Kerja: Berhenti atau Teruskan?

Assalamualaikum. Tajuk kat atas ni nak minta pendapat semua. Saya dalam dilema samada nak berhenti atau teruskan sahaja kerja sekarang. Saya straight to the point jelah ye. Cepat sikit.

Saya bekerja dalam sektor swasta di Johor. Bekerja 12 jam sehari, 5 hari seminggu, shift rotation. Saya kerja ditempat sekarang since tahun lepas, tapi belum setahun pun. Saya excited terima kerja ni selepas kehilangan kerja. Kontrak tak sambung. So, senang cakap tangkap muatlah. Perit kat hati pun tak hilang lagi masa tu sebab effort macam2 before tamat kontrak. Haha. Takpelah, takde rezeki dah kot kat situ. Anyway, alhamdulillah dan terima kasih untuk peluang yang diberikan.

Dapat je kerja ni, memang tak fikir panjang dah. Terima bulat2 segala syarat and sign kontrak macam tu je. Tak teliti betul2. Masa sign kontrak saya ingat lagi dekat situ tulis 4 days working, 2 days off. Even colleague saya pun ingat. Tapi, masa dapat kat tangan, diorang tukar. 5 day working, 2 days off. Bila tanya, NO lah, mana ada. Bangsa C memang camni ke? Saya bukan racist tau, tapi kalau kat mana2 jobs portal, subhanallah. Ni Malaysia la wei, bukan China. Tak pernah pulak jumpa nak bangsa I sahaja, or M sahaja. Takde. Kelain pulak cerita.

Back to story, kerja saya takdelah susah mana, tapi mungkin sebab 12 jam kerja (tolak 1 jam rehat = 11 jam), it is super tiring. Penattttt gila + takde life. Shif pulak tu. Contoh masuk 9 pagi, balik 9 malam. So, where’s the life? Balik rumah memang nampak tilam jelah. Solat? Memang saya bertekak betul2 dengan management sampai merah padam muka diorang. So, saya menang. Alhamdulillah.

Kerja saya ada rules. No sleeping, no MC, no lateness. Or, our performance incentive RM300 will be cut off completely (even for the whole month, cuma lambat sehari dan cuma seminit). Kau MC, sah2 potong. Kau tidur, bergantung jugaklah sebab colleague aku bantai tidur, tapi dapat je insentif tu, haha. Btw, kitorang takde shift allowance tau. Just performance incentive and phone allowance.

Selalu je dapat offer kerja yang sama, 12 jam/sehari, tapi 4 days working, 3 days off. Semua company yang call for this offer cakap benda yang sama. Means company kitorang lah yang pelik. 5 days working, 2 days off! No wonder lah, rasa penat sangat3. Cuma tak pernah accept offer2 tu sebab too far. I barely can afford myself, then how I can survive if I go somewhere else? Masa tu fikir camni je. Negative thinking sungguh. Please guys, ingat selalu yang bagi kita rezeki Allah s.w.t., bukan bos korang. Huhu. Saya pun baru sedar bila mak bagi nasihat (love you forever, Mak!)

Then, gaji pun masuk lambat sangat. Masuk awal bulan, paling lambat 6hb!. Memanglah syarat yang kerajaan dah tetapkan paling lambat 7hb, tapi seriously, macam pungguk rindukan bulan tau rasanya. Performance incentive tu pun bukan masuk bulan ni, tapi bulan depan. Ni kalau cerita bab ni, memang tak masuk akal. So, kita skip.

Tapi, makin lama kerja kat sini, no improvement from management. Teruk sangat2. Makin teruk. Colleague nak buat loan pun tak lepas sebab company ni tak recognize! Bank tak boleh nak search info kat internet. Bila kitorang isukan perkara ni, simple je diorang reply. “They can check at SSM leh.” Tepuk dahi beb dengar. Rasanya bank tak kuasalah nak call SSM tanya pasal company.

Payslip? Tak pernah helok bagi. Tak minta, tak bagi. Kadang dapat selepuk 3 bulan terus, tapi ada satu bulan tertinggal. Acane tu? Bila minta, take time seminggu nak bagi. Alasan, hard disk problem, need to digitize it first (kau sebut scan sudah lerrrrrrr… kau buat guna komputer kot, email pun boleh). Propa banyak. Minta kettle tak dapat, minta toaster, alasan they will cook babi in there. Hellooooo, takde seketul bangsa C pun kat sini, so siapa nak masak babi kat situ? Guna toaster pulak tu? Seriously, tak kelakar. Excuse paling tak boleh blah. Kitorang provide sendiri barang2 kat ofis. Even plastik sampah.

They are so rude, when one day I asked to discuss about off days. I request for extra off days, siap cakap potong gaji pun takpe. But you know what? They yelled at me and told me to give my notice! Seriously? Orang nak discuss ngekkk, bukan argue! Actually terlalu banyak. Yang ni jelah boleh cerita. Ni pun dah panjang.

My colleague already resigned last month. Sebab dah tak tahan. Bukan tak tahan kerja, tak tahan dengan management. So, makin short la staff kat sini. Dah berapa orang cabut. Saya pun dah tak tahan. No benefits for us! Insurance? Takde. Shift allowance? Takde. Increment? Lagi takde. Bonus? Jangan harap. Life? Wasted kat ofis je weh.

Alasan putar belit. Memang sakit hati. Saya suarakan pada mak, siblings, friends nak berhenti kerja. Tapi, 24 hours notice. Dapat gaji, cabut. Sebab gaji masuk awal bulan kan, kalau dapat hujung bulan, memang hari ni dah tak kerja dah. Haha.

Dalam dilema, sebab, kita masuk cara baik, so mestilah nak keluar pun cara baik jugak. Tapi, bagi 24 hours notice tu, kira half-half la kan? Haha. Dalam dilema jugak, sebab belum cari replacement kerja. Nanti menganggur pulak. Kesian kat mak pulak. Huhu. Memang takde masa nak cari. Cari pun kat Jobstreet jelah. Nak apply cuti punnnn susah gilaaaaaa.

So, nak minta pendapat korang, patutkah saya berhenti notis 24 jam, atau teruskan kerja ni sampai dapat kerja lain? Seriously, dah takde hati nak kerja kat sini. Naik jerawat kepala aku dok memikir. Haha. Dah tak boleh nak adapt langsung dengan management kat sini. Mak memang dah izinkan untuk berhenti, siap cakap berhenti je, jangan pandang belakang dah. Siblings, kawan pun cakap benda yang sama. Doa, hajat, istikharah, pulun dah. Hati je tak tetap2 lagi ni.

Saya tahu, rezeki itu Allah s.w.t. yang bagi. Tapi, saya memang tengah buntu. Next week dah gaji. Please help me. Really appreciate it. Terima kasih.

– R

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *