Jinak-jinak Merpati, Bila Dekat Terbang Juga II

Untuk part I, (https://iiumc.com/jinak-jinak-merpati-bila-dekat-terbang-juga/).

Assalamualaikum. Terima kasih aku ucapkan kepada semua pembaca dan komentar korang. Aku nak minta maaf sebab terlupa nak jelaskan beberapa perkara dalam cerita pertama aku.

Firstly, kepada yang bertanya apa kaitan tajuk dengan cerita? Jawapannya, tajuk tu merujuk kepada peribahasa yang bermaksud ‘sesuatu yang kelihatan senang dimiliki, hakikatnya adalah susah.’ Tak ade kena-mengena dengan maksud harfiah atau literally merpati tu adalah Zainal.

Secondly, siapa gadis cantik dalam IG Zainal? Si cantik tu adalah seorang instafamous yang Zainal kenal melalui kawan baik dia, si selebriti tu. Ikut kata Zainal, kawan baik dia suruh Zainal tackle si cantik tu, tapi waktu tu Zainal tak rasa nak meneruskan usaha tackle-menackle tu sebab dia rasa jiwa kosong selepas beberapa kali dikecewakan. Hanya suka-suka ambil gambar dan post di IG. Gambar tu Zainal delete sebelum dia minta aku jumpa ibunya. Bermaksud, dia tak nak ada sisa-sisa kenangan yang mengguris hati aku sebelum melangkah lebih jauh lagi. Cewah!

Ada beberapa memori lagi yang aku rasa nak kongsi dengan korang semua. Mungkin tak delah indah mana tapi cukuplah kalau dapat menceriakan hati yang membaca.

Waktu hari graduasi, aku dan Zainal duduk dalam dewan yang sama. Kitorang berlainan course. Course Zainal di kiri dan course aku di kanan dewan. Dengan excitement hari graduasi, of course ramai yang nak kongsi gambar masing2 kan. Termasuklah seorang kawan aku namanya Asiah. Dalam group whatsapp Asiah upload satu gambar dari tempat duduk dia. Gambar tu adalah pandangan belakang graduan yang duduk dekat depan Asiah. Bila nampak gambar tu, secara automatic aku tanya Asiah, ‘Itu Zainal ke?’. Asiah jawab, ‘Ye. Senah kenal Zainal ke?’. Aku tak jawab soalan Asiah. Agak sedikit creepy sebab aku boleh kenal Zainal hanya dengan tengok tengkuk dia sahaja. Padahal memang aku tak pernah nampak dengan mata siapa Zainal waktu tu. Faktor jodoh agaknya. Atau gila bayang. Hahaha.

Dalam tempoh 3 tahun aku tunggu Zainal, bukan aku menunggu saja-saja. Memang susah aku nak move on tapi aku sibukkan diri dengan macam-macam aktiviti. Kerja, travel, sambung study dan yang paling penting fokus pada keluarga. Ditakdirkan Allah pada awal perkenalan aku dengan Zainal, mak aku diserang minor stroke. Disebabkan Zainal dengan simple kata status kitorang ‘hanya kawan’, itu menjadi sebab kenapa aku nak putus dari terus berkawan dengan Zainal dalam masa sama beri tumpuan pada kesihatan mak aku.

Kehidupan aku agak padat dan sibuk sebab dulu aku bekerja di syarikat Jepun dan boleh kata tak ade life selain kerja dan rumah. Jadi sedikit sebanyak membantu aku untuk lupakan Zainal sekejap. Still itu pun masih juga teringat2 pada Zainal. Hikmahnya, Alhamdulillah kesihatan mak aku makin baik sekarang, dan impian aku nak genggam Ijazah Sarjana dah tercapai. Sekarang otw naik tangga sambung PhD pula. Sebelum kahwin aku dah sempat sampai ke tempat2 yang aku list untuk travel. Kiranya bila dah jadi isteri & mak, aku tak ada rasa penyesalan. Kat sini, apa yang aku cuba sampaikan adalah walaupun perjalanan jodoh kita berliku, tapi masih banyak lagi impian lain yang boleh kita fokus dan kerjakan. Rezeki tak pernah salah alamat. Jodoh itu juga rezeki kan. Cepat atau lambat saja.

Deal kitorang untuk tak jumpa atau berborak dalam phone sampai hari nikah ni pun kira langkah extreme juga bagi aku. Sebagai perempuan aku ni high intuitive. Terseksa jiwa dengan deal kitorang ni. Tapi Zainal lah yang kuat kat sini. Dia betul2 menjaga hubungan. Ada satu hari Zainal & ibunya datang ke rumah. Waktu tu 2 bulan sebelum majlis kitorang. Ingatkan nak datang melawat saja-saja. Rupanya datang dengan sebentuk cincin sebagai hadiah hari lahir. Aku dengan Zainal tak bertunang. First time keluarga Zainal datang untuk berkenalan terus set tarikh untuk nikah. Allah mudahkan nampaknya. Waktu hari Zainal & ibunya datang bawa cincin birthday, aku menyorok dekat dapur je. Tapi sebab dapur dengan ruang tamu rumah ayah aku dipisahkan dengan bilik aku tak de chance nak dengar diorang berborak. Tahu-tahu ayah aku panggil pergi depan.

Masa aku ke depan nampak kelibat Zainal keluar dari pintu rumah. Ayah aku saja menyakat kata ‘ Eh, kenapa duduk luar Zainal?’. Padahal memang ibu Zainal, ayah dan mak aku tahu tentang deal kitorang. Memang pelik, tak pernah dibuat orang dalam keluarga kitorang. Tapi diorang pun layankan aje. Sebab tu sebelum ni aku pernah kata, pasangan kita adalah cerminan diri kita. Bagi situasi kitorang, Zainal yang berusaha jaga hubungan sebelum menjadi halal. Sikap dia yang ini buatkan aku jadi lebih pasti yang dia jodoh aku. Kalau tak aku sendiri tak yakin rasanya nak kahwin dengan orang yang aku tak pernah jumpa.

Waktu hari nikah kitorang, lepas sah ijab kabul mesti ada sesi fotografi. Aku awal2 dah roger photographer tu yang aku dengan Zainal tak pernah jumpa dan for sure akan ada akward moment punya. Bagusnya photographer ni sangatlah professional orangnya. Tak ada satu pose gambar yang pelik2 dia suruh buat. Gambar dia semuanya cantik. Kalau korang triggered nak tengok gambar dia carilah Clive Einstein. Hahahahahaa. Sorry, sorry tak sengaja tersimpang pula. Waktu nak sarung cincin, itu kali pertama kitorang bertentang mata.

Masjid tu padahal punyalah sejuk dengan aircond setiap penjuru. Tapi aku dah mula rasa panas. Muka panas macam duduk dekat pemanggang api BBQ tu. Nasiblah ada ayah aku & ibu Zainal. Kalau tak mesti tak tersarung cincin nikah tu sampai ke sudah. Waktu Zainal nak sarung cincin, elok pula lah tangan aku menggeletar. Kena gelak dengan orang yang ada dekat keliling kitorang. Moment malu-malu kucing, gatal-gatal rebung agaknya tu. Masa berarak menuju pelamin, Zainal jalan laju gila tinggal aku dekat belakang. Sampai ada orang -orang tegur suruh tunggu aku & paut lengan.

Mengenai komen yang ingat aku kahwin dengan Leman tu, maaf kak kitorang memang brotherhood kuat. Leman dah macam ahli keluarga. Kebetulan tinggal satu kampung. Tahun ni Leman dah nak kahwin. Munah dah selamat melahirkan anak bulan Januari lepas. Aminah pula menghitung hari nak tunggu bersalin.

Oklah, aku rasa cukuplah cerita hidup Senah yang biasa ini. Sekali lagi, aku masih mendoakan yang terbaik buat semua yang dalam proses mencari jodoh. Jangan lupa amalkan doa ni supaya diringankan bertemu jodoh yang baik. ‘Ya Allah, berikanlah kepada ku suami terbaik dari sisi-Mu, suami dan menjadi sahabat ku dalam urusan agama, urusan dunia serta di akhirat nanti.’

Selain tu beberapa amalan yang korang boleh praktikkan untuk mempercepatkan jodoh:

1) Perbaiki diri menjadi lebih baik dengan banyakkan amal ibadah (solat hajat, taubat, istikharah, amalkan surah al-waqiah, assajadah, al-mulk, ayatul kursi, 3 qul).

2) Utamakan mak dan ayah.

3) Sedekah.

4) Jaga silaturahim.

5) Sabar. Ini paling penting ye.

Sekian. Adios!

– Senah

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *