Dahagakan Kasih Sayang Keluarga

Assalamualaikum readers semua. Thanks admin kalau2 cerita aku ini akan disiarkan. Not my first confess dekat sini. Ye, kalau korang baca tajuk mesti dah agak kan aku ni macam mana. Aku nak cerita ni pun tak tahu macam mana nak start, huhu. Family aku sederhana sahaja, ayah kerja kerajaan la. Adik beradik aku ramai (bawah daripada 10 orang). Aku paling tengah. Adik bradik yang atas2 aku semua dah kerja. Ada gaji besar, kereta sendiri, rumah. Aku pun kerja, tapi kerja biase2 jelaa. Yang penting dekat dengan rumah.

Okay nak dijadikan cerita, kerja aku tu aku menentu waktu nya, ada 2 shift (siang & malam). Walaupun gaji aku tak lah sebesar kakak2 & abang aku, dalam sebulan tu mesti aku keluarkan duit belanja makan satu family. Alhamdulillah, diorang happy aku pun turut happy. Kerja aku ni makanan disediakan untuk staff, so hampir tiap2 hari lah aku memamg bawak balik (staff meals) makanan bahagian aku untuk adik2 aku. Berebut2 diorang. Aku tak makan pun, biasa lah dah setahun lebih dah kot kerja kat situ gila tak jemu, huhu. Aku rela beli makanan kat luar hihi. Bab2 makanan aku tak kedekut pun, tak berkira sangat lah.

Sejak dari aku mula kerja dekat situ, aku jadi berani keluar malam2. Maklum lah kerja shift camni, balik pukul 11.30 malam, 10minit sampai lah rumah. Keluar waktu malam pun bukan lewat sangat, paling lewat tu pun pukul9, dengan tujuan keluar makan2 saja. Sampai satu tahap mak aku marah aku kerap sangat keluar waktu malam, aku keluar pun dgn kawan2 perempuan shj ye, takda lelaki. Kalau nak keluar tu mak mesti tanya nak kemana, aku pun jawab la dgn betul takda belok2. Sejak dari tu lah kemana sahaja aku nk keluar kan mesti mak aku bertanya pada aku.

Tak kira siang / malam, dekat / jauh. Aku tak rasa dikongkong sangat pun, tapi rasa macam layanan aku berbeza dgn adik beradik yang lain. Mungkin sebab aku bodoh kot, belajar tak tinggi. Tak membanggakan orang tua aku langsung. Orang luar nampak apa yang dia nampak, dia tak nampak apa yang terbuku kt dalam hati aku ni. Aku ni kasar jugak tengok luaran tapi hati aku tisu kot. Tak semudah tu kau nak robekkannya. Sedih doeee.

Banyak bende aku pendam sorang2, aku tak tahu bahagia itu macam mana. Aku down, aku tertekan. Aku rasa bukan aku takda fungsi dalam keluarga ni, ada cuma apa yg aku buat orang tak nampak weh, buat baik langsung tak dihargai hanya sebab satu kesalahan. Kadang-kadang aku rasa macam tak wujud pun ada, kalau bab2 makan, takda nya nak panggil aku makan sekali. Hm aku penat sangat2 penat. Bila adik beradik lain balik (yang kerja luar negeri) mulalah nak banding – bandingkan aku dengan diorang.

Ada ke cakap aku ni langsung tak reti nak belanja makan, “bukan selalu.” Em hampir tiap bulan kot aku spend duit untuk family, bahagian makan tu lain, bahagian mak sahaja lain. Aku bab2 family sensitif sikit, sebab rasa tak guna, tak dihargai, tak wujud, entahla. Pernah aku menangis sepanjang malam sebelum tidur, sampai lah aku lena. Memikirkan nasib aku serba kekurangan ni, Allahu sedih wehh. Aku takda teman rapat, kakak rapat yang boleh dengar luahan aku. Kadang2 nak g kerja pun mata sembab merah. Nasib la pandai cover, huhu.

Lama dah aku perasan, kalau aku cakap nak g mana2 tempat, langsung mak aku tak menjawab. Senyap je, tak kate tidak tak kata ya. Aku konfius. Biasanya okay je. Sejak dua menjak ni, cakap dengan aku pun taknak. Apa salahku bonda?? Nanti gaji lah orang bawak makan sedap-sedap.

Serius tak tahu mana silap aku, salah aku dosa aku, aku buntu. Bantulah aku. Aku down, stress. Jangan sampai penyAkit murung datang. Kau tahu tak, aku sampai pernah mintak dalam hati, biarlah aku kena admit dkt hospital ke apa ke. Asalkan aku tak duduk kat rumah ni. Aku takda sokongan kat sini. Takda bahu nak pinjam untuk seketika. Takda telinga untuk dengarkan semua luahan aku ini.

Ya Allah bantulah aku, pimpimlah aku ke jalanmu ya Allah. Bukakanlah hati semua orang untuk memaafkan ku.

– Nina

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *