Cabaran Hidup Aku

Assalamualaikum semua. Aku just nak berkongsi cerita aku, dan aku pasti ramai wanita-wanita diluar sama mempunyai perasaan yang sama dengan aku. Aku, berusia awal 30 an. Hidup aku beronak duri dalam mengejar suatu yang dinamakan kehidupan.

Pertama, perkara yang sering dialami oleh majoriti graduan kita ( Malaysia). Selepas menamatkan pengajian aku menerima cabaran dalam pemohonan pekerjaan. Bayangkan aku graduan lepasan diploma sambung degree dan terus pada master. Tapi selepas tamat master aku menghadapi pelbagai cabaran untuk mendapatkan peluang pekerjaan.

Pada pengajian ijazah lagi aku sering dipanggil interview dengan kelayakan di peringkat diploma tapi sehingga kini rezeki bukan milik aku dalam dunia pekerja. Pernah sekali, aku dipanggil interview untuk satu jawatan penolong. Waktu itu aku diperingkat akhir pengajian master aku iaitu hanya menanti panggilan viva voce.

Sepanjang aku ke mana-mana interview, aku tak pernah mendedahkan diri aku mengikuti pengajian master, kerana aku pasti itu menyebabkan aku di ‘overqualitified’ oleh agensi especially jabatan kerajaan. Sepanjang temuduga, penemuduga memberi respon yang positif pada setiap butir bicara aku, sehinggalah dia tertarik helaian-helaian kertas yang aku sembunyikan dicelah dalam sijil-sijil tersebut. Penemuduga dapat tahu aku student master yang bakal tamat pengajian. Disitu harapan aku musnah sekali lagi.

Cabaran dan halangan aku bukan itu saja, tetapi apabila bidang kerjaya aku lebih mengutamakan lelaki berbanding perempuan. Ini merupakan salah satu faktor menyebabkan sukarnya aku mendapatkan peluang pekerjaan pada waktu itu. Hendak ditunggu peluang pekerjaan peringkat degree sangat jarang-jarang dibuka, persaingannya lagi segit dari pemohonan di peringkat diploma.

Masa terus berlalu, selepas aku berjaya disahkan graduan master aku mencuba nasib pula untuk memohon sebagai tenaga pengajar muda (TAM). Aku cuba menghantar pemohonan di beberapa institut pengajian awam yang mempunyai bidang pengajian aku. Di sini aku masih diuji. Universiti pada tahun itu membekukan pemohonan tenaga pengajar muda kerana kekurangan bajet. Kelebihan TAM, universiti akan menghantar graduan terpilih melanjutkan pengajian keluar negara dan secara automatik lepas tamat pengajian akan berkhidmat dengan universiti tersebut.

Aku cuba juga memohon sokongan daripada dekan fakulti namun disebabkan oleh fakulti aku banyak tenaga pengajar baru, pemohonan aku ditolak ke fakulti lain sekiranya ada kekurangan. Aku cuba lagi ke kampus lain, namun jawapannya lagi mengecewakan, pabila mereka lebih mengutamakan calon yang mempunyai phd holder sahaja. Sedih dengan situasi itu. Aku cuba mencari peluang untuk melanjutkan pelajaran aku di peringkat seterusnya.

Setahun, dua aku cuba mencari peluang melanjutkan pengajian dengan bantuan penuh. Aku cuba mencari beberapa jenis scholarship, disebabkan sebelumnya aku belajar di research university banyaklah biasiswa ditawarkan. Namun disebabkan beberapa kekangan aku tidak dapat mengisi sepenuhnya biasiswa yang ditawarkan bukan disebabkan oleh result, tapi kelayakan penjamin menyebabkan aku gagal memenuhi syarat kelayakan.

Namun aku tak give up. Aku masih tunggu sehingga mybrain15 dibuka. Alhamdulillah. Waktu itu dipilih untuk interview lagi. Segala persiapan menyambung pelajaran sudah aku selesaikan hanya tinggal tunggu kelayakan biasiswa sahaja. Tapi, sekali lagi harapan aku musnah apabila peralihan kuasa berlaku biasiswa dibekukan sehingga dimaklumkan kelak dan sehingga sekarang masih belum ada khabar beritanya.

Namun orang cakap, rezeki tidak pernah salah alamat. Kini aku melanjutkan pelajaran disalah sebuah universiti jauh dikepulauan borneo, tapi bukan dengan bantuan sepenuhnya. Hanya sekadar elaun sara diri, alhamdulillah cukup untuk aku hidup disini. Oh ya, research university yang aku tanyakan sememangnya mempunyai zamalah tapi syarat kelayakannya terlalu tinggi untuk aku gapai dan aku memilih elaun yang lebih selesa dan selamat. Dan kini aku berada disini.

Kedua, soal jodoh. Ini yang aku ingin kaitkan dengan wanita. Disaat umur semakin berganjak jodoh kian menjadi isu. Aku tak pasti jalan jodoh itu. Sebabnya aku tak pernah mencari, tapi kekadang menjadi kegusaran juga dalam diri. Aku pernah juga tanya pada rakan-rakan terdekat yang sealiran dengan aku yang masih mencari ilmu.

Give up sudah hatinya untuk difikirkan soalan jodoh, katanya biarlah dia berterusan begini. Tapi aku tak mahu, aku percaya pada rezeki Allah dan aku juga percaya pada jodoh Allah. Ibu aku gusar sangat tentang ini. Kekadang aku fikir dia main tarik saja calon supaya aku tidak andartu dan takutkan aku kawin dengan profesor tua mana-mana. Nauzubillah. Masih waras lagi otak aku meneruskan hidup dalam mencari ilmu ni.

Tau tak, reaksi persekitaran ini membuatkan hati kita gusar dengan hidup kita sendiri. Kita main redah terima jodoh tanpa memikir. Wajarkan untuk kita terima jodoh yang tak sejiwa dengan kita? Ini lagi cabaran aku kali ini. Tentang jodoh yang aku belum pasti mana jadi. Tapi aku tertarik dengan confession Elle ( https://iiumc.com/lelaki-serius-ajak-kahwin/ ). Disini aku pasti jodoh Allah yang bersesuaian dengan kau tu tetap ada, yang pasti kau rajin berdoa padaNya.

Last but not list, doakan aku bertemu jodoh yang baik, dapat membantu aku dalam urusan agamaku, dunia dan akhirat AKU. Oh, tidak lupa juga selamat hari wanita.. #KhasUntukPureWanitaSahaja.

Sekian…

– Aku

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *