Luka Lama Kini Berdarah Kembali

Assalamualaikum buat para readers & admin IIUMC. Ribuan terima kasih aku ucapkan sekiranya kisah aku disiarkan. Ini merupakan kali ke-2 aku hantar confession dekat sini. Yang pertama, di (https://www.facebook.com/729187373830747/posts/2061138670635604/). Btw, cerita ke-2 ni takde kaitan pun dengan yang pertama tu. Hihi. Kali ni berkaitan aku kehilangan kucing yang aku sayang.

First at all, aku mintak maaf kalau ayat aku tunggang-langgang. Aku sangatlah tak pandai mengarang ayat. Aku cuma nak luahkan rasa sedih yang terbuku di hati.

Pada tahun 2006, aku bela sekor anak kucing yang aku gelarkan sebagai Comot. Aku namakan dia Comot sebab warna bulu dia seakan-akan kucing yang comot. Hehe. Comot ni baik sangat. Dengar cakap, tak banyak songeh. Comot ni merupakan kucing betina. Dan ia juga merupakan kucing pertama yang aku bela since aku kenal haiwan yang bernama kucing ni.

Comot hidup dengan aku tak lama. Pada tahun 2012, dia pergi tinggalkan aku. Dia mati di pangkuan aku. Sebelum dia mati, aku pernah cakap dekat dia. “Kalau Comot tak sihat, janganlah pergi jauh atau sembunyikan diri. Kesian dekat kakak nanti, cari Comot tak jumpa”. Selang dua tiga hari lepastu, dia mmg sakit teruk. Dia duduk je atas riba aku. Tak pergi mana-mana pun.

Then, makcik aku ada datang rumah. Makcik aku cakap, suapkan air kelapa dekat dia. Sebab katanya air kelapa boleh dibuat ubat. Aku pun bagi lah minum air kelapa. Lepas bagi dia minum air kelapa, Comot kena sakit tarik. Dia tarik depan mata aku, atas riba aku. Selang beberapa minutes, dia mati. Ya guys, dia mati atas riba aku. Betapa luluh dan hancur nya hati aku masa tu. Aku menyesal sebab dengar cakap makcik aku. Aku salahkan diri sendiri. Aku menangis teresak-esak.

Dua tiga hari aku takde selera makan. Aku asyik tengok je kubur dia. (Masa tengah type ni pun aku menangis, aku rindukan dia). Then mak aku pujuk. Mak aku cakap, Allah lebih sayangkan dia. Lagipun Comot dah tua. Yang pergi tetap pergi, yang hidup kena teruskan kehidupan. Lama-kelamaan, aku boleh move on. Aku boleh lepaskan dia pergi. Cuma aku tak boleh lupa saat nyawa dia ditarik. Tamat cerita pasal Comot. Kang kalau cerita lebih, mahu penuh satu baldi dek air mata aku ni. Haha.

Beberapa tahun lepas kematian Comot, kalau tak silap aku, tahun 2015. Abah bawak balik sekor anak kucing yang lain. Aku namakan dia Ca’ad. Kenapa namakan dia sebagai Ca’ad ? Sebab aku dah cuba panggil dia dengan nama-nama lain, tapi dia buat tak endah. Bila aku panggil nama Ca’ad, dia meow, tandanya dia sahut panggilan tersebut. Thats why nama gelaran dia Ca’ad. Kehkehkeh.

Caad ni kucing jantan. Baik sangat. Selalu tido dalam bilik dengan abah. Selalu kejut abah untuk bangun solat subuh. Ca’ad suka makan ayam rebus. Suka ikut kami naik moto jalan-jalan pusing kampung. Setiap hari pada pukul 4pm, kena bawak dia keluar jalan-jalan pusing kampung. Kalau tak, dia merajuk. Bila dah merajuk, mula lah adegan taknak makan laa, acah-acah panjat bumbung laa, lepastu tak pandai nak turun sendiri. Lagi satu, setiap kali kami nak keluar pergi mana-mana, mesti dia akan menggelabah. Laju je dia akan ikut masuk dalam kete. Takut kena tinggal. Kahkahkah. Ya, itulah Ca’ad.

Pada setiap hari, Ca’ad akan tunggu kami di depan pintu. Mak abah balik berniaga pukul 8pm. Bila dia dengar je bunyi moto mak, berdesup dia lari pergi tunggu depan pintu rumah. Tapi, kalau hari dia tak tunggu tu, maknanya dia merajuk laa tu. Hahahaha. Kalau kami keluar pergi mana-mana pun, akan jadi routine dia dah haa tunggu di depan pintu rumah.

Since aku dah merantau ke luar negeri, masa aku dengan dia terbatas. Cuma dapat jumpa beberapa bulan sekali je. Tapi dia tak pernah lupa aku. Setiap kali aku balik kg, dia mesti akan teman aku tido. Kali terakhir aku jumpa dia, bulan January 2019. Masa tu aku balik celebrate birthday mak.

Sebelum aku bertolak balik KL pada tarikh 27 January 2019, aku usap-usap badan dia. Aku cium kepala dia. Aku pesan, “Ca’ad jaga diri baik-baik, jangan keluar rumah, tunggu kakak balik ya, kakak sayang Ca’ad sangat”. Dia cuma meow kan aje.

Tapi… Allah lebih sayangkan dia. Pada malam 25 March 2019, pukul 10pm, masa tu aku baru balik kerja. Then aku singgah kedai makan sebab lapar. Aku dapat ws dari adik. Adik cakap, “Kakak, Ca’ad dah mati. Kena langgar kereta dekat tepi jalan besar”. Terkejut ? Semestinya. Aku ingatkan adik aku bergurau. Aku marah dkt adik aku. Then aku ws mak & abah. Tak berbalas. Aku call mak, tak answer. Call abah, tak dapat sbb phone abah mati. Dalam pukul 11pm macam tu, baru mak reply ws aku. Mak voice sambil menangis. Mak cakap, “Ya, Ca’ad dah mati. Kena langgar kereta dkt tepi jalan besar. Mak keluar sekejap je pegi rumah maklong, mungkin dia keluar tunggu mak dekat situ”.

Buat ke-2 kali nya, hati aku luluh & hancur guys. Buat ke-2 kali nya, aku kehilangan haiwan peliharaan yang aku sayang. Dekat kedai makan juga, aku menangis. Hilang segala selera. Then aku terus blah. Bila sampai rumah, terus masuk bilik. Dalam bilik, sambil aku tengok gambar Ca’ad, aku cakap sorang-sorang. Aku cakap, “Kakak dah suruh Ca’ad tunggu kakak balik. Kakak suruh Ca’ad duduk rumah. Jangan keluar. Kenapa Ca’ad degil ? Lepasni ni sape yang nak tunggu kakak depan pintu ? Sape yang nak berebut makanan dengan kakak ? Sape yang nak teman kakak tido ?”. Then aku sambung nangis. Aku nangis sampai tertidur.

Esoknya, lepas bangun tidur, aku dapat ws dari abah. Abah pujuk aku. Abah tahu aku tengah bersedih sebab aku ada up status dalam FB. Aku luahkan dalam FB sebab aku takde tempat mengadu. Nak mengadu dekat mak, aku tahu mak tengah bersedih. Nak ngadu dekat abah, abah pun mesti sedih. Sebab Ca’ad ni merupakan kucing kesayangan abah.

Comot sayang, Ca’ad sayang, kamu berdua kucing yang sangat baik. Tunggu kami dekat sana ya. Maafkan kami andai banyak kekurangan selama kamu berdua hidup dengan kami. Semoga kita bertemu semula di sana. Aamiin ya rabb.

Para readers, doakan aku supaya kuat ya. Sesungguhnya, luka lama kini berdarah kembali. Aku down. Pada orang yang tak punya hati perasaan, mungkin nampak perkara ni biasa je. Tapi, aku perlukan masa utk bangkit kembali seperti biasa.

Terima kasih sebab sudi luangkan masa untuk baca luahan aku. Maaf sekali lagi andai ayat aku tunggang terbalik. Semoga kamu semua di dalam lindungan Allah selalu. Aamiin.

– S

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *