms sakit yang dia hidapi. Tapi kitaorang even dia pun tak tau. Sampailah satu hari, hari rabu tu, dia ada mengadu dekat aku yang dia sakit kepala. Hari tu, kita takde class. Aku cakap ngan dia, pergilah rehat. Aku pun pergi masak air panas and makanan untuk dia. Bila semua dah selesai, aku bawa ke bilik dia. Bila masuk je tu, aku nampak dia teresak-esak menangis. Aku pergilah dekat dia. “Wei kyra, kau okay tak ni?” dia geleng sambil pegang kepala. “Sakit.. sakit” tu je dia balas sambil pegang kuat kepalanya. Aku panik. Aku pergi peluk dia. Kitaorang sama2 nangis. Feeling aku dah lain waktu tu.

Aku call ambulans suruh ambil kitaorang. Dia masih menangis pegang kepala nya and sometimes dia tarik2 rambut. Memang dia tengah sakit yang sangat kuat. Aku call family dia. Tak lama lepastu, ambulans and family dia sampai. Time mummy dia masuk bilik dia tu bersama paramedics tu dia still sedar, dia sempat cakap “mummy” tapi suara dia lemah sangat. Lepas je dia cakap macam tu, Kyra passed out. Kyra dibawa ke emergency unit terus ke red zone. Her family and I tunggu kat luar tu. Aku dah lecun waktu tu. Mummy dia peluk aku. Daddy dia call abang dia yang kat Australia. Tak lama kemudian, my family arrived. Tunggu punya tunggu, tiba2 doktor keluar, doktor tu cakap yang Kyra had been diagnosed yang Kyra ada AVM. Pendarahan dalam otak. Sebut je sakit tu, aku rasa macam langit tu runtuh kat kepala aku. Mummy Kyra meraung. Daddy kyra menangis. Mama aku tenangkan mummy kyra. My dad try to calm down Kyra’s daddy. Kyra dipindahkan ke wad.

Malam dia tu, abang kyra baru je sampai dari Australia. He cried when he saw Kyra like that. Di atas katil dengan bantuan alat pernafasan. Kyra berada kat wad selama 4 hari. Selama tu, kami ganti2 jaga Kyra. My parents ambil cuti jaga kyra. Same goes to her parents. Masuk hari keempat tu, hari jumaat, Kyra punya keadaan getting worse. Doktor pakar berkumpul di katil Kyra. Aku macam dapat instinct yang Kyra akan pergi. Aku dah start teresak2. Mummy Kyra peluk aku. Mama pun. Kami menangis bersama. Tiba2 doktor panggil Mummy Kyra, dia ada bagitau sesuatu. Lepas je doktor tu selesai cakap, mummy Kyra terduduk menangis. Aku dah agak sesuatu. “Kyra, anak mummy.” rintih Mummy Kyra. Daddy Kyra datang dekat katil Kyra, dia ajar Kyra mengucap. Rupanya doktor tu bagitau yang otak Kyra dah hampir mati 100%.

Waktu daddy Kyra ajar mengucap tu, Kyra menangis. Mummy dia lap her tears. Lepas je kali ketiga dua kalimah syahadah tu diajar, Kyra punya heart beat perlahan2 mendatar. Waktu tu azan jumaat yang pertama berkumandang, sebaik je azan tu selesai, Kyra dah menghebuskan nafas dia yang terakhir. Muka pucat Kyra tiba2 macam bertukar ke muka ceria. Sangat cantik. Kyra senyum. Waktu tu kami mandikan Kyra tu, peluh tiba keluar di kening Kyra. Urusannya terakhir kat bumi cepat je diselesaikan. Waktu pengebumian Kyra pun suasana sangat damai, suasana tu buat aku berhenti dari menangis. Tapi sedih tu tetap ada. Aku tahu Kyra tak keseorangan kat sana, dia ada kawan. Al Quran. Kyra sewaktu hayat dia, 22 tahun, penat macam mana pun dia, dia takkan lupa baca al Quran. Esp al mulk.

To the most understanding girl, Nurul Intan Syakirah, walaupun aku tahu kau takkan baca ni, aku tetap nak tulis. Biar satu dunia tahu how proud i am sebab dapat bestie macam kau. Aku tak tahu macam mana nak lalui hidup lagi lepas ni tanpa kau tapi aku kena lalui juga sebab aku nak kuat macam kau. Tenanglah kau disana. I miss you buddy. Mungkin lepas ni aku akan jumpa kawan baru tapi kawan sebaik kau, sehebat kau, sekuat kau dan setabah kau, aku takkan pernah jumpa. Kau sahabat aku dunia akhirat. May we meet up there. May we meet in Jannah. Nanti kita pusing syurga tu sama2 ye. Aku yakin kau dah bahagia kat sana. You are my rabbiatul adawiyyah. Aku sayang kau.

To all readers, aku tak mampu nak cerita kat korang pasal AVM. Aku takut aku lemah sebab AVM lah aku hilang kawan. Hahaha. Takdelah. I believe semua ni atas kehendak Allah. Rezeki Kyra takat sampai tu je. Nanti aku buay confess lagi pasal AVM ya. Aku janji. Doakan kesejahteraan Kyra kat sana dan doakan aku terus kuat. Guys, please appreciate people around you because life is very unexpected.

– Sha

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *