Assalammualaikum semua. Pernah terbaca banyak kisah di IIUMC dan harini saya nak share pulak kisah saya setahun yang lalu. Saya graduated from IIUM sekarang dah berkahwin tapi masih tidak mempunyai cahaya mata. Saya berkhawin dengan rakan sekerja dah nak masuk 4 tahun. Alhamdulillah.
Ujian
Semua manusia tidak terlepas dari ujian Allah. Dan itulah tugas kita sebagai khalifah untuk diuji dan Allah akan tengok cara kita respon pada ujian itu samaada baik atau sebaliknya. Jika baik kita akan dapat pahala tp jika sebaliknya nauzubillah. Alkisah- Tahun lepas merupakan tahun yang paling though dalam hidup, rumahtangga saya diuji oleh Allah dengan kehadiran orang ketiga dan sangat misteri ‘terkena gangguan . Satu hari suami pergi outstation hampir dua minggu. Balik dari Ensdorf transit di Bangkok masih pangil saya sayang. Tiba-tiba sampai di KLIA daripada perkataan sayang terus bertukar kepada aku dan dia berubah 360 darjah.
Dia cakap dah tak tahan dengan saya dan ungkit semua kesalahan, saya tengok keadaan dia memang serabut. Before dia jumpa saya malam tu dia sebenarnya pergi berjumpa dengan orang ketiga tu. Saya dah mula syak suami saya terkena. Suami jugak asyik ajak saya je pejabat agama untuk bercerai. Hanya Allah yang tahu perasaan saya masa tu. Tak tahu apa nak buat time tu, asyik nangis je, makan pun tak selera. Kakak nasihatkan pergi jumpa ‘ustaz’ ni. Bila balik je dari jumpa ustaz tu malam tak boleh tidur sampai pagi. Pukul 4 ke 5 pagi baru boleh tidur dan esoknya berkerja.
Apa yang buatkan saya tak boleh tidur sebab ada perasaan takut dan rasa macam suami nak bunuh saya. Rasa tak selamat tidur disebelah dia.Keadaan macam tu berterusan sampai badan saya jadi kurus. Lama-kelamaan dah tak tahan saya keluar dari rumah dan tak duduk dengan suami lagi. Ustaz yang saya jumpa tu seorang Indonesia, lama kelamaan makin pelik saya rasa. Bukan cara islam. Saya ambik keputusan untuk berhenti berubat dengan dia.
Ikhtiar
Alhamdulillah makin kita dekat dengan Allah makin Allah buka jalan. Suatu hari saya pergi ke rumah anak yatim dan berikan sedekah kepada mereka dan minta mereka tolong doakan rumahtangga saya. Saya pun ceritakan apa yang berlaku kepada rumahtangga saya kepada pengasas rumah anak yatim tu. Rahmat Allah datang dia perkenalkan saya dengan sorang ustaz ni. Tak sangka jugak ustaz ni rupanya ayah kepada businessman terkenal di Malaysia ni.
Hampir 6 bulan saya ulang alik pergi berubat. Masa tu saya dekat kan diri dengan Allah sedekat-dekatnya selalu tahajud, hadiri solat jemaah kt surau, belajar tajwid dan selalu dengar ceramah agama diutube. Saya menjalani banyak kali ruqyah dan ustaz berikan ayat2 quran untuk kesembuhan. Ustaz juga sarankan saya berzikir istigfar dan selawat ke ats Nabi S.A.W. selalu. Dalam masa yang sama suami dah mula berubah balik, semakin hari semakin nampak perubahan hingga akhirnya saya pulang ke rumah dan tinggal bersama suami kembali.
Wallahualam, saya tak tau rahsia disebaliknya samada orang ketiga yang buat atau saya terkena dari mana-mana pihak. Ingatlah hanya Allah yang Maha menentukan segala-galanya. Takdir kita Allah akan ubah jika kita berubah kearah kebaikan dan selalu berdoa. In shaa Allah. Dan percaya dengan ayat terakhir surah Al-Baqarah Allah tak akan berikan beban jika kita tidak mampu memikulnya. He knows best!
Saya malas nak comment pasal orang ketiga tu. Semua yang berlaku saya anggap adalah ujian dari Allah dan mungkin juga balasan dari Allah diatas dosa-dosa saya yang lampau. Allah akan berikan balasan yang setimpal dengan apa yang pernah kita lakukan. Saya maafkan orang ketiga tu tapi ingatlah balasan Allah tu ada. Dia tak lupa dan Dia Maha teliti diatas perbuatan kita. Alhamdulillah kini saya rasa kehidupan semakin tenang dan masih cuba memperbaiki diri. Semoga Allah tak cabut hidayah dan hikmah yang Dia telah berikan lewat ujian tu. Ameen.
Pengajarannya di sini, bila ada ujian ataupun masalah, first solat dan mintak jalan dengan Allah dulu. Banyakkan solat taubat, dekatkan diri dengan Allah, bila dah cari Allah cuba pulak cari manusia untuk tolong kita. Baca ayatul qursi setiap selepas waktu solat untuk pendinding diri,zikir selalu 1000x setiap hari, jadilah manusia yang baik :)
Sekian, terima kasih.
– Alma
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit