Hai assalamualikum semua.. Thanks admin kalau confession aku lulus dan disiarkan, hihi.. Hari ini aku saja nak kongsi bagaimana aku boleh move on dalam masa 1 tahun. Bagi aku 1 tahun kira paling cepat move on dah tu kalau orang yang kita betul2 syg, apalagi kalau dah ada perancangan nak kahwin kan?
Ok aku Rynn (bukan nama sebenar), aku berpisah dgn ex aku sebab macam biasa la, orang ketiga.. 6 bulan awal masa struggle aku nak hadap semua dan 6 bulan last tu tempoh aku bangkit untuk lepaskan semua. 6 bulan awal tu aku sampai g travel sebab konon2 bila balik dari travel, perasaan aku kat dia, aku akan tinggalkan semua kat sana, aku balik, aku akan reset hidup aku macam phone kononya lah.. tapi still sama, balik dari travel, tambah teruk adalah.
Aku jenis yang kurus, sangat susah nak naik berat badan. Tinggi aku dalam 153cm, berat aku 45kg je then after berpisah dengan ex aku, berat aku down sampai 40kg dalam masa 3 bulan je.. teruk tak.. hihi.. aku kadang2 lupa nak makan, kadang2 rasa lapar tapi bila makan, muntah balik. Ibu aku sendiri terkejut bila aku pulang kampung.
Okay, berbalik pada tempoh move on tu, move on yang totally feel dah zero. Aku jumpa dia pun dah takde pape pun, siap boleh senyum lagi kat dia sampai awek baru dia sound aku.. hahahaha.. First yang aku buat, aku rasa semua pun buat benda yang sama.
1. Dekatkan diri dengan pencipta kita. Jangan mengadu dengan orang or maybe media sosial, jangan sama sekali. Just mengadu pada Allah, ceritakan semua apa yang ada dalam hati, menangis sampai puas. Doa la setiap masa even di mana pun dan peneman tidur aku adalah zikir sebab aku tak dapat tidur kalau tak dengar, segala kenangan akan menari2 kat kepala.. so, itu langkah pertama.
2. Sentiasa positif. Positif bahawa Allah adalah sebaik2 perancang. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Allah selamatkan kita daripada tersalah pilih. Allah nak bagi yang lagi baik daripada tu. Aku bukan putus cinta pun memang sentiasa positif. Contoh macam aku kena reject bila mohon kerja and aku akan cakap dengan diri aku, takpe maybe tu rezeki org lain, rezeki aku belum sampai dan mungkin lagi bagus daripada ni and alhamdulillah, tak lama lepas tu aku dapat kerja tempat lain yang lagi bagus.
3. Jangan Berdendam even besar mana pun salah dia. Dia tak rugi apa2 pun kalau kita nak berdendam kan, dia dah gembira dengan orang lain, kita masih lagi menyimpan amarah dalam hati, sapa yang sakit? dia or diri kita sendiri? hukuman untuk dia, serahkan pada Allah, dia lagi berkuasa. Kita cuma perlu sentiasa berdoa dan mungkin kalau kita bernasib baik, kita akan nampak dia kena lagi teruk daripada apa yang dia dah buat kat kita.
Awek baru ex aku hina aku macam2, aku memang marah tapi lepas sound dia, aku dah selesai dengan dia. Habis, takde dendam2 walaupun aku tau dia still stalk aku, rasa tergugat, terganggu dgn aku, dia still try hard nak tunjuk betapa bahagianya dia dengan ex aku walaupun ex aku sikit nak u turn pada aku tapi aku tak layan dah.. hahahaha.
4. Jangan elak perasaan kecewa tu. Siapa2 yang perna putus cinta, mesti faham. Kecewa ni, makin kita elak, makin dia akan menempel kat kita.. haha.. so, baik hadap je.. sakit memang sakit tapi masa akan perlahan2 mengubati. Just go with the flow, lama2 hati kita akan lali sampai tak sedar yang sakit tu dah takde sebenarnya.
5. Cuba hobi baru. Contoh kalau sebelum ni tak minat hiking, try la hiking. Cuba benda baru. Untuk sementara jangan buat benda yang biasa kamu pernah buat. Elakkan ke tempat2 yang kamu pernah pergi sampai la hati dah betul2 move on sebab perkara2 biasa tu la yang menyebabkan kita sentiasa teringat. So try benda baru yang tak pernah kau buat ketika dengan dia dulu
6. Dan yang terakhir dan antara yang membantu aku adalah cari movie yang sedih2.. join la nangis sampai puas. Esok2 kalau kawan2 tanya kenapa mata bengkak, ada alasan nangis tengok movie.. hahaha.. sebab nangis ni kita tak boleh tahan taw, semakin kita tahan, semakin dada sesak dan maybe silap sikit kita boleh pengsan. Aku tahan nangis depan ex aku masa minta penjelasan dia, sampai menggigil taw, tangan terus tak boleh gerak. Aku ternangis je baru aku dapat bernafas, baru lega, dada luas.
Nak nangis, nangis lah sepuasnya tapi make sure lepas tu bangkit la, jangan menoleh lagi. Pandang hadapan, banyak lagi yang menanti kita di hadapan. Tak perlu berdendam, memaafkan lagi baik tapi bukan bermakna melupakan apa yang mereka dah pernah buat pada kita. Memaafkan bukan untuk orang lain tapi untuk diri kita sendiri. Yang penting hati kita dah ready untuk melepaskan, jangan paksa kalau still tak ready tapi jangan pegang lama2 sebab kita pun berhak utk bahagia.
So setakat ini saja yang mampu aku share ikut pengalaman aku la. Lain orang, lain cara, moga ini bermanfaat kepada yang masih lagi berusaha untuk bangkit.
Bye, Assalamualaikum.
– Rynn
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit