Assalamualaikum. Menyimpan biarpun gaji kecil. Kalau kita google nasihat2 kewangan, ramai cakap suruh simpan 10% dari gaji kita. Kalau gaji 1k, simpan 100. Gaji 2k simpan 200.
Untuk yang gaji2 kecik kadang2 rasa susah nak simpan. Iye lah, kadang makan pun tak cukup, banyak hajat tak tertunai, nak kena simpan pulak. Cabaran dia, fuh. Tu yang kadang2 ramai terkandas atau tak jadi menyimpan. Kita rasa tak logik untuk menyimpan dengan gaji yang kecik.
Sebenarnya silap tu, bila mindset kita mula2 lagi dah cakap tak boleh lah nak simpan sebab gaji aku kecik, maka action kita akan follow apa yang minda kita cakap.
Sebenarnya untuk menyimpan ni, kita kena bubuh dalam minda kita, simpanan aku ni ialah REWARD bagi diri aku. Dah penat kerja pagi petang siang malam, maka simpanan ni lah hadiah dari aku kepada aku.
Jadi, bila masuk gaji, kita akan automatik rasa untuk menyimpan dulu baru berbelanja, yelah, kan reward diri, maka kena lah bayar diri kita dahulu baru bayar yang lain. Simpan dulu baru berbelanja.
Tapi bila simpan nanti macam mana dengan perbelanjaan harian???
Kat sinilah langkah seterusnya akan datang, iaitu bekorban menekan nafsu dan kehendak. Tengok kawan2 pakai honda, rasa nak pakai honda jugak. Kawan2 shopping sakan, rasa nak beli satu mall jugak. Tapi nilah korban, kita tangguh jap semua kehendak2 ni.
Ada sikit panduan yang biasa saya guna dalam menyimpan ni.
1. Letak matlamat yang ingin kita capai.
Kita lebih tahu kemampuan kita, maka kita kena betul2 semak berapa keperluan aku sebulan, dan berapa aku boleh simpan.
2. Simpan dulu baru belanja.
Kita cuba dulu simpan at least 10% dari gaji kita. Payah la tuan nak simpan dulu baru belanja, senang je, kita isi je borang untuk buat potongan terus dari gaji kita. InsyaaAllah confirm tiap bulan boleh simpan dulu baru belanja. Duit tu kita dah selamatkan awal2 lagi dari dicuri penyamun bernama nafsu serakah.
3. Duit yang kita simpan tadi kena bubuh dekat tempat yang susah nak bawak keluar.
Nama pun duit, nilai dia tinggi, jadi kena simpan dekat tempat selamat. Tempat yang tuan dia sendiri pun payah nak amek. Sebab kalau senang sangat nak amek, jadi sangat bahaya, bahaya bila tiba musim2 raya, fuh, masa tu kalau pergi shopping complex, semua tempat depa tampal perkataan SALE, sampai pintu jamban pun depa nak tampal sale. Masa tu kalau dia tulis SALE 90%, fuh, iman sapa tak goyang kot. Duit yang disimpan tadi, kejap je bawak keluar, tahu2 dah habis tak sampai 1 jam.
Antara tempat yang saya sendiri guna supaya duit payah nak keluar ialah ASB, Tabung Haji. Selain tu boleh la simpan dalam Amanah hartanah bumiputera atau mana2 unit trust.
4. Jana pendapatan sampingan.
Buat je side income yang boleh bantu generate kewangan kita, jadi dropship ke, buat CWA ke, ejen hartanah ke. Kalau rezeki ada kereta, boleh la pakai buat Grabcar. Dapat income dari sini, buat simpan lagi, jangan la buat belanja sakan lak.
5. Kurangkan perbelanjaan.
Kurangkan makan dekat kedai2, jangan bazir karen, jangan asyik tukar phone, kurangkan pergi cinema tiap minggu.
6. Bersedekah.
Ustaz bgtau dalam duit gaji kita tu ada sikit sebanyak rezeki orang lain. Benda ni wajib kita faham, rezeki orang lain tu maksudnya memang hak depa, bila kita tak bagi, maka Allah akan tarik dari kita dengan cara paksa, tu yang kereta asyik rosak, ada je duit yang bocor mengalir ke tempat lain. Oleh itu jangan lah kita takut untuk bersedekah, takut nanti iman kita yang tak mampu diuji kesan dari tidak bersedekah. And paling penting betulkan niat kita, semata mata kerana Allah dan nak tolong orang tersebut.
Turutan sedekah ni kita kena utamakan dulu yang ada pertalian darah dengan kita, baru kita jenguk jiran2 dan orang lain.
7. Jauhi hutang2 jahat sejauhnya. Macam personal loan, Bahaya depa ni, mungkin sekarang dapat cash, tapi nanti akan datang, habis duit kita kena sedut.
Menyimpan ni memang payah dan mencabar, tapi kena buat jugak, sebab kalau kita tak boleh simpan untuk diri kita, sapa lagi nak simpan untuk diri kita. Dan kita kena ingat, duit ni fungsi dia membayar, maka kalau kita tak bayar diri kita, confirm duit kita bayar orang lain dulu. Lepas 5 tahun tengok tak ada simpanan, sedih dia bukan kepalang.
– AFBA
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit