Assalamualaikum semua.. terima kasih admin kerana publish perkongsian kisah aku. Aku kenalkan diri sebagai Angah, anak kedua daripada 9 orang adik beradik. Aku telah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak. Aku berasal dari utara. Jauh jodohku nun di selatan. Selepas berkahwin, aku mengikut suami menetap di situ.
Kisah aku bukan tragis pun tapi memberi kesan sehingga kini. Mak dan Abah aku pilih kasih di antara anak-anak. Sejak kecil lagi aku rasa envy dengan kakak aku, Along. Dia dapat segala perhatian dan lambakan hadiah serta ganjaran. Aku mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR, Abah bagi ganjaran dengan membawa semua ahli keluarga pergi bercuti.
Aku rasa sangat tak adil sebab mereka semua dapat berseronok disebabkan usaha gigih aku. Maksud aku, tiada hadiah yang khas kepada diri aku walaupun aku berjaya dapat keputusan cemerlang. Masa keputusan PMR pun begitu juga, aku scored 6A tapi ganjarannya Abah belanja semua adik beradik makan seafood. Padahal aku punya teringin nak kayuh Mountain Bike dulu! Abah tak beli pun.
Kalau Along tu, Mak dan Abah belikan jam tangan, baju, kasut & segala macam benda untuk dia. Untung lahh kan! Kemuncak rasa dengki aku bila Along dapat pangkat 1 dalam SPM. Abah belikan dia kereta Kancil & handphone Nokia 3310. Perghh..tahun 1999 kalau kau ada 2 barang tu, memang kau power! Bertambah bangga Abah bila Along dapat tawaran ke matrikulasi dalam jurusan Sains Hayat. Abah yakin betul kata Along bakal jadi doktor nanti.
Aku mula rasa bosan sebab Mak & Abah memanjang dok cerita pasal Along. Aku rasa terpinggir sebab aku bakal menduduki SPM masa tu. Mereka langsung tak pedulikan aku. Aku pergi tuisyen pun tumpang kawan. Memang pandai-pandai sendiri lah nak buat apa pun. Sampai satu tahap aku rasa demotivated. Tak semangat nak ke sekolah. Malas dah nak pergi tuisyen.
Aku fikir kalau dapat keputusan cemerlang pun, Abah tak akan bagi reward sama macam Along. So, keputusan SPM aku memang takde gred A langsung! Hanya dapat gred B, C & D. Abah marah aku..dia cakap aku malas belajar, tak macam Along. Aku tau memang salah aku tapi aku tension asyik kena compare dengan Along!
Walaupun keputusan SPM aku tak semenggah, aku dapat juga tawaran sambung belajar di KL. Aku pun redah je! Sepanjang 3 tahun aku tinggal di KL, sekali pun Abah tak datang jenguk aku. Abah cuma hantar aku masa hari pertama pendaftaran kolej saja. Ohh ye..aku takde handphone pun masa tu. Kalau nak call Mak, aku guna public phone! Kekadang tebalkan muka pinjam handphone roommate.
Lepas tu kena bayar top up kat member. Sedangkan masa Along di matrikulasi Melaka dulu, sebulan sekali Abah pergi melawat dia. Terasa hati betul masa tu..macam aku ni anak terbuang je. Bila tengok parents lain datang jenguk member hostel, bawa stok makanan segala macam..aku masuk dalam bilik, menangis tekap muka dengan bantal.
Actually banyak lagi kisah pilih kasih antara aku & Along. Tapi cukuplah setakat cerita kat atas tu je. Cerita tu pun dah lama, sekarang umur aku & Along dah hampir masuk 4 series. Alhamdulliah, hidup aku pun bahagia je dengan suami & anak-anak. Orang kata air dicincang tak akan putus. Sama juga hubungan aku dengan Along. By the way, Along tak jadi doktor pun sebab dia quit matriks selepas belajar kat situ setahun. Punah harapan Abah nak tengok Along jadi doktor. Huhu..
Aku tak berdendam dengan Mak dan Abah. Tapi kekadang tu aku fikir..kalau takde drama pilih kasih dalam family, mungkin aku tak rasa kecil hati dengan parents aku. Sekarang aku pun dah jadi ibu, aku cuba sebaiknya untuk tidak membezakan kasih sayang aku kepada anak-anak. Aku cuma nak ingatkan parents, jangan pilih kasih & bandingkan kebolehan anak-anak.
Kita tak sedar dengan perbuatan kita itu, kita telah pupuk sifat hasad dengki dan membuatkan timbul rasa kecil hati dalam diri anak-anak. Sayangilah anak-anak kita sama rata walau apa pun kekurangan mereka.
Sekian, wassalam.
– Angah
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit