Liku-liku Graduan Dalam Negara

Assalamualaikum. Thanks admin sebab approve. Nama aku Hariz, umo awal 30-an. Memandangkan banyak confession berkaitan PhD, aku pon nak share pengalaman buat PhD dalam negara. Aku baru menyiapkan versi terakhir thesis untuk dihantar kepada panel Viva. Doakan semuanya berjalan lancar guys.

Funding

Benda yang paling mencabar untuk seorang pelajar PhD ialah funding. Selepas tamat Master, aku bekerja sebagai pensyarah di sebuah Universiti Kolej swasta yang kemudian terpaksa tutup akibat masalah kewangan. Then, aku sambung kerja di industri sebelum membuat keputusan sambung PhD.

Kenapa sambung PhD? Kerana aku dah lama minat nak jadi pensyarah. Kemudian aku memang minat bidang Artificial Intelligence. Aku bernasib baik jumpa pensyarah bidang ni yang ada geran dan masa tu boleh apply Mybrain dan gabungkan dengan geran. Double income. Aku dapat elaun yang lebih dari semasa kerja lagi. Alhamdulillah. Berkat aku banyak bersabar membantu ibu bapa walaupon dalam keadaan tidak mendapat gaji semasa Universiti aku kerja dulu tutup.

Semasa aku datang ke sini menyambung pengajian, memang jauh dari rumah. Aku datang menyewa rumah dan hari pertama lagi aku cari peluang bekerja sambilan kerana elaun geran dan mybrain belum tahu bila akan dapat. Cuma ada elaun sementara sebagai Graduate Assistant. Aku contact pusat tuisyen dan tanya jika ada kekosongan.

Alhamdulillah, setahun jugak aku kerja sebagai cikgu tuisyen waktu malam. Waktu pagi/petang buat research proposal atau ajar budak2 degree. Memang letih. Dapatlah extra income dalam RM400 sebulan. Yuran pendaftaran aku bayar guna duit sendiri dan claim dari EPF. Itulah duit aku untuk survive awal2 dulu sementara tunggu elaun geran dan Mybrain.

Selain dari kerja tuisyen, aku jugak buat macam-macam kerja. Antaranya buat kelas tutor untuk budak2 degree, jadi driver mcm Grab, ambik upah proofreading, buat translation dan buat business. Memandangkan aku ada darah Kelantan, so semangat nk berbisnes tu memang ada. Macam sekarang, dah setahun aku buat business buat website, printing, dan jual barang2 IT. Alhamdulilah dapat tampung keperluan dan yang mana kurang. Banyak aku belajar untuk gunakan ilmu aku berkaitan komputer.

Masuk tahun ke 3, geran dan Mybrain aku dah habis. Jadi aku bergantung kepada geran baru yang aku tulis sendiri dibantu supervisor. Alhamdulillah, tahun dulu tak dapat. Tapi tahun ketiga geran aku approved. Dapatlah dalam RM2k-3K sebulan sampai sekarang. Walaupon kadang2 tak cukup, business aku masih boleh cover. Sebabtu penting guys untuk apply geran every year. Walaupon susah dan makan masa nak tulis, applylah sebab maybe rezeki kita dari situ. Masa master pon aku pernah apply geran dan dapat dlm RM90k. Boleh support aku belajar dalam 2 tahun.

Supervisor

Masa mula2 aku cari supervisor dulu, aku search dari website university IPTA dan IPTS ikut bidang yang aku minat. Kemudian aku email diorang dan ceritakan tentang diri aku dan minat nk sambung PhD. AKu tinggalkan no untuk dihubungi. Memang lecturer-lecturer ni berebut untuk dapatkan student nak sambung PhD/Master. Yelah sekarang nak sambung susah sebab masalah duit. Aku pilih supervisor yang ada funding of course, dan tengok jugak rekod supervisor tu dari segi publication, student2 dia yang dah graduate. Bahaya ambik supervisor yang tak ada rekod baik. Mana tahu dia mental (supervisor mental memang wujud). Kalau boleh tanya sekali student dia untuk dapatkan testimoni.

Kalau supervisor yang kita ambik tu senior lecturer, biasanya dia banyak masa dah boleh fokus dengan kita. Kelemahannya dia kurang pengalaman dalam membantu student graduate. Kalau AP pulak, mungkin dia sibuk kejar KPI nak jadi Prof. So tak banyak masa nak supervise. Kalau yang pegang jawatan, lagilah susah nak jumpa. Kalau Prof yang tak pegang jawatan tu banyak pengalaman cuma yang bahaya kalau dia tiba-tiba bersara. Huhu. Sebaik-baiknya bagi balance untuk Supervisor dan Co-supervisor. Kalau sorang busy, pergi kacau sorang lagi. Janji research kita jalan. Haha.

Penting cari supervisor yang ngam. Aku dengan supervisor aku sekarang pon ambik masa nak ngam. Macam2 kerja dia bagi aku buat. Tapi selalunya aku buat yang terbaik. Lama-lama dia pon bantu aku dengan terbaik jugak. Ngam lah akhirnya. What u give u get back.

Kahwin

Ramai yang buat PhD ni kahwin lambat. Sebab antara masalah utama ialah duit dan masa. Belajar ni banyak guna duit. Elaun pon biasanya ciput. Ak upon baru tak jadi kahwin sebab jumlah hantaran yang aku mampu bagi tu sikit bagi dia. Aku tak mampu nak sediakan majlis yang grand2. Yelah student macam aku. Mana mampu nak bagi hantaran tinggi dan kahwin grand ikut trend sekarang. Nak loan dengan bank pon tak lepas sebab tak ada offer letter kerja tetap. Akhirnya aku dicop “takda effort”.

Satu lagi, faktor masa. Kalau dah pagi sampai petang/malam buat research dan thesis, lepastu kerja part-time lagi dengan business semua mana ada masa yang banyak nak luangkan dengan GF kan. Aku pon selalu kena marah sebab busy. Tapi nak buat macamana, walaupun aku mesej hari-hari dan jumpa bila balik kampung, tapi tetap perempuan nak perhatian yang lebih. Ramai kawan-kawan aku yang kahwin masa buat PhD. Tapi kahwin bajet. Lepastu tukar kepada part-time dan bekerja tetap sambil belajar. Memang akan ambil masa 6/7 tahun untuk habis.

Bagi aku, better aku securekan dulu PhD baru kahwin. Tapi apa kan daya, jodoh tiada. Kepada perempuan yang nak kahwin dengan lelaki yang tengah buat PhD, kena faham masalah utama duit dan masa tu. Terima seadanya. Mudahkan perkahwinan. Jemput barakah. Invest untuk masa depan. InshaaAllah lelaki akan lebih sayang dan nak balas yang terbaik dekat isteri.

Life

Dari segi life pulak, dah 4 tahun aku di sini. Awal-awal dulu aku di Lab dari pagi sampai lah lewat malam. Tulah rutin aku yang lifeless. Makan pon nak cepat bila fikirkan research. Kenduri pon ada yang aku terpaksa tak pergi sebab jauh. Kenduri aku pon belum. Haha.

Orang kadang2 tak faham bila kita buat PhD/Master. Dorang ingat student macam masa degree je. Padahal banyak tanggungjawab yela PTPTN, sewa, kereta, parents smua macam orang kerja jugak. Cuma parents aku faham aku tak pernah miss bagi duit ikut elaun yang aku dapat. Mungkin berkat dari doa parents aku rezeki tak pernah putus. Itu jelah kot aku nak cerita. Rasa sedih pulak bila fikirkan thesis yang sedang di print ni. Segala penat lelah, sakit kepala, demam, malam yang tak dapat tidur, rasa lose hope, dan macam-macam rasa yang negatif dan positif dah nak berakhir.

Nasihat aku untuk yang nak sambung PhD/master, jangan takut. Betulkan niat untuk sumbang ilmu yang kita dapat tu kepada agama dan masyarakat. Jangan semata-mata sebab nak gaji besar atau kerja hebat. Nanti kita putus semangat di tengah2 perjalanan.

Dari Abu Darda “Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa melalui satu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan permudahkan baginya jalan menuju syurga. Para Malaikat akan membentangkan sayapnya kerana redha kepada penuntut ilmu. Penghuni langit dan bumi hingga ikan yang ada di dalam air mendoakan keampunan kepada penuntut ilmu. Sesungguhnya, keutamaan seorang alim dibanding dengan seorang ahli ibadah adalah ibarat bulan purnama atas semua bintang. Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para Nabi, dan para Nabi tidak mewariskan dinar mahupun dirham, akan tetapi mereka mewariskan ilmu. Barangsiapa mengambilnya, maka ia telah mengambil bahagian yang sangat besar.”

(HR Ibnu Majah No: 219) Status : Hadis Sahih

– Hariz

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *