Assalamualaikum semua. Saya Nurin. Berusia 37 tahun, telah berkahwin dan dirahmati dengan sepasang anak berusia 6 dan 4 tahun. Saya berkerja sebagai akauntan. Manakala suami seorang pensyarah di universiti awam.
Syukur alhamdulillah. Saya dilahirkan dalam keluarga yang senang. Dididik dari kecil untuk gigih berusaha dan berjaya, dan pada masa sama tidak dilimpahi kemewahan yang berlebihan. Maka kekal ke dewasa sebagai seorang wanita yang tidak boros walaupun berkemampuan. Suami juga begitu. Dia bijak berbelanja, tidak bermewah-mewah.
Namun, keselesaan tetap menjadi keutamaan. Bukanlah style zuhud baju compang camping. Konsepnya utamakan yang utama. Anak-anak ditrain supaya tak ikut sangat kemahuan hati. Bukan style minta apa semua dapat. boh layan.
Cuma yang menganggu kami, jika melibatkan ipar duai. Iya. Kalian bosan mendengar kisah ipar duai. Tapi ketahuilah, memang isu ini tak lari dari masyarakat kita, khususnya masyarakat Melayu. Sebab kita hidup bergaul dengan saudara mara. Bukan hidup nafsi-nafsi. Sebab itu banyak isu akan timbul. Isu bukan untuk kita lari dan tak ambil peduli. Tapi untuk kita ambil iktibar dan belajar utk mengatasinya dengan baik.
Adab bertamu, adalah kita jamu tetamu. Tak kisah samada kita masak makan di rumah, atau kita beli, atau kita bawa ke kedai. Untuk kami, lebih selesa kalau bawa tetamu makan di rumah. Makan di kedai banyak ragamnya. Tapi, jika kami pula yang berziarah, kami akan bawa juadah untuk tidak menyusahkan tuan rumah. Itu konsep yang semua orang wajar amalkan – raikan tetamu, tapi bila jadi tetamu, kita raikan tuan rumah.
Tapi apa yang berlaku dengan ipar duai, jauh berbeza. Saya tak kisah perbezaan budaya mereka yang suka makan di luar. Tapi, yang tak bestnya, bila kami bertandang ke tempat mereka, pasti akan diajak makan ke kedai yang mewah-mewah. Sedangkan mereka tau kos itu memang di luar kemampuan mereka yang bergaji sederhana. Dan pastinya kami yang berjimat cermat dan berbelanja ikut keperluan ini yang kena tanggung semua kos. Sedangkan kami pun tak pernah jejak ke kedai-kedai sedemikian
Perkara ini bukan terpencil. Berlaku setiap kali. Disebabkan di kalangan adik beradik suami, hanya dia dan adik perempuan dia, Mira sahaja yang kerja bergaji M40, maka sering menjadi mangsa. Pernah sekali tu, Mira dan suami berkongsi meal sebab nak jimat, (Saya tak sanggup buat macam Mira supaya tak dituduh memerli. Menantu perempuan mudah timbul isu) sedangkan mereka yang lain, layan anak-anak order set-set special ikut kemahuan hati.
Dan memang di luar kemampuan mereka. Atau bahasa kasarnya, tak sedar diri. Mira dan suami sedang menunggu kelahiran anak sulung. Pasti banyak perbelanjaan dah dikeluarkan untuk persiapan. Memahami situasi, tambahan pula sebagai seorang abang, suami saya cepat-cepat selesaikan bayaran supaya Mira tak terus celaru.
Kadang-kadang bila kebetulan kami atau Mira tersinggah kawasan ipar-ipar, sengaja kami rahsiakan supaya tak berjumpa. Bukan sebab tak nak eratkan silaturrahim. Tapi sebab takut semakin regang.
Saya bukan kedekut. Saya tak kisah berbelanja untuk mertua, untuk ipar-ipar. Selama ini pun duit gaji kami suami isteri yang support adik-adik ipar kat universiti. Kakak dan abang ipar beli rumah pun, kami bagi pinjaman untuk bayar muka (dengan interest negative – duit bayar jauh lebih kurang dari duit pinjam). Takda isu. Bahagi-bahagi rezeki.
Tapi bukan untuk terus support budaya suka bermewah-mewah di luar kemampuan. Saya setuju, lain orang, lain style. Tapi jangan sampai style kita menyusahkan orang lain. Kita boros, kita tanggung. simple.
Tapi isu macam ni, memang kita langsung takleh bawa bincang. Label negatif akan terus terpahat pada orang yang dikira berkira. Yang tak pandai ukur baju di badan sendiri akan dapat title mangsa. Play victim. Maka sebab itu harap pihak-pihak terbabit terbaca, bukan untuk menyentap. Tapi untuk sama-sama muhasabah diri. Sekali lagi, kita boros, kita tanggung.
– Nurin
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit