Assalamualaikum semua. Terima kasih banyak jika disiarkan confession ini. Cerita ni panjang tapi aku cuba ringkaskan.
Aku dah kahwin beberapa tahun yang lalu. Anak lebih dari satu (belum sekolah menengah). Aku & suami bekerja. Suami aku baik alhamdulillah dari segi kebajikan kami anak beranak kecuali satu. Tapi satu yang menghancurkan keharmonian rumahtangga iaitu skim cepat kaya.
Tolong faham aku cerita kat sini sebab aku nak pandangan dan nasihat dari rakan2 sini.
Laki aku dari sebelum kahwin join skim2 camni. Dah kahwin, baru aku tau. Keluarga dia pon suka join juga. Dah bermacam2 skim aku tengok dia join dari ratus – puluh ribu. Kadang2 banyak skim dalam masa yang sama. Sentiasa tersontot tapi sentiasa juga join, sentiasa tak putus asa (part ni tak tau nak puji ke nak nangis).
Apa tindakan aku penah buat sebelum ni:
1. Nasihat elok2.
2. Kongsi artikel2 pasal skim pembohong.
3. Kongsi hukum hakam berkaitan.
4. Gaduh kecik (sampai nangis laki bini, janji tak join, tapi lepas tu buat lagi).
5. Psiko selalu tanya hasil join yang aku tau takde pun.
6. Gaduh dingin.
7. Bawak jumpa financial planner (review status kewangan kami).
Semua ni aku pernah buat ikut step dan ada yang banyak kali, semua tak berjaya. Sedih betul..
Yang terkini (tahun lepas), aku stop bayar sesetengah komitmen bulanan rumahtangga yang sebelum ni aku ikhlas tanggung. Sebab?? Sebab dia dah langgar janji dia untuk tak join lagi apa2 skim walaupun RM10. Dan dia siap join lebih dari satu. Aku terus terang, aku tak boleh redha dengan bantuan aku sedangkan dia bukan main menabur duit macam tu je..
So, sekarang dia la tanggung semua walaupon tak cukup sana sini. Aku tolong2 sikit2 untuk keperluan anak2 (contoh : anak nak makan sedap sikit, anak perlu peralatan sekolah). Kalau aku tolong bayar (yang terdesak), pertolongan aku adalah dikira sebagai hutang & dia wajib pulangkan.
Aku kesian kat dia tapi aku lagi kesian kat diri aku & anak2. Aku kene ajar dia dan ajar diri aku untuk tak mudah mengalah demi anak2. Sekarang ni, aku cuba minimize expenses yang boleh untuk cukupkan gaji dia cover (contoh : kerapkan masak sendiri bila sempat, ambil pelan minimum untuk utiliti, kurangkan berjalan yang libatkan kos tinggi). Banyak lagi sebenarnya..
Baru-baru ni, yang paling aku terkejut dia boleh join 1 skim baru ni sampai beribu. Sedih betul aku baca wasap tu (ye, aku memang paling kurang seminggu sekali akan baca, sebab perangai yang satu ni lah) Riki punya riki, rupanya dia pinjam dari orang.. Ya Allah… dugaan apakah ini?? Dah banyak hutang, join skim tak dapat ape, pastu menambah lagi hutang???
Aku tak pernah cerita benda ni kat sape2 sebab:
1. Keluarga dia pon sama je.
2. Jaga aib dia. Dia memang seorang yang sangat baik di mata orang lain (lebih2 lagi mak ayah aku).
Tapi kesan dia, aku mental sorang2.. kenapa dia masih tak sedar? Kenapa dia tak faham yang dia merosakkan masa depan kami anak beranak? Aku tau dia nak cari side income tapi banyak lagi cara lain.
Jadi korang tolong lah bagi nasihat apa lagi aku perlu buat untuk elakkan rumahtangga kami lingkup?
1. Aku ingat nak pergi pejabat agama untuk dapatkan kaunseling perkahwinan pasal benda ni. Boleh ke tak ye?
2. Aku ada terfikir jugak nak dapatkan kaunseling deakt opis aku, cuma belum sempat & yang ini tak menyelesaikan masalah aku.
– Bini yang buntu
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit