Lelaki dan Nikah

Assalamualaikum semua. Hai netizen sekalian. Aku seorang perempuan, silent reader. Berumur 20 something. Aku selalu memerhatikan sekeliling Aku. Ini sudut pandangan Aku. Jadi jangan lah marah. Mana yang baik jadikan teladan yang buruk buang sejauh mata memandang.

Tajuk “Lelaki dan Nikah”. Aku cuma nak kupas beberapa teori yg perlu dikongsi kepada kaum ku iaitu kaum hawa. Bukan ank kondem atau kutuk kaum lelaki. TAK. Cuma sedikit kupasan tentang lelaki dan akad nikah.

Seperti Kita semua sedia maklum, Tuhan jadikan makluknya berpasang -pasangan. Ada lelaki ada perempuan. Lelaki lebih ego, rasional, tidak dipengaruhi emosi. Perempuan pula sebaliknya.

Beginilah teman nak kabor tentang lelaki dan nikah.

1) Lelaki waima bf, pakwe korang lah.. kalau betul bersungguh dan sangat serius nak halaikan korang sebagai isteri DIA akan buat apa saja supaya terjadinya pertunangan dan perkahwinan. Dia bukar sekadar omong kosong dan berjanji Manis. Pernah dengar “Actions manner than word?” Alah maksudnya “tindakan lagi penting dari kata2”.

Trust me, jika pakwe awak benar2 sayangkan awak cintakan awak DIA akan halaikan awak. Dia akan kumpul duit, plan next step, plan jumpa parents awak. Dia tak akan mintak bukan2 dari awak (seks, duit). Dan dia tahu apa tindakan seterusnya.

Tetapi kalau awak sebagai perempuan sudah berkawan dengan dia lebih dari bertahun, berbulan tanpa sebarang kata jaminan untuk halaikan awak ataupun tanpa sebarang kesungguhan. Maka tinggalkan lelaki itu. Maybe you can give time for them, give chance. Tapi jika masih sama tiada tindakan dan hasil, maka jangan buang masa tunggu dan setia kepada DIA. Siapa tahu jodoh awak ada di sekitar awak tapi sebab buta dengan cinta palsu awak tak nampak jodoh awak.

Ataupun si DIA asyik mengelak apabila bercakap soal perkahwinan itu bermaksud si DIA belum bersedia. Yalah who’s know DIA ada komitmen kerja, keluarga atau masih belum puas menikmati masa bujang. Si dia belum bersedia dari segi kewangan (mostly). Kemungkinan si DIA tahu awak jenis high maintenance, jenis spend a lot of money atau awak memang dibesarkan dalam keluarga berada dan tak boleh hidup susah.

2) Lelaki ini bila DIA sayang awak : DIA tak akan sanggup biarkan awak hidup susah. Bermaksud jika kewangan dia belum stabil DIA khuatir kalau tak mampu memenuhi keperluan dan kehendak orang Yang DIA sayang.

Ya DIA Faham kalau awak berulang Kali cakap awak sanggup lalui susah senang dengan dia. Tapi sebagai orang yg sngt mencintai awak, DIA tak sanggup. Jadi DIA ambik langkah untuk menjarakkan diri dari awak dengan harapan awak faham keadaan DIA. Dalam masa Yang sama DIA Cuba kumpul duit,ikat perut semata2 untuk “Halaikan” awak.

3) Lelaki Faham perempuan melalui kata2 dan kadang2 melalui memori perbuatan (actions)

Contohnya jika awak cakap awak perempuan yang jenis kurang makan. Tetapi apabila setiap kali keluar dating awak makan macam bela saka. Jadinya apabila awak soal si DIA bila nak masuk meminang, si DIA akan berfikir banyak kali. Ya sebab sayanglah si DIA terpaksa meminta diberi tempoh masa. Kita ni (perempuan) why not before judge cuba letak Kan diri Kita dalam situasi si DIA. Jangan tahu mendesak je.

Tetapi kalau si lelaki tu memang “have2”, memang mampu dan tak ada masalah kewangan. Dan awak nampak jelas perkara itu terpulang lah. Awak boleh pilih untuk stay or leave. Untuk jadi stok bosan, geli2 atau untuk tunggu cerita playboy itu suamiku. You know the reason and the answer.

4) lelaki cepat rimas dan sebab itu lah dijadikan perempuan bermacam2 mood dan kerenah.

Kadang2 bila Kita ni asyik tanya, asyik desak bila nak kahwin DIA pun agak rimas. Bagi DIA ruang dan masa. Contoh baru kenal 2 hari dah ajak kahwin, dah mintak si lelaki jumpa parents. Serabutla DIA. At least women, give them time.

Sama juga jika lelaki asyik desak perempuan untuk terima lamaran. Bagi masa dan ruang. Ada orang kena fikir semua sudut termasuklah politik keluarga, kewangan diri, komitmen diri, cita2 belum tercapai, dan kesediaan untuk bergelar suami @ isteri. Bagi masa untuk saling mengenali. Saling tahu sikap masing2. Ada orang perlukan masa untuk lebih mendekati dan memahami.

Contoh analogi mudah. Si penjaga singa dan singa. Penjaga singa akan observed, see cara hidup singa tu, cara nak jinakkan singa Tu. After a series of time, si singa jadi jinak. Sebab? Si penjaga singa cuba dalami dan fahami keadaan singa. Cuba untuk tarik perhatian, cuba cari Cara bermanja. Cuba Faham apa perkara yg buatkan singa jadi agresive jadi manja. Ha giteww.

So if baru kenal, at least bagi masa dan jangan desak. Tetapi kalau sudah lebih beberapa tahun kenal dan hubungan tanpa sebarang ikatan. Boleh la Lakukan sesuatu. Lelaki ni kahwin la umur berapa pun tetap tak ada masalah. Tapi tak bagi perempuan. Sorry to said, perempuan kalau kahwin umur 40 dan ke atas akan memungkin Kan risiko kelahiran bayi pramatang atau apa2 masalah kepada si ibu dan baby. Don’t mad at me but please ladies understand. But if not married yet ok what, ada banyak masa untuk parents dan family. Chill.

5) Lelaki main tarik tali?

Contoh : Dalam berkawan, dalam ramai2 orang. Si lelaki asyik sakat, menyakitkan hati awak, asyik bagi hint, Kacau awak, reply sms sweet2, take care, selalu cakap pasal jodoh. So why not directly tebal Kan muka tanya? Tanyalah betul serius atau sekadar tempat hilang bosan? Main la tarik tali, sekejap macam sayang sekejap macam kawan biasa. Untuk kepastian Tanya, untuk menjadi penunggu gua jangan tanya. Tunggulah sampai last2 love each other but shy shy cat. Nanti melepas menangis di bucu katil.

Lelaki atau perempuan bab sayang cinta jangan dibuat main tarik tali. Kalau betul sayang cakap. Kalau betul tak ada perasaan beritahu hal sebenar. Manusia ni lagi sakit bila someone sanggup menipu dari berlaku jujur. Ya kejujuran menyakitkan but there is no point to keep lying.

Ada kes sebab si lelaki EGO tak bertempat maka si pujaan hati brnikah dengan orang lain. APA susah mengaku “SAYANG”? Nanti Jadilah kisah tak move on sampai si pujaan hati anak2 dah nak masuk 3, 4 orang. Kan dah melepas. Tetapi berbalik pada ALLAH, tiada jodoh.

Perempuan ni bila sayang jadi setia, jadi rindu, jadi nak disayangi juga. Tetapi kalau si lelaki asyik tak ada tindak balas, seolah2 si perempuan bertepuk sebelah tangan. Don’t ask why her move on. Perempuan tak suka tunggu perkara dia tak pasti. Perempuan sukanan kepastian. If yes, said it. If not jangan layan.

6) Lelaki yg sayang kan perempuan (gf) akan buat apa saja untuk bahagiakan gf DIA walaupun terpaksa berkorban hobi Mahal sekalipun. Perempuan tak perlu paksa dan Minta, DIA Akan jadi terbaik untuk bahagiakan awak semulajadi.

7) Lelaki yang baik akan akhiri hubungan ke jinjang pelamin. Bukan ke bilik tidur.

8) a- Lelaki juga sukakan pujian sebab menampakkan mereka rasa hebat, rasa dikagumi dan dihargai.

b- lelaki tak Faham kata2 kiasan, kata2 tersirat. Jadi perempuan cakaplah secara terus terang.

c- Lelaki suka perempuan yg Mahal, susah dimiliki. Sebab semakin mencabar semakin berminat mereka.

d- Lelaki tak suka perempuan yang nampak terdesak @ senang try market, diminati ramai atau menjadi rebutan.

e- 99.98% men watch porn. Directly or indirectly. It’s fact. But don’t judge them. Semua orang ada nafsu cuma cara mengawal. Cuma jangan kahwin sebab nafsu.

9) Lelaki juga menangis cuma bukan dihadapan orang ramai. Mereka perlu menangis sebab mereka juga manusia.

10) Perempuan yg sayangkan lelaki akan mempermudahkan urusan “hantaran, mas kahwin”. Dan begitu juga sebaliknya, sama2 saling mempermudahkan.

11) Most of time when come to wedding planning, lelaki fikir keadaan poket dan komitmen kewangan dia.

“Perkahwinan bukan perjudian, if tak ready jangan bagi harapan hatta main tarik tali”.

Ok yang tu jer. Tambah la apa2 pun. I’m just writing.

– Cik Bunga.

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *