Assalamualaikum pembaca semua. Hari ni aku terpanggil untuk bercerita tentang diri aku yang pernah menjadi mangsa pedofilia. Memandangkan sejak kebelakangan ini aku banyak dengar dan baca kisah anak-anak kecil yang masih suci dan tiada doaa menjadi mangsa kepada manusia yang bernafsukan binatang. Kisah aku mungkinlah tidak separah kisah mangsa pedofilia yang lain cuma aku harap ia sedikit sebanyak dapat menjadi pengajaran kepada ibu bapa di luar sana agar lebih prihatin kepada anak anak mereka.
Keluarga aku adalah sebuah keluarga yang besar dan aku mempunyai ramai sepupu sepapat. Aku diantara sepupu2 yang muda dan aku ada ramai sepupu lelaki. Sepupu aku yang bernafsu binatang itu biarlah aku namakan dia Abang Man (bukan nama sebenar). Abang Man adalah anak kepada kakak ayah aku. Dia tinggal dengan mak ayah aku dari mak ayah aku baru kahwin lagi. Sebab ayah aku kesian tengok anak sedara dia rumah jauh dari tempat kerja so ayah aku offer duduk serumah dengan dia. So memang dia antara sepupu yang rapat dengan kami adik beradik.
Waktu aku kecik dia paling suka dekat aku. Comel katanya. Dia selalu bergurau gurau dengan aku. Sampailah suatu hari waktu tu aku 6 tahun dan abang man ni dalam 30 lebih dia bergurau dengan aku macam biasa tapi kali ni aku tak suka sangat sebab dia berkasar. Dia angkat aku tinggi2 pastu dia cium2 aku. Aku geli. Tapi apalah kudrat badan kecil aku nak lawan dia. Dia angkat aku masuk bilik pastu dia buka baju aku dan dia hisap errrr aku tak sanggup nak sebut. Aku rasa macam nak nangis ingat balik. Tapi sekejap je sebab aku menjerit teruk sangat aku rasa. Sampai dia takut.
Dan sekarang umur aku dah nak masuk 20 tahun, abg man tu pulak dah 40 lebih. Dia ingat aku tak ingat apa dia buat dekat aku? Sampai sekarang aku benci dia. Aku tak pasti aku cerita ke tidak dekat mak ayah aku. Aku rasa aku tak cerita sebab mungkin waktu tu aku kecil dan aku masih anggap apa yang abg man buat dekat aku tu satu cara gurauan. Dan bila aku dah besar sikit aku dah belajar baru aku tahu benda tu pedofilia, satu serangan seksual bagi kanak kanak.
Abg man sekarang masih lagi suka bergurau dengan aku “eh besar dah kakak” “lawanya kakak” bla bla bla bla. Aku jeling je dekat die. Dia ada kencing manis. Suatu hari ayah aku borak dengan dia. “Man takpe, Aina (aku, bukan nama sebenar) ni bakal doktor. Esok dia boleh lah ubatkan awak. Aina kan?” Ayah aku tanya aku. Aku jawab “takyah ubat2 la abah potong je terus kaki dia tu biar tak boleh jalan.” Nampak tak betapa bencinya aku dekat dia. Hilang dah hormat aku pada dia.
Aku bersyukur dia buat macam tu je dekat aku dan tak rogol aku ke apa. Kalau tak seumur hidup aku pasti aku akan rasa tak guna. Sekurang kurangnya aku dapat pengajaran dan akan lebih berhati hati dengan lelaki. Aku banyak baca kisah2 dekat confession ni yang cerita tergadai maruah disebabkan seorang lelaki atas nama cinta. Aku tak boleh bayang sewenangnya kau menyerahkan mahkota dan maruah kau untuk lelaki yang belum sah. Cerita ni semua buat aku takut nak menghadapi hidup di alam universiti. Aku takut iman aku ni goyah dan akan terpedaya dengan kata2 cinta manusia. Nauzubillah.
Pesanan aku untuk ibu bapa di luar sana, jadilah lebih prihatin soal anak2 kita. Mereka mungkin takut untuk bercerita, mereka mungkin diugut untuk tidak bercerita atau mungkin mereka tidak tahu perbuatan itu salah. Aku rasa sex education sangatlah penting kepada anak2 supaya mereka tahu bahagian badan mereka yang mana yang tidak patut disentuh. Peringatan yang lain, pedofilia ini mungkin juga terdiri dari ahli keluarga sendiri. Ayah, abang, bapa saudara, atuk, sepupu2 lelaki. Jadi berhati hatilah. Awasi anak anak kecil kita jangan sampai mereka trauma seumur hidup mereka.
Pesanan untuk wanita di luar sana. Ingat susah payah perjuangan Rasulullah menaikkan martabat kaum wanita pada zaman dahulu. Sehinggakan wanita pada zaman jahiliyyah dibelah perut mereka hidup2 hanya untuk tujuan mengetahui jantina anak. Jika bayi perempuan, bayi itu akan ditanam hidup2. Sehinggalah islam datang memuliakan kaum wanita. Jagalah kehormatan kita. Jagalah batas pergaulan dengan kaum lelaki agar maruah terpelihara. Apa yang Allah syariatkan itu besar hikmahnya.
– Mangsa Pedofilia
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit