Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah. Confession aku sebelum ni, ialah (https://iiumc.com/suami-
Confession aku kali ni berkenaan diri aku. Ada 3 main point. Confession aku sebelum ni, secara jujurnya aku tak galakkan perempuan diluar sana berterusan untuk melakukan dosa kemudian mengharapkan orang sekeliling @ lelaki untuk terima diri kau seadanya. BIG NO! Kesilapan besar aku ialah aku tewas dengan nafsu dan perasaan aku sendiri. Aku akui kesilapan aku.
1) BAPA & IBU @ FAMILY
Untuk pengetahuan Readers, kisah hitam aku hanya diketahui oleh Parents aku, Suami Aku dan Sahabat Baik aku(14 tahun berkawan). Even aku ada siblings yang lain, tapi Parents aku rahsiakan hal ini demi menjaga aib aku. Dan elakkan rasa janggal bila aku bersama dengan siblings yang lain. Betapa mulianya hati Parents aku yang sedaya upaya untuk tutup aib aku. Allahuakbar.
Selepas peristiwa hitam itu, aku actually depression lah sekejap. Sampai sebulan aku tak pergi sekolah. Sebab lepas kes kantoi tu Parents aku bawa aku pergi medical checkup dekat klinik swasta untuk elakkan perkara yang bukan2 berlaku (ex: mengandung). Alhamdulillah aku sempat ‘dibersihkan’. Kalau tak, taktau lah apa nasib aku. Jadi, aku diberikan cuti oleh Doktor yang bertugas termasuk Doktor kaunseling. Bagi aku, Parents aku memainkan peranan yang sangat penting dan bersikap rasional. Dorang juga tak cepat melatah. Walaupun Abah aku marah gila dengan aku dan Mama aku menangis teresak2, tapi dorang masih cuba untuk memperbaiki kesilapan besar yang telah aku buat. Pukul aku pun tak. SubhanAllah.
Parents aku bertindak bijak dengan paksa memutuskan hubungan aku dengan S. Siap bersemuka dengan family S tak bagi S dekat dengan aku dah. Aku tahu dan aku sedar, tindakan Parents aku tuh adalah bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang balik. Parents aku bukan jenis pemikiran kolot untuk pengetahuan Readers . Sumber kekuatan aku untuk bangkit dengan kelemahan aku, hadir dari kekuatan yang disalurkan oleh Parents aku.
Aku nekad untuk terus bangun, lebih berkeyakinan diri demi menutup kekurangan aku. Dan aku sedar saat tu tak ada apa yang aku boleh banggakan dengan diri aku selain membuktikan melalui pendidikan dan pekerjaan. Biarlah tak ada lelaki yang nak jadikan aku isteri pun, asalkan aku jadi seorang yang berjaya. Itulah azam aku bila aku sedar yang aku ni bukan ‘perawan’ lagi. Parents aku pun tak pernah berhenti untuk menyokong aku. Aku bersyukur sangat pada Allah s.w.t. Aku masih Diberi Peluang dan DiSayangi.
2) SUAMI
Lepas peristiwa hitam tu aku memang tak ada hubungan serius dengan mana2 lelaki. Sekadar berkawan je. Sampai lah aku berkawan dengan Suami aku ni. Hati dan jiwa perempuan ni ada macam 1 perasaan @ instinct tau. Aku pun tak reti nak jelaskan macam mana. Ada 1 aura positif bila aku bersama dengan Suami aku ni. Pemikiran dia lebih kurang sama dengan Parents aku. Tak cepat melatah, berfikiran rasional dan matang.
Sebab aku taknak dia rasa macam aku ni ‘Perfect’ , aku jujur dengan dia kekurangan dan kelemahan aku. Kalau dia tak boleh terima aku, dia boleh je angkat kaki berambus siap2. Aku cuba untuk tak rasa kecewa sebab memang itu bahagian yang aku patut terima. Aku pernah baca Ustaz cakap ‘JANGAN BUKA AIB MU’. Tapi aku terpaksa bagi kekuatan tahap maksima dalam diri aku untuk berterus terang. Aku ni sejenis cepat nak buat bayangan sendiri tau. Bayangkan kalau aku tak jujur sampai dah akad nikah, tapi dia tak boleh terima. Apalah nasib aku. Kena hina setiap masa, di cop jijik, di zalimi. Allahuakbar! Tak sanggup aku nak hadap semua tu. Aku membujang pun takpe. Dah memang silap dari aku kan.
Tapi Allah s.w.t Maha Pengampun dan Maha Mengasihani HambaNya. Suami aku terima kekurangan aku dan anggap itu adalah ujian Dunia untuknya. Kami berkawan 5 tahun dan barulah melangkah ke alam perkawinan yang kini dah menjangkau tahun ke 4. Hampir 10 tahun dia bersama aku. Kalau ditanya tentang ‘berkongsi kasih’, SubhanAllah sedaya upaya aku akan cuba elakkan dari berlaku. Tak sempurna tak bermaksud aku takda hak untuk bahagia bukan???. Bahagia perlu dicari dan perlu dilindungi. Alhamdulillah. Taubat aku dan doa aku didengar. Dihadirkan seorang Pembimbing dan Pelindung untuk aku.
3) SAHABAT BAIK
Sahabat baik aku adalah 1 bonus untuk aku. Yang sudi berkongsi rasa dengan aku. Bukan jenis tikam belakang (berani tikam aku, aku tikam balik. Hehe). Sahabat aku ni jugak pemberi dan pembakar semangat untuk aku. Tolong bagi aku jalan penyelesaian untuk masalah yang aku hadapi. Bagi aku pentingnya ada tempat @ seseorang untuk kita luahkan perasaan kita. Sahabat pun biarlah sahabat yang dipercayai. Macam sahabat aku ni, kami dah macam sibling. Lagipun aku tak ada sibling perempuan. Takkan hal perempuan nak luahkan rasa dekat sibling lelaki pulak.
Aku berani bercerita dengan dia sebab dia memahami aku dan sekepala dengan aku. Bezanya dia masih ‘terpelihara’ sampai dia dah berkahwin. Dia pun kecewa dengan aku tapi masih sudi terima aku jadi sahabat dia dan aku jugak selalu meminta pendapat dia. Kami sentiasa berhubung walaupun masing2 dah berjauhan. Dan rahsia aku sampai ke hari ini dia setia pegang. Buktinya, misteri aku tak hadir sekolah sebulan tak siapa yang tahu sehingga ke harini. Dorang cuma tahu aku kena chicken pox 1 badan. Alasan macam tak logik. Tapi siapa yang peduli. Hehe.
Tamat confess 3 sumber kekuatan aku selain pertolongan ALLAH s.w.t, SOLAT, ZIKIR dan AL-QUR’AN. Lately, kerap aku baca kes gugur janin, buang anak, terlanjur dan dibuang keluarga, bunuh anak. Mengucap panjang aku. Bagi aku, kesilapan yang datang dari diri sendiri boleh diperbetulkan @ diperbaiki jika didorong oleh aura2 positif disekeliling. Kekuatan juga perlu datang dari dalam diri sendiri. Beranikan diri untuk bangkit dari kesilapan. Tanamkan keyakinan dalam diri untuk jadi seseorang yang berguna. Even kau rasa diri kau ni hina, jijik dan kotor, istiqamah lah untuk berubah ke jalan yang diRedhai. Sebaik-baik Taubat, adalah Taubat yang penuh keikhlasan dari dalam hati. Mohon keampunan Allah s.w.t dan mintalah yang baik2. Tapi, selagi kau boleh elak, elakkanlah jalan yang boleh merosakkan diri kau.
Aku tahu, kat luar sana ramai yang kisah lebih kurang aku. Tak ‘sempurna’ tapi takut nak jujur dengan pasangan masing2. Jujur jika kau rasa yakin. Tapi kalau tak yakin, bersedialah menghadapi sebarang kemungkinan. Dan kau perlu tahu, selama mana kau masih di dunia ini, kau berhak untuk rasa bahagia. InSyaaAllah, jika kau ikhlaskan hati, Allah s.w.t akan bantu kau selagi kau tak lupa denganNYA.
– MEL
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit