Datang dan Pergi

Assalamualaikum semua. Terima kasih buat admin kerana menyiarkan confession saya ini. Tujuan saya confess ini untuk berkongsi bagaimana cara saya bebaskan mental saya ini dari terbeban dengan tekanan.

Masa saya mengalas jawatan mechanical engineer dulu dekat shipyard. Memang saya akui tanggungjawab yang dipikul oleh saya begitu berat. Apatah lagi persekitaran saya ketika itu juga mudah untuk dimarahi dan dimaki walaupun kesalahan itu bukan dari kesilapan saya.

Setiap pagi sebelum turun dari rumah untuk pergi kerja. Saya akan setkan minda ‘aku mampu hadapi bebanan itu’. Juga saya akan meletakkan pekerjaan saya itu adalah sumber rezeki dan pahala. Ketika dalam perjalanan ke tempat kerja saya akan basahkan lidah dengan surah – surah yang saya hafal. Tujuan saya baca al quran itu juga untuk refresh kan otak dan lapangkan hati supaya bila masuk kerja dengan ketenangan.

Bila saya berhadapan dengan bebanan dalam kerja. Saya akan anggap perkara itu adalah perkara yang akan memajukan diri saya pada hari mendatang. Saya juga tidak anggap pekerjaan saya itu sukar. Kerana bila saya melihat disekeliling saya ada lagi pekerjaan yang menerima bebanan yang lebih berat dari saya contoh Safety and Health Officer.

Saya juga sentiasa berusaha untuk menjaga solat 5 waktu. Kerana dengan menjaga solat itu diri saya ini bila pulang kerja tak pernah bawa bebanan kerja bersama. Dari shipyard ia datang dekat shipyard jugalah ia ditinggalkan. Walaupun bekerja dalam heavy industry nak jaga solat 5 waktu itu bukannya susahpun. Banyak kali saya menunaikan solat bawah kapal. Kerana nak solat itu bukan hanya di surau mahupun di masjid. Jika kita yakin sesuatu tempat itu bebas dari sebarang najis ( suci ) boleh sahaja dibuat solat.

Pada hari tak bekerja pula saya akan join aktiviti hiking, swimming dan diving. Aktiviti sebegini mampu membebaskan diri kita dari sebarang tekanan ( release tension ). Begitulah kehidupan saya seharian ketika bekerja sebagai pegawai teknikal dulu.

Jagalah Allah, Nescaya Allah akan jaga kita

Nota kaki : Hormati setiap confession yang tersiar dekat IIUMC kecuali yang menzahirkan kebatilan. Medium confession ini bukanlah medium berbayar yang menjadi kewajipan keatas diri kita untuk dibaca setiap kali tersiar. Tak suka boleh abaikan dan jika suka baca. Tidak perlu masuk komen untuk menyatakan tidak suka terhadap sesuatu confession. Apatah lagi bersikap suka kondem admin dan confessor. Jagalah hati dan perasaan individu yang meluah dan bersikaplah matang dalam hadapi sesuatu perkara.

*jadilah Top Fan yang beretika*

Terima kasih.

– Top Fan

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *