Ujian Keluarga Kecil

Assalamualaikum semua.. Aku tak tahu kalau sini ada lah tempat terbaik untuk aku luahkan. Harap dapat kata-kata positif, bukannya kecaman.

Dari tahun lepas, rasanya bertimpa-timpa ujian yang datang menimpa keluarga kecil kami. Aku mempunyai seorang anak, baru berusia setahun. Bermula dari aku dibuang kerja kerana menjadi mangsa politik, kemudian suamiku disekat dari sebarang elaun dan outstation juga kerana mangsa politik company.

Masa mula kahwin, hidup kami sederhana. Tak terlalu susah, tak terlalu senang. Tapi alhamdulillah rezeki sentiasa ada. Mungkin ini yang orang kata ‘ujian fasa 5 tahun awal perkahwinan’. Alhamdulillah, setakat ini kami masih ‘kuat’ dengan ujian ini. Suamiku menambah pendapatan dengan kerja part time, dan aku mula berniaga dan buat ‘online bisness’.

Makin lama makin nampak hikmahNya. Dapat jaga anak depan mata, sambil tu boleh bekerja membantu suami. Aku dah biasa bekerja, bila mula-mula hilang pekerjaan aku seperti hilang arah. Berbulan aku depresi, langsung hilang selera makan. Asyik menangis dan meratapi nasib. Iman senipis kulit bawang.

Melalui seorang hamba Allah ini, usahawan wanita yang menjadi asbab aku bangkit. Aku mula menjadi kuat dan berusaha untuk menjadi ‘surirumah bergaji’.

Siapa sangka, disaat semua mula reda. Tiba-tiba aku disahkan mengandung. Terkejut kami suami isteri, sebab kami menggunakan alat perancang. Nurse sendiri pelik macam mana aku boleh mengandung. Siap kata kes aku 1 dalam seribu.

Kami tidak ingin menidakkan kehadiran bayi dalam kandunganku, tetapi aku sebenarnya melahirkan anakku yang pertama secara emergency ceaser. Anak pertama belum cukup 2 tahun pun. Rasa macam tak percaya. Berminggu aku menangis, risaukan keadaan kewangan dan dalam masa yang sama risaukan keadaan ‘rahimku’.

Bila hati mula menerima satu persatu yang Allah rancang, tiba-tiba sewaktu appointment minggu lepas doktor memberitahu kemungkinan aku akan dibedah. Jarak yang belum cukup 2 tahun merisikokan rahim pecah.

“Tak apa. Kita akan check dulu rahim awak. Kalau risiko, baru operate. Kalau tak, awak boleh normal” Aku pegang kata-kata nurse ini sebagai kata-kata semangat untuk aku. Ramai lagi yang ujian lagi besar, cumanya aku rasa buntu untuk meluahkan. Setiap masa setiap saat aku doa supaya rahim aku tidak ada masalah.

Kandunganku sekarang sudah mencecah 3 bulan lebih, dan aku masih aktif ‘bekerja’. Alhamdulillah sampai sekarang tempat ceaser tak terasa sakit, tapi tipulah hati tak risau. Ye… tak hina pun kalau ceaser lagi, tapi takut nak menghadapi ‘risiko rahim pecah’. Rasa macam banyak lagi benda yang belum aku buat dan capai.

Tolong doakan supaya semuanya akan reda. Moga aku dapat melahirkan zuriat keduaku secara normal pada bulan 8 ini. Nampak simple kan, sebab ujian setiap orang tak sama.

Terima kasih kepada yang sudi membaca luahan ini.

– Sumayyah

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *