Terperangkap Dalam Cycle Hutang

Assalamualaikum semua, ketika ini adalah pada pukul 4.51 pagi. Mata celik. Tak boleh tidur disebabkan perasaan hati yang tak senang. Pagi tadi, entah kali keberapa seorang ahli keluarga menghantar pesanan ringkas tawaran bekerja kepada suami bonda. Tawaran bekerja bukan untuk suami tapi untuk bonda.

Sebelum tu, bonda kenalkan diri. Bonda ada degree. Agak setaraf dengan medical doctor, engineer dengan lawyer. Macam impian parent-parents di Asia. Tapi bonda memilih untuk jadi SAHM. Stay at home mom. Why?

Sebab bonda tak sanggup tinggal anakanda yang masih bayi kepada orang lain. Bonda tak banyak kenalan. Jadi percentage untuk hantar anak kepada stranger tu tinggi kalau bonda keluar bekerja. Maafkan bonda jika apa yang bonda tulis mengguris hati ibu bekerja. Bonda tak berniat begitu. Mama bonda sendiri adalah wanita bekerjaya.

Berbalik kepada cerita, terlalu kerap ahli keluarga suami share tawaran bekerja kepada suami untuk bonda in private. Maknanya bagi tahu suami suruh bonda apply. Suami tahu pendirian bonda untuk jadi SAHM. Kami berdua adalah pasangan yang tak pentingkan kenderaan dan gaya hidup mewah untuk ditayang. Kami tak nak terperangkap dalam kitaran hutang kereta.

Macam orang kata beli kereta untuk pergi kerja, pergi kerja untuk selesai hutang kereta. Kami nak elakkan kalau boleh. Doakan kami. Kami tak nak gaji habis untuk selesaikan hutang semata-mata. Hidup kami untuk berikan pengalaman yang menyeronokkan untuk anakanda kami. Kami nak ada duit lebih untuk bawa anak kami ke weekend playschool, kelas berenang, memanah, berkuda dan yang lain.

Kami tak nak hidup kami terperangkap dalam rat race. Macam yang ahli keluarga kami harapkan. Mereka mahu kami beli kereta mewah. Macam yang mereka lakukan. Lepas selesai hutang kereta, mereka jual dan buat lagi hutang kereta baru. Malah, mereka ada kereta untuk tujuan spesifik.

Satu untuk kerja, satu untuk travel, dan satu untuk pergi shopping. Tapi mereka tiada masa. Tiada masa untuk bersukan, beriadah dan bonding. Masa mereka hanya untuk bekerja, belajar untuk exam dan tak dibenarkan untuk bermain diluar. Which made stressful childhood to someone i know. Bonda tak nak hidup macam tu kalau boleh. Cukup rezeki yang Allah berikan kepada kami. Alhamdulillah.

Suami bonda dah cukup letih bekerja seharian di luar. Bonda tak nak suami dan anakanda juga penat melihat bonda bekerja di luar. Bonda nak anakanda bermain dan enjoy childhood sepuas-puasnya. Bermain masa kanak-kanak adalah proses belajar yang penting. Sekarang bonda boleh masak dan uruskan rumah tangga.

Bayangkan kalau bonda bekerja. Bonda bukan superwoman. Bonda adalah seorang yang kena fokus satu benda dalam satu masa. Kalau bonda kerja, memang bonda tak masak dan rumah tunggang langgang. Tapi orang tu masih tak faham bonda. Bila bonda tak apply kerja yang dia kongsikan, meja bergegar kena tapak tangan dia. Diberi jelingan maut. Dikongsikan lagi tawaran-tawaran. Sampai bila pun bonda tak tahu.

Pernah satu ketika, dia soalkan rutin harian bonda. Dia soalkan matlamat hidup bonda. Which made me really uncomfortable. Rasa nak lari jauh-jauh. Diselitkan dengan hantar lah anak dekat tokwan dan opah. Biar mereka jaga. Atau hantar kepada taska x, y, z. Mereka jaga elok sangat.

Macam mana nak bonda katakan kepada dia? Explain lah apa pun, dia tetap dengan pendirian dia. Matlamat bonda ialah anak membesar depan mata dan tak nak teperangkap dalam cycle hutang. Beli kereta untuk pergi kerja, pergi kerja untuk selesai hutang kereta.

– Bonda Hana

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *