Assalamualaikum semua pembaca setia iium confession. Terima kasih buat yang sudi membaca confess saya. Isi hati ni dibuat dalam keadaan sakit hati, tertekan, sakit kepala dengan bunyi bising sejak 3 jam tadi :'(
Saya dan keluarga tinggal di sebuah rumah teres 2 tingkat, berjiran dengan seorang jiran melayu dan jiran bukan melayu (tolong jgn bangkit soal kaum please, mgkin nasib saya dapta yang tak baik). Kami mula berjiran pada tahun 2008 hingga sekarang. Pada mulanya semuanya ok, sehingga ada beberapa kejadian yang membuatkan hubungan keluarga saya dengan jiran bukan melayu tu sedikit dingin.
Ini masalahnya:
1. Jiran kami ada menanam satu pokok di belakang rumah, tapi sekadar tanam dan makan je lah. Daun yang kering dan gugur langsung tak diendahkan sampai menyumbat saluran longkang. Bila hujan longkang tersumbat sbb aliran tak baik. Jiran yang bermula drpd saya dan seterusnya boleh dikatakan setiap hari mencuci longkang utk keluarkan daun tersumbat. Bukan tu je, segala najis anjing, sisa kari nasi semua dicampaknya kebelakang. Mak dah tegur, tapi sekejap la kesannya, alih2 duk mcm tu juga. Kami dapat tahu yang tanam sehingga menyebabkan kerosakan jalan adalah satu kesalahan. Sebab, pokok tu membesar sehingga jalan tar pecah.
Jadi kami report ke majlis perbandaran (MP). Dan yes, pokok tu ditebang. Ayah jiran tu memang bengis sampai dia syak kami yang report (mmg betul pun..haha) jadi dia bawa parang dan tebang pokok bunga raya mak di depan rumah sbb dia anggap tak adil. Mak tak marah? Mengamuk kot jenuh adik pujuk, sbb masa ni aku kerja. Kalau korang ada mak yang suka menanam berkebun korang tahu lah, dahan patah pun dia cari angkara siapa, disebabkan dia bawa parang dan mak pula tak dapat kawal marah, ada yang buat report polis, polis yang tenangkan kami berjiran. Kejadian ni la mulanya kami jadi agak dingin
2. Sambutan perayaan tiap tahun buat kami sakit kepala juga. Mercun2 yang dibakar mereka biarkan sepah sehingga sampah tu ditiup angin. Bising tu boleh tahan lagi, tapi mersun papan yang panjang bemeter meter tu lps dibakar mereka biar sahaja. Smpai seminggu sampah yang bersepah tu tak di sapu, berselerak masuk ke pagar rumah jiran. Paling banyak terima kami lah! Merah dan bersepah sampai ke pintu dan rak kasut. Wktu Chinese new year jiran hujung baris rumah elok je sapu pagi2, siap minta masuk rumah kami nak bersihkan. Yes, ni masalah sivik dan common sense.. huhhh.
Seperti biasa, memang dah tegur, aku ingt aku org pertama buka mulut cara baik, rupanya ayah aku pun tegur. Ala sampah je kut, bersihkan je dah siap. Eh takk, waktu jiran2 jemur kain pagi/tgh hari, anak dia no 5 slamber badak je main mercun naga dan papan smpai berkepul kepul asap. Jiran lain tarik kain masuk rumah. Aku? Aku tegur minta main malam sbb nnt baju2 jiran berbau asap. Tahu dia buat apa? Waktu aku cakap dia buat tak dengar dan masih baling tak berhenti. Tolong bagi taw aku nak buat apaa?!
3. Selalu diorang pagi2 mengemas rumah memang akan pasang lagu sekuat alam. Kuat tu sampai 2 rumah kiri kanan boleh dengar. Paling terasa rumah bhgn belakang la sbb anak dia no 2 tu pasang dkt bilik. Masa yang diorang akan pasang pkul 8-11 pagi. Hampir tiap hari. Tak tegur? Dah berbuih mulut
4. Bunyi anjing yang menyalak. Ok yang ni ada kisah lawak dia. Diorang ni bila bela anjing, diorang nak anjing tu jaga rumah diorang je. Makan minum anjing tu peduli apa. Kadang pergi bercuti tp tak tinggal makanan dkt anjing tu pun, sebelum buat awning dpn rumah, terjelir2 anjing tu kepanasan. Disebabkan kesian, aku beli sosej sepaket dan lempar kt anjing tu, melahap dia makan. Aku letak air dalam bekas plastik pun smpai licin dia minum.
Jadi pukul 12 malam aku plan dengan adik utk lepaskan anjing tu. Lengkap tukul, kapak, dengan parang.. haha. nasib baik polis tak meronda. Aku dengan adik panjat tembok, anjing tu tak marah sebab mungkin dia kenal aku yang baling makanan. Jangan risau, aku pakai plastik dekat tangan dan kaki. Aku putuskan rantai leher dan biarkan dia lepas. Tapi kejap je la. Jiran aku balik ambil dia balik seabb anjing tu tunggu depan rumah aku. Kenapala tak pergi jauh anjing oii. Anjing tu dah tak ada. Anjing baru pula diorang bela, macam biasa, menyalak setiap tengah malam mungkin sebab lapar, maklumla makan sekali sehari
5. Repair motor. Kadang dah mcm bengkel aku tengok. Tak pe lah, rumah diorang. Yang jadi masalah bila pagi dia test motosikal, tengah hari test moto, malam pun test moto. Tak ke sakit kepala? Benda ni bukan sehari dua, dah 2 bulan kalian semua, nampak sama je moto tu. Sampai aku terbawa ke mimpi aku putuskan wayar moto dia. Adakah ini bermaksud.. hmm.
6. Repair rumah dah 2 minggu. Aku risau roboh je dinding ni. Daripada 2 minggu lepas tak berhenti bunyi gerudi, tukul dengan welding dekat sebelah. Minta kebenaran? Jangan harapla.. tak bersua muka pun, bunyi je sampai.
7. Parking kereta sesuka hati. Pernah sekali tu kawan2 dia datang penuh kereta depan rumah, paling geram, depan pagar rumah aku pun dia park. Kerap. Tiap kali musim perayaan. Sampai aku lukis dekat kotak NO PARKING HERE. Kadang2 tu tak diendah pun. Ayah sampai pergi rumah panggil owner kereta minta alihkan sbb nak keluar. Aduhaii. Jujur bila dekat waktu perayaan diorang, aku akan ajak keluarga balik kampung. Alhamdulillah gangguan yang teruk, paling2 pun balik kemas sampah mercun diorang je. Lepas tu cek dan cuci longkang belakang yang tersumbat. Penat kan?
Tu antara masalahnya. Masalah 1-5 adalah masalah yang paling banyak kami kena sabar sbb jadi boleh dikatakan hampir tiap hari. Mak ayah ada darah tinggi, aku ada migrain. Sakit tu lebih bnyk dekat hati berbanding kepala sebenarnya sbb teguran dah banyak kali. Surat report MP pun boleh buat satu fail dah. Tak tahu lah sejauh mana tindakannya. Jiran lain boleh sabar lagi tp keluarga aku paling dekat dgn rumah dia. Jadi kesan dia paling dasyat. Pintu kaca bergegar sbb bunyi muzik tu dah lali. Sampah longkang tersumbat dgn sisa makanan pun dh jadi rutin tiap petang bersihkan. Aku fhm kes seorang lelaki tikam jiran guna pisau sbb tak tahan. Aku faham perasaan dia. Kadang aku terfikir nak buat benda yang sama. Istughfar bnyk2
Fahamilah jiran2, manusia balik rumah, berada di rumah untuk berehat lps penat seharian bekerja. Ada yang ada anak kecil yang perlukan tidur yang lena, tapi sbb kalian yang takde sivik, takde timbang rasa, rendah moral adab, kami rasa mcm tinggal di sebelah haiwan. Kalau pembaca ada cdgn apa lagi aku boleh buat tolong lah comment, aku nak tahu langkah mana yang sesuai untuk aku ambil. Ada lagi 1 tahun untuk aku bawa keluarga aku pindah. 1 tahun ni pun mcm 10 tahun lama dia. Tolong lah bagi cadangan yang bernas.
Terima kasih.
– Sharah
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit