Assalamualaikum semua. Aku ada satu perangai iaitu aku mudah irritated bila orang lain buat benda yang bagi aku salah.. Benda ni berlarutan drpd aku sekolah.. Tapi masa dulu kalau aku irritated, orang tu mungkin tak tau sebab aku layan macam biasa.. Aku cuma tak jadi akrab.. takde la aku tunjuk aku tak suka.
Contoh masa aku belajar dulu.. Ada seorang mamat ni mulut boleh tahan. Orang lain semua salah dia seorang je betul.. Orang melaka, cakap kasar.. Apa dia cakap, dia nak orang ikut.. Kalau tak ikut, kau kena cop macam2.. Aku irritated bila dia buat perangai. Biasa aku dengar je dia cakap aku, malas aku nak tambah perbualan dia. Sampai lepas habis belajar, aku dah taknak ada hubungan dgn dia.. Tapi ada sekali tu, dia jumpa dgn pakcik aku, sembang macam we are good old friends.. Blurghhh, aku diamkan je.
Ada jugak yang aku irritated bila ada sorang kawan aku ni, pandai gile berlakon meraih simpati.. Padahal aku tau apa dia cakap semua dusta.. Tapi aku tau kalau aku cakap apa pun tak guna sebab dia pandai cari pengaruh dan belas kasihan. Aku pernah kene backstab dengan dia.. Aku diamkan.. ada kawan2 yang tau aku tak salah, beri aku kata2 semangat.. Lepas habis belajar, aku dah taknak ada apa hubungan dgn dia..
Ada jugak yang aku irritated bila kawan aku ni jenis memilih geng.. Aku kene left out.. Aku ingat aku geng sekali la.. Tapi tak pun. Kawan aku ni tak tunjuk depan2 yang aku bukan geng..aku pun tak pe la, orang tak sudi.. Lepas habis belajar, aku malas nak kontek dah tapi rupanya kitorang keje di field yang sama.. Nak taknak kene jumpa..
Aku sukar nak kawal rasa irritated ni. Aku cuba minimakan tapi sejak keje makin menjadi pulak. Dulu aku boleh keep that irritating sorang2. Tapi sekarang aku akan rasa terbakar nak luahkan. Contoh ada seorang mamat ni aku cukup tak suka keje dia, selalu careless.,selalu hantar overdue dan stubborn…aku tegur dan bercampur rasa irritated sebab bila aku tegur kalau dah lepas kali ketiga, masih ulang lagi.. Aku hamukkan je dan aku jadi marah2. Dan seorang lagi mamat ni, yang pandai berlakon dan play victim, aku hamukkan je.. Tak kisah la kau lelaki pun kalau kau dah salah tetap salah.
Aku dah jadi tak malu nak herdik dan marah.. Sebab apa aku fikir, dunia tak adil. Kalau kau ada satu masalah, takkan ada orang yang adil untuk selesaikan masalah kau… Kau tak bersalah, buat report polis.. Sekadar report. Kau adukan kat wakil rakyat, sekadar janji la kau dapat.. Siapa nak laksanakan keadilan zaman sekarang.. Kau tak boleh percayakan siapa2 dan harapkan siapa2.. Kau kene take action sendiri.
Macam baru ni, housemate aku bela kucing.. Tuan rumah tak kasi. Aku dah cakap elok2 pun dia buat degil dia je.. Irrtitated setiap kali balik rumah. Aku ambik buang kucing dia. Aku fikir aku kena ambil tindakan..kau nak adukan kat siapa lagi yang boleh ambil tindakan. Tuan rumah pun tak berani ambil tindakan. Memang salah aku buang tapi dia jugak salah pegi bawak masuk dalam rumah buat rumah macam kandang tu kenapa.. Kalau aku tak ambil tindakan, siapa lagi.. Lepas tu up status hina aku. Aku tak diam dah, aku balas balik semua post dia.. Aku tak malu dah.
Lagi satu contoh, aku beli air kat mesin air kat masjid.. Aku masuk rm10 tapi tak keluar balance duit. Aku call aku mesej tuan punya mesin.. Dekat sebulan aku tak dapat duit balik. Orang melayu. Aku mesej banyak kali cerita halal haram berniaga.. Aku tak malu dah. Mesej cara baik kau tak pulangkan duit aku. Sampai sudah aku tak dapat duit aku balik. Mesti korang cakap alahhhh berapa ringgit je tu, niat sedekah je la. Aku irritated perangai tuan punya tu. Aku nak sedekah ke tak tu hak aku..tapi kau berniaga, apa tanggungjawab kau..
Dan lagi, orang melayu jugak.. Berniaga, aku dah bayar duit beribu.. Aku mesej sampai merayu, aku kene ugut baru dia nak buat keje.. Aku irritated aku try balas balik kat dia.. Lepas siap keje, aku bayar pd amaun yang aku rasa layak untuk dia.. Tapi dia ugut aku balik minta bayaran penuh yang mana dia langsung tak layak.. Tak malu betul. Aku bayar penuh last2 tp aku tak malu nak war-warkan perangai tak amanah dia.. Aku irritated pada orang yang aku rasa salah.. Aku tak takut dah nak sound direct.. Selama ni aku mengalah. Tapi aku rasa nasib aku takde sape yang adil boleh bela.
Ni semua mungkin disebabkan cara aku dibesarkan. Bagi aku mak aku tak pernah adil.. Aku rasa tak selamat, aku rasa aku tak dibela, aku rasa aku tak dipercayai. Biasalah lumrah adik beradik bergaduh.. Walau dah terang2 bukan salah aku, aku tetap disalahkan. Walau aku betul, mak aku silent, jadi aku tetap salah. Yg aku salah, aku akui, aku minta maaf.
Disebabkan mak aku macam ni, siapa2 yang buat salah.. Kakak aku ke, abang aku ke tak pernah mintak maaf. Bahkan lebih teruk tak rasa bersalah dan tak rasa ingin minta maaf. Dulu aku tertanya.. Banyak soalan dalam kepala aku, kenapa mak aku tak boleh berlaku adil? Kalau lah ayah aku ada.. Pasti dia akan adil. Ayah aku dah meninggal masa aku kecik. Lama2 aku jadi irritated.
Perasaan aku macam kena torture.. Aku jadi irritated dan mungkin benci.Tapi jangan risau. Kalau kau tak salah.. Aku ok je.. Dan takde masalah.. Aku boleh berkawan dan jadi lebih daripada yang kau sangka. Aku pun takdelah nak perasaan irritated ni.. Orang kata maafkanlah.. Ye bercakap senang.. Aku banyak kali cakap aku maafkan dalam diri aku. Tapi rasa tersekat, rasa tak puas bila tak diadili..bila orang yang salah tak dihukum.. aku rasa tak let it go
Mungkin coretan aku ni tak bermakna.. Maaflah bahasa bercelaru.. Aku masih buntu.. Macam mana nak buang perasaan ni.. Ia bagi kesan kat hidup aku..
– Unknown
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit