Insan Yang Aku Kasihi

Kisah ini sudah lama ingin aku kongsikan. Maaf ya. Ingin aku bagitahu terlebih dahulu, kisah ini agak panjang.

Berselirat tali wayar aku lihat. Nurse ke sana sini, mengejar masa, menyelamatkan setiap satu satu nyawa. Doktor apatah lagi. Penuh pen di poket baju. Baju biru, baju putih, baju casual. Semua aku perhati satu satu. Sibuk bertanya, sibuk menulis, sibuk berusaha.

Sesekali aku kerling monitor yang memaparkan denyut nadi, bacaan oksigen, bacaan jantung; cuba untuk memahami betapa sekejapnya nyawa boleh ditarik. Jasad di depan ku kaku. Dipanggil tidak menyahut. Disentuh tidak bergerak. “pa.. Aku datai tu pa. Buka mata nuan. Bisi ninga aku pa? (pa, saya datang ni. Buka mata awak. Awak dengar saya tak pa?)”.

Luluh hati ku. Panggilan tidak bersahut. Kaku. Sejuk. Wayar penuh di mulut. Fully intubated dengan sokongan pernafasan. Di lengan juga sama. “pedis nuan, pa? Kasih papa, ku. (mesti sakit kan, pa? Kesian papa, ku).” menitis air mataku. Bukan hampa soalan tidak bersahut. Tetapi sedih. Sedih kerana kenapa dia yang berada di ICU, kerana perkiraan ku, ramai lagi yang layak sakit dan bukannya dia. Tuhan.. Maafkan aku.

Jarinya ku genggam. Ku urut perlahan agar tidak terkena wayar yang ada. Aku picit picit. Aku belai belai. Aku bangun dan cium dahinya. Tuhan.. Sungguh aku kasih, aku sayang akan manusia yang menjaga ku dari kecil lagi. “pa, aku tu pa. Buka mata. Sekejap pan pama. (pa, saya ni pa. Buka mata. Sekejap pun jadilah)”. Hampa. Yang kedengaran hanyalah mesin. Bingit. Terduduk lagi aku. 6 jam di Red Zone, 4 jam di High Dependency Ward, 48 jam di ICU. Apa sahaja yang aku ada? Bertemankan doa dan air mata. Sungguh.. Kau ringankanlah bebannya Tuhan, bisik hati ku.

Papa adalah gelaran aku kepadanya. Dia datukku yang menjagaku dari kecil lagi. Yang setiap sen dia ada, akan didahulukan kepada kami, cucunya. Orangnya mesra. Sangat mesra sehingga hampir satu pekan mengenalinya. Bila aku mendapat tawaran tawaran IPG, dia lah paling bangga menjaja cerita.

Akhir akhir ni, papa ada dementia. Dementia ialah satu kondisi di mana yang menghidapinya, mempunyai kehilangan memori. Bahasa kita, nyanyuk. Bahasa Iban kami, mamau. Tercuit juga hati ku, bila teringat yang dia mampu minum 3 gelas air kopi dalam masa 30 minit kerana dia lupa yang dia dah minum sebelumnya. Hehe. Comel pun ada. Bila aku tegur, “apuu. Enda ingat aku tadi. Asaika bedau ngirup. (aduii.. Lupa saya. Rasa macam belum minum).” tersenyum senyum aku bila teringat akan itu. Senyum yang disulam air mata, kerana sekarang ini, dia yang berada di depan mata, kaku membisu.

Doktor yang bertugas, memberitahu aku, tipis harapannya untuk sedar. Tinggi peluangnya untuk ‘tiada’. Disuruhnya kami bersedia untuk segala kemungkinan. Confimed heart attack. Keputusan ujian darahnya menunjukkan the presence of troponin. Tuhan.. Hancur hatiku. Tanpa segan silu juga aku teresak di depan mereka.

Ingin aku dengar, “your grandfather may have the chances to regain consciousness” tapi yang aku dapat “he has slim chance to be conscious. Just be prepared for whatever that may come”. — aku pandang lagi mukanya. Kasihhh.. Wayar sana sini. Kedut kedut usia jelas terlihat ditambah dengan kesakitan. Tuhan. Rintih hati ku. Setakat ini, tiada apa yang boleh membantu. Kegalauan bertambah.

Hari yang berikutnya, rutin aku masih sama. Menjaga tanpa jemu. Memahami setiap report rekod kesihatan papa yang tertulis. Setiap kali unit ICU di buka untuk lawatan, akulah yang pertama masuk. “hi, pa. Aku datai tu pa. Pedis nuan pa? Dani, pa. Dani. (hi, pa. Saya datang ni. Pa sakit kan? Bangun, pa. Bangun).” menangis lagi. Kuatnya aku, tetap lemah juga bila insan yang tersayang tidak berdaya. Kalau jiwa boleh ditukar, aku sanggup bergadai nyawa.

Tapi Tuhan itu maha mendengar. Terjawab juga doa aku pada keesokan harinya. Papa dah duduk di atas katil. Tiada wayar. Tiada sokongan pernafasan. Terkejut aku. Bila aku tanya nurse apa yang berlaku; dia self exturbate. Tersenyum dia melihatku. “lapar, aku. Tadi aku minta pau ngagai nurse. Beri iya aku. (saya lapar. Tadi saya mintak bun dari nurse. Dia bagi jugak.)” tergelak dan menangis aku kegembiraan. Syukur. Syukur yang tida terhingga. Dari sebujur tubuh yang kaku, kini mampu tersenyum. Membuat lawak dan terkentut tiada henti. Angin katanya. Aku “au” (iya kan) sahaja. Hehe.

Sekarang papa beransur sihat. Tetapi dementianya masih ada dan follow up masih berterusan. Doakan agar papa sembuh ya? Terima kasih. Doa kalian amat aku hargai.

P/s : Hargailah orang di sekeliling anda. Ibu bapa, datuk nenek. Berbaktilah selagi nyawa ada. Selagi kudrat masih dewasa. Doa dan berserah juga tau? Tuhan sebaiknya perancang, maha mengetahui, maha mendengar, maha pengasih

– Nadja (means hope in Germany)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *