Mental dan Kejayaan

Assalamualaikum semua, terima kasih buat admin kerana menyiarkan confession saya ini. Tujuan saya confess ini untuk berkongsi bagaimana cara arwah ummi saya dulu dalam membina psikologi anak-anak mereka.

Saya dulu ketika berada di sekolah rendah bukanlah budak yang cerdik dalam akademik tapi lebih kepada sukan. Saya juga dulu setiap kali balik dari sekolah samada nonton TV, lastik burung atau mandi sungai. Tapi arwah ummi saya dulu dia jenis tidak memandang kecemerlangan anak – anaknya berdasarkan keputusan peperiksaan tapi hanya melihat 2 perkara iaitu jumlah kehadiran ke sekolah dan kelakuan di sekolah.

Disebabkan itu saya, akak saya dan abang saya diraikan sama rata walaupun mereka itu setiap kali exam mesti straight A. Setiap kali saya beri buku rekod kecemerlangan saya arwah tidak akan marah ataupun membanding – bandingkan result saya dengan adik beradik yang lain. Tapi arwah akan peluk saya dan memberitahu dimana sudah memadai buat dirinya sebagai seorang ibu untuk tersenyum kerana saya ini sentiasa menjaga kehadiran ke sekolah dan menjaga perilaku dekat sekolah.

Selepas masuk ke sekolah menengah baru arwah suruh saya seimbangkan antara akademik dengan sukan. Nak bangkit untuk jadi orang yang cerdik sukar dan perlu bekerja keras. Tapi disebabkan psikologi saya ini sentiasa terbina dengan sudut positif. Mudah untuk saya membina kemanisan dalam menuntut ini. Sebagaimana usaha saya dalam sukan begitulah juga usaha saya dalam membina akademik.

Masuk ke tingkatan 2 baru result saya mula meningkat walaupun sikit demi sedikit. Arwah kata kegagalan hari ini bukan gagal buat selama – lamanya tapi ia adalah suatu permulaan dan sebagai batu lonjatan untuk kita bangkit. Arwah juga berpesan pada anak – anaknya. Supaya dalam hidup ini jika mengimpikan sebuah kejayaan sentiasalah pandang ke hadapan tanpa menoleh ke belakang.

Arwah juga menyuruh anak – anaknya supaya meletakkan falsafah dalam hidup iaitu ” Kemahuan hari ini adalah Kejayaan hari esok “. Tindakan arwah ini supaya mental anak – anaknya tidak mudah jatuh dalam mengejar impian. Kerana perjalanan untuk ke puncak kejayaan itu amat mencabar dan berliku. Usaha arwah ini juga bukan semata – mata untuk anak – anaknya berjaya di dunya dan juga berjaya di akhirat.

Arwah jaga mental kami supaya tidak mudah untuk patah semangat dalam hidup. Arwah berpesan pada anak – anaknya dulu. Ketika hidup di dunya ini jadilah apa sekalipun yang kamu nak jadi tapi jadilah sepertimana yang Allah mahu. Juga arwah berpesan pada anak-anaknya saat badai datang tanpa diundang hadapilah ia dengan tenang. Mana mungkin kejayaan itu datang tanpa ada kesusahan.

Sebab itu dulu result peperiksaan saya ini makin meningkat dan makin meningkat kerana hidup saya ini terdidik dengan sifat tidak mudah mengalah. Didikan dari arwah ini juga dapat membantu saya untuk menerpa kejayaan diperingkat matrikulasi sehingga ke sarjana muda.

Alhamdulillah and thank you ummi.

Tiada kejayaan seperti mee segera semuanya kena berusaha.

Malas itu adalah jalan kegagalan dan rajin itu adalah jalan kejayaan.

Terima kasih kerana membaca.

– Hafiz Aiman

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *