Sejak kebelakangan ini ramai kaum wanita mengatakan takut nak jadikan lelaki zaman kini sebagai suami. Ini mungkin kerana persekitaran mereka yang sentiasa terhidang dengan sifat lelaki keparat.
Sebagai seorang lelaki, saya ada nasihat untuk kaum wanita.
Wahai Wanita,
Lelaki itu Manusia, bahkan juga seorang hamba Allah,
Suka dia ?
Redha dengan Akhlaknya ?
Redha dengan Agamanya ?
1. Suka itu hanya letak dalam genggaman.
2. Perasaan Suka itu tidak perlu dipendam secara sendirian.
3. Berusahalah untuk meminta petunjuk dari Allah ( solat sunat istikharah ).
4. Pastikan sebelum lakukan solat sunat itu bebaskan jiwa ini pada insan yang kita suka.
5. Letakkan jiwa kita itu sepenuhnya bersandarkan kepada Allah.
6. Tunaikan solat sunat istikharah.
7. Jawapan baik atau buruk akan hadir samada dari mimpi dan juga hati.
#kenapa tidak dibenarkan meletakkan sifat keduniaan dalam hati sebelum melakukan solat sunat istikharah.
Bila jiwa kita kosong ( tanpa Allah ) dan berkarat dengan maksiat. Jawapan istikharah itu akan datang dari mainan tidur dan syaitan laknatullah.
Na’uzubillahi min zalik.
Mimpi buruk, hati jadi berat itu menandakan insan yang kita suka bukan jodoh kita.
Mimpi indah, hati jadi tenang itu menandakan insan yang kita suka itu adalah jodoh kita.
Selepas terima jawapan dari solat sunat istikharah baru berusaha ke jalan yang seterusnya. Jika bukan jodoh apa yang ada dalam genggaman itu lepaskan dengan penuh redha. Jika itu jodoh kita banyak jalan untuk menambat hatinya.
1. Berdoa pada Allah selepas solat dan bila bertemu dengan insan tersebut confess lah isi hati itu ( percaya pada Allah ).
* pentingnya ilmu agama
2. Guna pendekatan jampi pengasih ( itupun doa ) menggunakan ayat 31 dari surah ali imran. Pendekatan ini hanya untuk situasi bekerja satu tempat atau dalam hidup kerap berjumpa secara langsung atau tidak langsung. Selepas itu confess lah isi hati itu. ( percaya pada Allah )
* pentingnya ilmu agama
3. Guna pendekatan orang tengah. Pendekatan ini ada 2 kaedah. Dalam waktu yang sama perlulah berdoa pada Allah.
– samada guna orang lain untuk menjadi pengutusan.
– bawa keluarga masuk meminang bakal imam.
( percaya pada Allah )
* pentingnya ilmu agama
Bila diri kita lemah dengan Agama Allah. Pendekatan ini juga akan menjadi lemah.
Jagalah Allah, Nescaya Allah akan menjaga kita
Nota Kaki :
Kenapa saya hanya fokuskan 2 perkara ( akhlak & agama ) pada lelaki ?
Kerana kebahagiaan dalam alam rumahtangga itu bukannya datang dari banyaknya wang mahupun berharta tapi kebahagiaan itu datang dari akhlak yang baik dan beragama.
Kenapa tertulisnya pentingnya ilmu agama ?
Kerana penulisan ini merangkumi perkara Qada dan Qadar ALLAH. Juga penulisan ini berhubung kait dengan kehidupan bersyariat. Hidup bersyariat ini penting kerana jika kita hidup dalam maksiat contoh tak jaga solat 5 waktu, tak tutup aurat dengan sempurna, tak jaga batas pergaulan, memakai wangian secara berlebihan dan menzahirkan unsur tabarruj samada dari mekap mahupun pakaian. Kesannya apa yang kita minta dari ALLAH itu mampu terhijab dengan maksiat. Malah jika diizinkan oleh ALLAH juga nikmat itu sudah terpalit dengan ISTIDRAJ.
Penulisan ini juga terpakai pada kaum lelaki.
– Petani Alam
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit