7 Hari Yang Takkan Aku Lupa

Thank you admin kalau entri ini approved. Berbaktilah sebelum terlambat. Entri aku adalah luahan yang terluka dan tak mampu diubati tapi aku redho dan hanya dengan redho, Aku tenang..

Rabu 04 Jan 2017

Pakcik Mohamad dah boleh balik dah nie, tapi pakcik kena jaga pemakanan, ayaq pakcik jangan lebih dari 500ml sehari. Ayaq nie termasuk semua nah, sup sup yang pakcik makan yang berupa cecair itu consider sebagai ayaq jugak nah. Pesan staff nurse yang bekerja pada waktu dan ketika itu sebab creatinine dalam pakcik dah 700 cara nak kurangkan pakcik kena jaga pemakanan, abah mengangguk sayu. Mungkin jemu berada di hospital setelah beberapa lama. Aku menguruskan proses untuk abah discharge keluar dari Wad Melur 1 Hospital Baling. Tengaharinya abah dah berada dirumah. Petangnya aku pulang ke Kota Raya dunia.

Rabu 11 Jan 2017

Suara riuh rendah mula menyapa telinga lantas membuatkan aku terjaga setelah kembali lena selepas subuh. Aku bangun dan aku nampak katil single yang sepatutnya diletakkan di bilik hujung kini berubah tempat di ruang tamu.

Untuk pertama kalinya aku tatap wajah tua abah setelah seminggu aku pulang mencari nafkah dunia, ada sesuatu yang membuatkan aku hilang akal seketika, aku berlari ke dapur untuk mendapatkan kepastian lelaki yang aku lihat sebentar tadi adakah abah. Makk.. awat abah macam tu? Aku cuba mencari kepastian, setiap wajah yang ada disitu aku tatap demi mencari kepastian. Wajah lelaki aku sayangi itu bukan seperti biasa, wajahnya cengkung matanya sudah tak mampu dibuka dadanya turun naik turun naik..

Aku terkejut dengan keadaan abah, sampai masa mak suapkan abah, suapan kedua abah penuh kepenatan keadaan abah sangat lemah. Aku baringkan abah tak sampai 5 minit abah mintak untuk dibangunkan duduk seketika kemudian berbaring semula.. keadaan itu berulang dan berulang

Tiba tiba abah bersuara untuk duduk di garaj rumah mungkin untuk mengambil angin, lantas aku mengambil kerusi roda menolak dan membiarkan abah di kerusi malas yang dibeli atas pintaan abah sendiri. Keadaan tetap sama tak sampai lima minit abah berbaring, abah berusaha untuk bangun kembali dalam keadaan yang sangat lemah.

Abah tetap tidak mahu ke hospital, pujuk berkali kali tetap mengeleng, pujukan demi pujukan tapi abah tetap mengeleng tapi akibat memikirkan yang kami sendiri tak mampu untuk membantu abah dalam keadaan begitu, keputusan diputuskan abah mesti dibawa ke hospital.

Akhirnya abah akur dengan pujukan aku dan jugak along. Along dan abg Li membawa abah ke hospital Baling lebih kurang jam tiga setengah petang, abah dimasukkan ke wad kecemasan. Tidak lama kemudian aku sampai bersama mak kakya dan anak anak.

Aku melangkah masuk ke wad kecemasan, Ya Allah sayunya hati aku, ada doctor marah abah. Pakcik Mad kenapa tak mau pakai oksigen nie pakcik Mad, abah dalam keadaan sama nampak ketara abah tidak selesa untuk bernafas. Berulang kali aku masuk dan jam berginjak dari masa ke semasa tapi tiada apa tindakan lantas aku bertanya, macam mana keadaan abah saya nie doctor ?

Pakcik nie akan dihantar ke sungai petani, mungkin akan ditebuk untuk dialysis samaada tebuk leher atau perut saya tak pasti depends pada hospital Sungai Petani sebab creatinine pak cik Mad dah naik 900, makan jaga dak? Sukat dak minum? Lantas aku menjawab kami sukat, pak cik Mat nie masa discharge minggu lepas creatinine 700 sekarang dah 900.

Aku terdiam lalu aku khabarkan berita buat along kakya dan mak, along dan suaminya. Along decide untuk follow ambulans sebab sampai di Sungai Petani nanti perlukan waris. Tepat 6.30 abah ditolak masuk ke dalam ambulans.

Aku sampai di hospital Sungai Petani lebih kurang 930 malam, abah di kecemasan dan aku lihat ramai ada..tunggu dan terus menunggu.. doctor keluar dan panggil waris untuk berbincang mak masuk berjumpa doctor berteman acik. Aku terus menelefon abang untuk memberitahu keadaan abah sebab dia adalah waris yang paling jauh. Sambil menunggu, Cik Timah adik kepada abah beritahu tadi doctor Tanya macam mana kisah pakcik nie?

Kenapa perlu Tanya macam tu? Hospital Baling tak buat rujukan ke?

Lama acik baru keluar, semuanya menantikan apa yang bakal acik luahkan. 1030 malam yang tinggal aku, along, eiman,acik dan acik beritahu abah akan ditebuk diperut. Aku rasa saat itu saat aku paling bodoh kerana Bahasa Bahasa medic yang menyemakkan kepala. 10.45 abah dipindahkan wad dan doctor akan start tebuk perut abah, kami hanya menanti diluar.

Tak lama kemudian, doctor siapkan document dan sebatang pen untuk ditanda tangani, aku muka kehairanan lantas acik buka mulut, doctor mintak nak ikat kaki tangan abah sebab abah menganggu proses untuk tebuk perut tu.

Tak lama kemudian pembedahahan berjaya tapi muka aku berubah apabila bila doctor beritahu akan complete 72 cycle dan kemungkinan akan mengambil masa selama empat hari. Keadaan abah lemah sangat lemah.

Kami beransur gerak ke balai menunggu dan biarkan abah dijaga acik Tidurku tak berapa lena.. whatsup berkunjung tiba, acik, abah meronta ronta nak bukak tali tangan dan kaki. Selamatkan abahku Ya Allah

630 pagi abang sampai, aku berniat untuk pulang mencari nafkah dunia, bagi aku abah akan sihat selepas aku kembali nanti tapi aku silap. Aku masuk melewati abah bersama abang, eiman tetapi mengekori. Abah kelihatan keletihan, aku pulang dulu. Maka bermulalah episode episode abah di hospital sebagai warga pesakit HSAH.

12 Jan 2017

Aku sampai Penang penuh keletihan, tepat pukul 6.40 dan sempat melelapkan masa sementara untuk bangun semula dan bersiap ke tempat kerja tapi dalam keadaan aku masih belum menyarung tudung, whatsup di group kembali berbunyi,

Abang – keadaan abah makin teruk, doctor dah tolak abah ke ICU.

Aku lantas buat keputusan, kita patah balik ke hospital. Eiman akur tanpa sepatah kata, apa yg ada depan mata semuanya aku kutip untuk bekalan baju dan apa pun yang terjadi aku takkan balik selagi abah tak sihat

13 Jan 2017

Aku mulai mengerti sedikit demi sedikit apa yang terjadi pada abah. Doktor pakar akan buat lawatan setiap pagi, dari situ aku follow up case abah dengan doctor dibantu pengetahuan acik.

Keadaan abah you sangat tidak baik, sekarang bapak you perlu habiskan 72 cycle PD, loghat doctor berbahasa cina. PD ( PERITONEAL DIALYSIS ) , salah satu cara untuk kurangkan creatinine yang ada dalam badan abah adalah melalui PD, Creatinie ini adalah toksik yang dihasilkan dalam badan manusia yang cara mengeluarkannya adalah melalui saluran kencing dan apabila abah mengidapi buah pinggang maksudnya abah mengalami kegagalan buah pinggang dimana buah pinggang abah dah gagal untuk menghasilkan urine.

Dari situ menjawab pertanyaan kepada doc Hospt Baling tadi kenapa creatinine pakcik bole naik mendadak? Hari hari badan menghasilkan toksik tapi buah pinggang tidak berfungsi untuk membuang. Akhirnya aku mengerti. Siapa salah dalam hal nie ? Siapa doctor ? aku ? tapi sudah terlambat
Petangnya, ramai adik beradik yang berkunjung tiba melawat abah, BP abah cukup tinggi, acik cakap abah mungkin dengar adik beradik abah mai melawat dengan cara itu abah respond, aku cukup gembira. Bercakap dengan abah ketika itu adalah melalui BP, pulse abah. Allah hanya tahu pengharapan aku buat abah sembuh.

14 Jan 2017

Sebelum Subuh, eiman bertolak balik Penang sebab dah banyak hari cuti, aku tetap bersama mak, along, acik, kakya dan abang dan fatin disisi abah. Begitu jua dengan iparku yang lain, pulang bekerja yang tinggal hanya anak anak abah.

Setiap malam kami berkumpul bersama membacakan yasin Al Quran buat abah agar abah sedar. Pagi, tidurku menghala tepat kepada mesin mesin yang membaluti tubuh tubuh abah. Tetiba tetiba pulse abah behenti drop ke 20, lantas aku memanggil nurse yang bertugas, tidak lama kemudian, aku dihalau keluar doctor lantas menutup tirai bagi mengelakkan kami semua tengok apa yang sedang dilakukan. Aku akur

Pagi doctor pakar datang melawat, keadaan bapak you sangat memberansangkan, ada perubahan yang sangat baik. Creatinie semakin menurun. Sujud Syukur aku untuk abah ketika itu, terbayang di fikiran aku untuk bercakap, pelok abah seperti selalu.

15 Jan 2017

Abah dilawati oleh bapa dan mak mentua aku. Ternyata sama apa yang diterangkan oleh doctor pakar dan mak mertuaku. Kenapa dari awal abah tidak ditransfer ke hospt Sp sedangkan masa cretinie abah aku dah 700 dah kategori cukup tinggi kerana perlu dibuang melalui saluran air kencing tak boleh sebab kegagalan buah pinggang. Ternyata Hospital Baling punca segalanya. Tapi pada siapa untuk aku luahkan segalanya andai aku faham apa komplikasi yang terjadi sejak dari mula mungkin keadaan abah tak seteruk ini.

Keadaan kembali semakin teruk, selesai 72 cycle PD kitaran yang cuba dilakukan untuk membuang creatinine itu tidak Berjaya.

Permulaannya menampakkan hasil tapi setelah selesai 72 cycle masih berbaki dalam kuantiti yang banyak creatinine yang tidak dapat dibuang memandangkan creatinine abah dah mencecah 900 apabila sampai di Hosp Sungai Petani. Sepatutnya Hospital Baling tidak boleh mengambil tindakan menbenarkan abah discharge memandangkan creatinine abah ditahap yang tinggi tapi mereka tidak bertanggungjawab! Doktor cuba untuk membantu dengan menambahkan 72 cycle ke 84 cycle salah satu cara untuk membantu abah untuk membuang creatinine yg ada dalam badan abah. Tapi hampa keadaan semakin teruk. Doktor akan berusaha melalui HD.

16 Jan 2017

Keadaan abah tetap sama, mak tak behenti untuk melafazkan ayat ayat suci Al Quran buat abah. Yasin silih berganti. Aku merapati abah, abah kena sihat tau, kita kan nak balik, aku lihat kelopak mata abah bergenang, ada air dikelopak itu. Mungkin abah dengar, abah dengar adik tak abah. Abah genggam tangan adik abah kalua abah dengar, diam.. hanya kelopak mata abah kebasahan. Aku cium wajah itu berulang kali. Sungguh Allah uji aku. Doctor hanya beritahu, kami dah berusaha sebaik mungkin segalanya bergantung pada patient untuk sedar. Kalau patient tak sedarkan diri kita akan cabut lah mesin pernafasan. Aku kebingungan maknanya ? Apa doctor itu cuba sampaikan sebenarnya..

17 Jan 2017

Aku terpaksa balik untuk bekerja, hal dunia itu aku terpaksa akur. Whatssup group family, diam, aku tak senang duduk dibuatnya. Tetiba abang message, kita akan proceed abah dengan HD ( hemodialysis ) tebuk di tengkuk untuk bantu cuci creatinine abah melalui darah dan proses abah jugak tidak mengambil masa terlalu lama. Diam. Lama..

5.15 petang

Keadaan abah semakin teruk abang dah decide untuk bawak balik abah. Apa yang aku baca nie ? aku perlukan penjelasan sekarang. Pelbagai soalan bermain di minda. Soalan yang tanpa jawapan yang aku dapat dengan jelas. Bukankah doctor cakap untuk proceed dengan HD? Tapi kenapa decide untuk balik bawak.

Bawak balik abah adalah ibarat membunuh abah fikirku kerana sekarang abah bergantung kepada mesin pernafasan. Aku anak abah, tak boleh buat keputusan walaupun aku hanya adik perempuan bongsu mereka. Bertalu talu soalan diminda aku. Aku bergegas pulang, aku decide untuk ke hospital Sp dan mengiringinya ambulans yang akan membawa abah pulang. Sampai aku dihospital aku mencari jawapan pada persoalan aku.

7.45 malam

Macam nie dekla, abang nak bagi semua clear, abang dah panggil doctor pakar bercakap dengan along, acik, kakya, mak. Mula doctor cakap akan proceed dengan HD tapi lepas doctor semak previous report tentang abah, doctor cakap sekarang you ada 2 pilihan.

You biarkan bapak you mati disini dikatil ini kalau disini paling lama bertahan mungkin 2 atau 3 hari atau You bawak bapak you balik biarkan dia pergi dengan tenang.

Ya Allah, hebat ujianMu Ya Allah.

10.45 malam

Ambulans sampai dan abah dibawak turun untuk dinaikkan ke dalam ambulans, wajah tua itu kukucup lama. Abah adik redho abah. Manisnya kata katamu wahai doctor, kita akan bantu Pakcik dengan bantuan pernafasan sampai dirumah kita akan cabut bantuan pernafasan tersebut.

Tipuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!

Aku menahan air mata, walaupun dalam keadaan sebak. Pemanduan eiman yang cekap membuatkan kami tak terlepas sedikit pun mengekori ambulans tersebut, kami betul betul dibelakang ambulans. Aku masih tidak mampu menerima kenyataan dengan apa yang bakal berlaku sedangkan aku tahu dirumah aku mereka semua dah sediakan kain kapan buat abah.

11.32 malam

Ambulans tetiba slow dan aku tak mengesyaki apa apa kerana mindset aku, abah tetap akan sihat Message aku diterima, panggilan yang engaged kerana tak dapat menghubungi aku dari no acik. 5 min kemudian aku paparan screen handphone, kaki ta.. hello, ella tau dakg. Apa? jantung yang berdegup laju hati yang bagai dihiris sembilu, pak mat dah takdak. Sebelum sempat panggilan ditamatkan aku menangis sambil berteriak.. kenapa abah tinggallll adikkk.. kenapa abahhhh.. kenapa abah.. aku macam orang gilaa..

Aku rasa ketika itu aku dah hilang segala galanya.. abahhhhhhhhhhhhh pelan pelan aku pujuk hati.. ketika itu hati kecilku berbisik, Hosp Baling tak guna, buat kerja lalai! kerana ampa, aku hilang abah kerana ampa, tapi pelan pelan aku pujuk diri. Ketentuan Allah. Percaturan Allah itu adalah yang terbaik.

Sampai dirumah, along menanti dirumah, air mata tak dapat diseka lalu mengalir jua sambil berpelokkan dengan along, aku mencari kekuatan disitu, aku lembik untuk ketika itu. Semalaman dihabiskan bersama abah, sekejap tertidur sekejap terjaga, wajah abah sebam.

Paginya aku mengangkut kain yang menutup wajah abah, SubhanAllah.. tidak perlu aku nyatakan disini tapi cukup untuk mengubati hati yang terlalu perit untuk menerima kenyataan. Terima kasih Ya Allah, aku sempat untuk memandikan abah aku dengan tangan sendiri. Lengannya aku sabun sambal berdoa dalam hati kecilku. Ya Allah ampunkan dosa abahku, tangan ini yang membesarkan aku. Tubuh ini yang digunakan untuk melindungiku Ya Allah. Kau ampunkanlah dosanya.. Sudah tertulis di Luh Mahfuz tiba masanya abah pergi untuk selama lamanya. Al-Fatihah.

– el_ Anak bongsu Abah

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *