Adikku Depression II

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Setelah setahun aku tak update tentang adik aku. Terima kasih kepada admin kerana approved cerita aku yang pertama. Dan terima kasih juga komen-komen yang memberi pendapat. Sebelum baca part 2 ni, boleh baca cerita kat link untuk part 1 di sini, (https://iiumc.com/adikku-depression/). Entry kali ne sangat panjang. Maaflah sekiranya berterabur dan membosankan anda.

Selepas Y kerap melukis makluk tersebut, aku decided bawa dia berjumpa dengan seorang ustaz yang mahir. Berdasarkan cerita dari kawan-kawan, ustaz tu boleh dipercayai dan tidak mengamalkan amalan syirik. So satu malam aku bawa Y berjumpa dengan ustaz tersebut. Berdasarkan ustaz tersebut, hijab Y memang terbuka dan bukan gangguan syaitan. Dia suggest untuk tutup hijab Y sementara je sebab dia kata anugerah ni bukan semua orang boleh dapat. Kalau tutup terus, sangatlah rugi. Aku runding dengan Y, dia nak hijap dia terbuka balik pada umur 20 tahun. Ustaz tersebut kata, terlalu muda.

Iman belum cukup kuat, takut boleh jadi gila kalau ternampak bermacam-macam makhluk. Aku pun sebenarnya agak pelik jugak sebab kalau takut sangat nampak jin sampai tertekan,kenapa tak tutup terus, kan?. Tapi tu lah, macam ustaz tu kata, RUGI. Last-last, decided akan buka hijap dia semula pada umur 30 tahun. Serius aku ingatkan hijab ne hanya boleh ‘buka’ dan ‘tutup’ saja. Aku tak tahu pula boleh tutup sampai tempoh tertentu. Oh ya, berdasarkan ustaz tu, moyang-moyang kami dulu handal dalam mengubat dan adik aku terpilih untuk menerima anugerah tersebut. (Well, aku tak tahu sangat tentang moyang aku, so aku tak percaya sangat)

Beberapa hari selepas tu, aku bawa adikku berjumpa dengan doktor psikiatrik unruk temujanji yang pertama. Mula-mula Y masuk untuk berjumpa dengan doktor. Dalam setengah jam kemudian, doktor nak jumpa aku dan adik aku tunggu kat luar. Ada dua doktor, 1 lelaki 1 perempuan. Doktor lelaki, B, tersebut yang banyak bercakap dengan aku, Doktor perempuan, F tu pula hanya mendengar setiap perbualan kami. Soalan pertama yang keluar dari Doktor B ialah “Mak kamu memang tak sayang Y ke? memang taknak dia lagi?” HUH???? Apa yang adik aku cakap sampai doktor tu tanya soalan macam tu? So aku cerita adik beradik aku dimasukkan ke asrama sebab dapat belajar dengan lebih teratur.

Kalau kat rumah, asyik main handphone. Kena tegur, tak ambik pusing so jalan senang masuk kan kat asrama. Hujung minggu boleh balik, boleh lah main handphone puas-puas. Doktor tu pula kata, budak-budak main handphone sebab mereka nak keluar dari dunia realiti so mereka asyik dengan handphone sebab mereka boleh kawal mengikut keinginan mereka. Serius aku tak tahu sebab aku budak 90an. Aku dulu main handphone mesej ngan kawan-kawan je. 10 tahun yang lepas, handphone touch screen belum wujud kot (ataupun aku tak tahu kewujudan smartphone masa tu).

Aku kata mak sayang kat Y tapi mak selalu marah sebab Y sangat suka melawan cakap mak. Bila mak tegur elok-elok, dia buat don’t know. Kalau hari-hari macam tu, cuba cakap kat aku mak mana yang tak jadi singa? Tapi adik aku ne lain pula fikiran dia. Dia ingat mak jerit-jerit kat dia sebab tak sayang. Seriously that time I was like “What the hell was she thinking about?”. Aku juga explain kat Doktor B bukan mak tak peduli, tapi mak sekarang jaga atuk sakit(this happen around January 2018. My grandfather passed away during Ramadhan). Atuk tak boleh berdiri dan berjalan tanpa dipimpin dan cuma boleh jalan slow-slow. Mak tak boleh tinggalkan atuk seorang kat rumah dan adik beradik mak ada komitmen masing-masing, mak pula tak bekerja so mak offer nak jaga atuk.

Fast forward (still in February 2018), aku sempat bawa adik aku jumpa psikiatri 2 kali sebelum dia telan Panadol 1 papan. I repeat, SATU PAPAN PANADOL. This was happened bila aku pujuk (or paksa dalam istilah dia) ke sekolah. Dia sekolah sesi petang, start 12.30 sampai 5.30 petang. Aku dah janji kat dia masa tu yang aku akan ambil dia balik rumah jalan kaki. Rumah aku dengan sekolah dia tak jauh, dalam 5-10 minit berjalan kaki. Malam tu pula, of course aku suruh dia study and dia pun minta aku tunjuk ajar sebab dia tak faham. Sambil aku mengajar, she kept holding her head and said that she had a headache. Well, hari-hari dia sakit kepala dan kerja dia tidur, mesti la aku aku tak suruh dia tidur dulu sebab mungkin dia terlebih tidur (please bear in your mind, aku tak tahu apa-apa tentang ciri-ciri orang depression at that time. I apologize for my ignorance. Even sekarang aku masih jahil untuk memahami orang yang depression tapi that time totally zero tanpa ada sedikit pun pengetahuan,

Bila aku baca diary luahan aku, memang aku tersangatlah marah, annoying and benci dengan perangai adik aku sebab aku nak tolong tapi dia menolak. When she felt hopeless at that time, aq siram dia dengan nasihat-nasihat which is actually doesn’t work toward people who have depression.) The next day, sebelum aku kerja, aku check keadaan Y. Dia masih sakit kepala dan dahinya panas. Aku minta bantuan suami aku untuk bawa Y ke hospital dan inform doctor tentang adik aku telan Panadol satu papan. Lebih kurang waktu lunch, suami aku ada chat and said that Y taknak suami aku ikut dia sekali jumpa doktor. So after Y selesai jumpa doktor dan keluar, baru suami aku masuk dan inform doktor tentang Y telan Panadol satu papan tu. Doktor minta Y di ambil darah tapi suami aku takut dia menolak or mengamuk ke, I don’t know.

So suami aku ambil aku kat office dan bawa Y sekali lagi ke hospital. Waktu tu doktor semua keluar lunch but ada 1 doktor kebetulan the only one stay at time , so aku terus minta bantuan dia. Selepas aku explain semua, dia nak jumpa Y untuk bercakap personally. Mungkin ada lah dalam 10minit macam tu,doktor tu panggil aku semula dan inform yang Y memang rasa nak bunuh diri. Selepas ambil darah, dia dihantar ke hospital besar via ambulans and kami ikut dari belakang. Dia sepatutnya kena tahan beberapa jam untuk tambah air je tapi sampailah ke Maghrib still no progress, so dia ditahan dan dimasukkan ke wad.(Diary aku berhenti setakat di sini sahaja so sekarang aku akan cuba ceritakan berdasarkan ingatan aku.)

Kalau tak silap aku, dia kena tahan 4 hari 3 malam. Siang aku kerja, malam je aku temankan dia.Since Y minat buku macam aku, aku ada pinjamkan buku Anna Dressed In Blood (bukan promote tapi later aku akan cerita). Selama 2 malam aku jaga dia, tiada apa-apa yang teruk berlaku. Cuma di sebelah katil tu ada seorang perempuan macam kurang waras. Not sure la apa masalah dia, sebab dia meracau, dia tuduh mak dia nak bunuh dia padahal mak dia diam-diam je. Waktu aku kerja, perempuan ne la yang jadi teman adik aku berborak. So bila aku jaga dia waktu malam, Y cakap lah yang perempuan tu faham apa yang dia rasa walaupun perempuan tu macam gila.

Aku jawap je la “korang lebih kurang je sama.” Adik aku gelak. (Ya, ya aku tahu aku salah sebab cakap macam tu). Malam pertama tu, doktor pakar hati jumpa aku la dan tanya masalah Y. So aku cerita semua pasal depression dia, pasal doktor psikiatrik and dia telan ubat sebab sakit kepala yang amat or mungkin memang dia nak bunuh diri. Aku serius tak tahu mana satu yang betul sebab dia cakap dekat aku lain, dekat doktor pula lain. So doktor pakar hati bagitahu aku yang hati dia radang dan dalam darah dia still ada trace Panadol. Sekiranya tiada perubahan, dia akan dipindahkan ke Kota Kinabalu untuk mendapatkan rawatan lanjut. Malam pula aku berjaga sambil menulis diary aku untuk hari-hari sebelumnya.

On the second night, Y banyak borak dengan aku. Tanya tentang cerita-cerita arwah ayah, arwah atuk dan arwah nenek. Borak-borak kosong, mengimbau kenangan zaman kecik, cerita-cerita lucu. Y ada tanya aku, apa yang aku tulis malam semalam. Aku jawap je nota kerja. HAHAHA. Malam ketiga pula, adik bongsu aku, N yang temankan dia. Mak aku ada datang melawat. Well mak aku cakap directly to Y yang dia tu banyak sangat pikir tu yang membuatkan dia stress , and bila tak tahan nak tanggung, tu la jadinya kerat tangan la, telan Panadol la. Again, we apologize for being ignorant at that time. Adik aku adalah orang yang pertama dalam keluarga besar (termasuk adik beradik mak, cousin-cousin aku) yang ada depression. So kami takde pengalaman dalam menempuh situasi macam ni.

Selepas dia dah keluar dari hospital, aku ambil masa dalam seminggu lebih untuk buat urusan perpindahan sekolah, keluar asrama, surat pengesahan pelajar etc. semua aku uruskan sebab aku tahu mak aku tak dapat ke bandar untuk urus semua ne terutama bila nak tinggalkan arwah datuk. Untuk keluar asrama, aku uruskan untuk kedua-dua adik perempuan aku Y dan N. Adik lelaki aku, P kekal tinggal di asrama sampai sekarang. Urusan pindah sekolah pula aku uruskan untuk Y je, untuk N mak aku uruskan kalau tak silap.

Aku tak ingat kenapa aku cuma uruskan perpindahan sekolah untuk Y je. Selepas selesai semua urusan, dan Y start sekolah di sekolah sekarang, dia ada satu habit (?) menyimpan anak pisau dalam patung teddy bear dia. Aku tak pastu dari mana dia dapat pisau tu. N pula sedar yang kakak dia tu ada masalah so dia memang selalu perhatikan Y dalam diam and inform mak aku dan aku. Setiap kali Y perasan pisau tu takde dalam teddy bear dia, dia akan mengamuk sebab kitorang ambil barang dia. Kami tak pulangkan balik, kami sorok tapi almost setiap malam pisau tu akan ada dalam patung dia. Hmmmm… Anyway, ingat tak buku nota yang Y lukis dan tulis makhluk yang selalu dia nampak? Aku ambil dalam diam buku tu dari beg dia sebab pada pendapat aku la masa tu, buku tu untuk dia meluahkan but at the same time macam buku tu memberi semangat yang tidak baik untuk dia. Dia luahkan nak bunuh diri, semua orang tak sayang dia, macam-macam negativity dalam buku tu.

Tetapi, hasil dari tindakan aku tu, membuat dia anti dengan aku. Dia tak suka aku datang ke rumah sedangkan aku datang untuk melawat dia at the same time lawat arwah datuk. Dia kata dia benci tengok muka aku, rasa nak tampar, rasa nak tendang, rasa nak pukul, rasa nak bunuh aku.. Sebab? Aku ambil buku tu dari dia je. Hmmm tak faham aku. Dari mana aku tau cerita ne? Dari adik bongsu aku la, N. Hahahhaha. Semua Y luahkan dekat N. N stress juga sebab umur dia 13 tahun, tapi menghadap orang depression yang tak tentu perangai, tak nak itu tak nak ini, semua salah. Kau rasa? Aku hari-hari risau sebab taknak la yang bongsu tu pun sakit. N pernah cakap, waktu di asrama Y selalu tidur sambil pegang gunting. Tapi kami tak pernah tahu kenapa dia buat macam tu. So N almost setiap malam alihkan gunting tu dari tangan Y.

Selepas dapat tahu yang Y tak suka aku, aku dah jarang melawat dia. Dalam sebulan sekali atau 2 bulan sekali macam tu. Itupun kebiasaannya, aku datang, dia kurung diri dalam bilik dan tak jumpa aku. Kalau aku ketuk pintu bilik dia pun, dia tak layan. So aku just bertanya khabar melalui mak aku. Pernah satu hari mak aku keluar rumah bawa nenek aku jalan-jalan and dia lambat balik, selepas Maghrib kalau tak silap. Waktu dia sampai rumah, Y marah-marah tanya kenapa sengaja lambat balik. Rupa-rupanya waktu dia tengah bersihkan halaman rumah, dia terdengar suara berbisik di telinga dia. Selalu dengar around Mahgrib macam tu la.

Kalau mak aku ada kat rumah, mak aku memang awal-awal dah panggil dia masuk dalam sebelum masuk waktu. Tapi bila mak aku takde, tu yang dia buat kerja sampai malam kat luar. Dah tahu nak masuk waktu Maghrib tu, masuk je la kan. Bila dengar suara bisik-bisik, kenapa perlu salahkan mak aku balik lambat? Dia yang bongok keluar sampai malam. Aku tak paham la. Serius aku give up nak ambik tahu.

– T

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *