Menyayangi Tapi Tak Memiliki

Assalamualaikum iiumc readers, dan terima kasih andai luahan aku ni diterima untuk disiarkan. Semalam, aku buat sesi throwback. Dan aku rasa rindu yang amat, tapi aku tak boleh nak luahkan dekat sesiapa. So aku luahkan dekat sini.

Nama aku Ri, aku kenal dengan Aisyah ni start dari sekolah. Tapi dia bawah aku, sebab umur dia 25 and aku sekarang 28. Kitorang fav student Ustaz Zaki, kitorang rapat, sebab ustaz selalu suruh kitorang pantau aktiviti pelajar. Ohh ya, dia sangat cantik. Kening lebat, kulit putih and suka senyum.

Lepas aku habis sekolah, aku dengan dia lost contact tapi umur aku 25 kitorang dapat contact balik each other. Aku confess kat dia, yang aku suka dia. Alhamdulillah diterima baik, dan dia cakap. Dia suruh tunggu habis study, baru datang merisik. Aku ikut je, taknak terburu-buru sebab masa tu kerja aku pun tak menentu. Tapi, dia ada dengan aku dari aku pakai kancil sampai laa sekarang aku dah ada kereta yang better dan selesa. Dari aku takde apa-apa sampai lah aku hampir ada segalanya.

Long story short, dia pun dah habis belajar. Aku ajak dia bertunang, dan family aku pun pergi jumpa parents dia untuk tarikh bertunang. Tapi seminggu sebelum bertunang tu, dia sakit teruk. Demam, muntah badan dia jadi kurus sikit. Disebabkan sakit dia tu tak baik lagi, kitorang decide untuk tangguhkan pertunangan tu.

Kitorang kerap bergaduh, dalam sebulan tu 3-4 kali bergaduh. Sampai 1 tahap, dia block aku kat semua socmed termasuk whatsapp. Aku buntu, aku tak tau macam mana nak pujuk dia, aku masa tu memang give up and dah rasa yang dia bukan jodoh aku. Aku banyak berdoa minta petunjuk.

Dia makin kerap sakit, muntah darah. Perutnya sakit, badan dia makin kurus. Pergi hospital, appointment tak pernah miss, tapi masih taktau dia sakit apa. Beribu habis, masih sama. Dan family Aisyah decide untuk pergi berubat cara islam. And surprisingly, ya. Aisyah disihir. Aisyah marah-marah aku, itu semua laki tu yang buat. Dia taknak aku ni rapat dengan Aisyah. Laki tu marah sebab Aisyah tak layan dia. Ustaz nak buang sihir tu, tapi laki tu dapat rasa. And laki tu hantar sihir yang lagi kuat.

6 bulan, keadaan Aisyah masih sama. 3 ustaz cuba untuk ubatkan dia, tapi tak mampu sebab terlampau kuat. Aisyah minta aku cari lain, jangan tunggu dia. Aku dengar dia cakap macam tu, aku nangis. Aku terus bagitahu parents aku, aku nak nikah dengan Aisyah. Walaupun aku tau keadaan dia macam tu.

Alhamdulillah family aku faham aku, dan aku pun pergi ke rumah Aisyah untuk bagitau hasrat aku. Parents dia agak terkejut, termasuk lah Aisyah. Aisyah marah aku, dia cakap jangan kawin sebab rasa kesian. Cari laa perempuan lain, jangan dengan dia. Aku berkeras, aku nak kawin sebab aku nak jaga dia, depan mata aku.

Alhamdulillah aku selamat jadi suami dia, hanya kenduri simple. Malam lepas nikah tu, aku cakap dekat dia, “Yang, kita nikah simple-simple. Nanti bila awak dah sihat, kita buat majlis yang lain ye?”..

Lamaaa Aisyah tenung aku, lepastu Aisyah cakap dekat aku “takpe.. sebab sy tak boleh bagi apa yang awak nak, sy takde apa-apa, dah tak cantik macam dulu, dah tak mampu nak buat kerja macam dulu, and mungkin dah tak boleh happy kan ri macam dulu.” Aku diam, sebab tahan air mata. Cengeng.

Esoknya, keadaan Aisyah makin teruk. Dia muntah-muntah dan keluar benda pelik, tak larat jalan, hanya terbaring. Ustaz call aku, dia bagitau yang lelaki tu marah sebab aku kawin dengan Aisyah. Aku suruh ustaz pulangkan, tapi ustaz tak bagi.

Hampir seminggu Aisyah terbaring. Malam Jumaat, Aisyah panggil aku, Dengan susah payah dia dia bisik kat aku “Ri.. Sya tak kuat dah ni, tolong halalkan makan minum. Ri cari pengganti, sya izinkan.. sya minta maaf, aisya tak bagi, tak mampu jalankan tugas isteri. Ri cari pengganti ye nanti..” Aku tunduk, aku menangis je.

Hari Jumaat esoknya, lepas kami semua bisikkan kalimah syahadah, Aisyah pergi menghadap ilahi. Dengan tenang, disisi aku and family Aisyah. Semuanya berjalan dengan lancar, masa Aisyah dikafankan, baru aku nampak wajah ‘sebenar’ dia. Dalam hati aku cakap “cantiknya awak sayang..”.

Puaslah kau lelaki, kau dah buat dia derita. Kau dah buat dia hilang hampir semua yang dia impikan. Dan kau buat aku hilang orang yang aku sayang. Semoga allah membalas atas apa yang kau dah buat pada Aisyah.

Dan harini genap 2 tahun aku menjadi suami Aisyah. Dan sampai sekarang, aku masih belum dapat pengganti dia, dia sempurna kat mata aku. Aisyah yang aku sayang, aku tak dapat miliki dia. Allah pinjamkan sementara je. Menyayangi Tapi Tak Memiliki, itu lagi sakit.

Tolong jangan gunakan sihir untuk dapatkan sesorang, mungkin korang tak pernah kena macam ni. So korang rasa mengarut, tapi bila kau dah kena. Baru kau tahu apa yang aku rasa, tapi harapnya tak kena kat kau laa. Aku dah 2 kali kena, 1 orang dengki bisnes aku, 2 pasal Aisyah ni.

Al-Fatihah Aisyah. Ri belum jumpa perempuan yang sama macam awak. Awak memang special Aisyah.

Assalamualaikum.

– Fah

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *