Anak Instant

Assalamualaikum admin dan semua yang sudi membaca tulisan saya. Saya tergerak nak menulis selepas baca posting “hina ke status janda”, ( https://iiumc.com/hina-ke-status-janda/ ). Allahurobbi, sebagai ibu tunggal berstatus janda ( bukan balu ya ), sangat terharu dengan komen komen yang diberi, kata-kata yang positif . Lain benor dengan apa yang kami selalu hadap di luar. Cuma kali ni, aku cuma nak sembang tentang lelaki-lelaki yang berniat memperisterikan ibu tunggal ( janda yang ada anak ).

Pertama sekali, untuk yang sudah beristeri, tolong lah jangan sesakkan lagi kehidupan kami dengan mengganggu kami, meletakkan kami dalam perangkap fitnah yang sangat buruk dan hina. Rata-rata kami menggalas tanggungjawab yang berat menafkahi anak – anak kami. Ya, korang sedia maklum lah kan, berapa kerat sangat bekas suami dengan rela hati nak membayar nafkah anak setelah bercerai? Rata-rata berlepas tangan dan abaikan tanggungjawab ke atas anak dengan sejuta alasan. Tapi biarlah, itu urusan kalian dengan Tuhan. Kami penat mengadu , kami penat nak bersuara. Lagi kuat kami bersuara, kami juga yang tersakiti , anak-anak jugak yang akan terkesan. Berbalik pada suami orang, cermin dahulu diri .

Kalau tanggungjawab sendiri sebagai suami dan ayah pun tak sempurna, bil-bil , makan minum sebulan bulan pun isteri kena topupkan, jangan lah cari penyakit nak tambah lagi satu. Poligami bukan semata-mata seronok tetapi tanggungjawab yang akan dipersoal akhirat kelak. Perempuan-perempuan berstatus janda pulak, kita dah tahu itu hak orang, tak payah lah gatal-gatal kacau. Lelaki yang miang dengan kau dalam dia sudah ada isteri di rumah , tak layak pun dijadikan trofi untuk kau rebut-rebutkan. Tak berbaloi! Cukuplah kita tumpu pada anak-anak, memperbaiki dan muhasabah diri , berdoa supaya datang jodoh yang memberi ketenangan buat kita, bukan masalah yang bertambah-tambah. Apalagi main tangkap muat ja, laki orang pun kau sebat!

Bagi lelaki-lelaki yang ikhlas memperisterikan ibu tunggal, semoga Allah membalas kebaikan kamu. Tetapi, fahamkan dulu siapa ibu tunggal? Ibu tunggal ni berpengalaman dalam hal rumahtangga. Jangan fikir bukan-bukan, pengalaman di sini, ibu tunggal dah tahu macam mana nak urus hal keluarga, prioritinya, tanggungjawab. Ya, dia bakal jadi isteri kamu, tapi harus ingat, dia seorang ibu pada anak yang tiada pertalian darah dengan kamu. Anak itu tanggungjawab dan amanahnya, anak yang memerlukan masa, tenaga, perhatian ibunya.

Kamu harus bersedia yang dia tak akan mampu memberi perhatian dan layanan 100% khusus pada kamu. Kamu juga akan jadi bapa ekspres buat anaknya. Pada kamu, anaknya menumpang kasih seorang ayah, merasa nikmat punya keluarga sempurna. Bayangkan besarnya pahala kamu. Financially pulak , jangan letak expectation terlalu tinggi pada isteri kamu yang perlu menanggung keperluan anaknya. Untung kalau bekas suaminya tak culas nafkah, kalau sebaliknya? Kamu lah beri sokongan buat isteri kamu tu, tak tolong sua duit pun, sekurang-kurangnya beri semangat buatnya.

Kalau ada yang sedang cuba-cuba ayat ibu tunggal, antara dua lah. 1. Dia sendiri mencari dan mudahlah niat kamu, tapi yang no 2 ni, walaupun dah bertahun tahun tapi seriknya belum hilang. Dia pun dah terlalu paranoid dengan perkahwinan, tambah-tambah yang kaki KRT. Pengaruh buruk sangat tu! Jual mahalnya wow tapi percayalah, dia bukan tak mahu tapi malu dan tak yakin. Ini, kau memang kena usaha lebih lah. Ini tipsnya, ibu-ibu tunggal ni, paling cair kalau lelaki tu ikhlas sayangkan anaknya. Sebab selalunya lah, diorang bukan lagi meletakkan ciri-ciri suami idaman dah, tapi ciri-ciri ayah mithali untuk anak dan bakal-bakal anaknya.

Keselamatan dan kebahagiaan anaknya diletak jauh lebih tinggi dan penting daripada kebahagiaan diri sendiri. Ini aku nak pesan buat ibu-ibu tunggal, kau nak cari suami, dah dapat , jangan pulak kau abaikan anak-anak ya. Banyak aku baca kes , mak nak kena jaga ayah tiri takut kena tinggal lagi, sampai terbiar anak-anak. Kau jangan eh. Kalaupun suami baru kau pun hauk, jangan teragak-agak untuk angkat kaki demi anak-anak. Anak-anak tak bersalah, jangan pulak jadi mangsa kebodohan kita.

Lastly, tolonglah hentikan lah pandang dan anggap ibu tunggal berstatus janda ni hina. Jangan pula kamu main-mainkan perasaan dia. Cukuplah apa yang diorang hadap selama ni . Take it or leave it. Tak mampu tolerate dengan prioriti dan tanggungjawab dia, jangan cuba dekat. As simple as that.

Buat wanita-wanita bergelar isteri yang sinonimkan janda dengan b*b* , jaga-jaga ya. Anak-anak dara sekarang lebih ramai prefer suami orang. Bukan janda saja ya. Berdoa dan tawakal lah ya. Semoga rumahtangga kalian dilindungi dan kekal ke jannah. Kami pun taknak korang lalui apa yang kami tempuh selama ni.

Ikhlas, ibu tunggal yang sudah 10 tahun menunggal.

– Kak Aida

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *