Bismillah… Hari ini aku nak share sedikit pengalaman aku tentang Sekolah Berasrama Penuh. Segala liku kehidupan yang berbeza dari sekolah harian sehinggalah ke ‘Expectation vs. Reality.’
Syukur Alhamdulillah.. Aku diberi peluang ditawarkan ke sebuah sekolah SBP di zon utara. Sekolah yang paling dibanggakan setiap ibu bapa dan guru. Dulu, masa aku dapat sekolah ini pun, mak je yang seronok lebih dari aku. Dulu aku ada seorang kawan yang nak sgt masuk SBP tapi mungkin bukan rezeki dia lagi..Jadi aku pun teringin nak tahu apalah yang menyeronokkan dan ‘membanggakan’ sgt bila digelar budak SBP ni.. Sehinggalah aku jejakkan kaki ke sekolah ni.. Baru lah aku dapat rasa segala pahit manis disini.
Dekat SBP, semua kat luar sana expect budak SBP ni hebat, serba boleh, akademik tiptop, pencapaian kokurikulum hebat, pelajar yang elok sopan dan berbudi. Tapi takde siapa tahu apa yang sebenarnya dekat sini.
Dekat sini, kami memang menjadi permata guru – guru yang sentiasa expect kami ni lebih matang dan lebih bijak berbanding budak sekolah biasa. Segala yang diberi semuanya disuap begitu saja dgn harapan SEMUA budak dapat terima. Sebab apa? Sebab expectation guru dekat sini, semua ingat yang result UPSR kami yang ‘cemerlang’ tu adalah jaminan bahawa kami ni semua semulajadi pandai. Takde yang lemah. Jadi bila ada budak yang drop, cikgu – cikgu mula rasa kecewa seolah olah dah takde harapan lagi untuk kami.. Sedangkan kami hanya budak baru belajar.
Mungkin ada sesetengah yang diberi kesedaran tu, dapatlah usaha lebih. Tapi, yang tiada kesedaran tu.. selamanya lah akan ditindas oleh orang yang atas lagi daripada dia. Jadi, diri dia hanyalah berlandaskan title budak ‘SBP’, tapi result PMR/PT3/SPM yang keluar hanya cukup makan saja.. Tak payah cerita yang exam besar2 ni.. Setakat Test biasa kat sekolah pun, kalau result kau tak dapat AT LEAST 4A, mmg diberi ‘seat percuma’ time assemble.
Satu sekolah tahu kau dapat failed.. Kena rotan sebab dapat 1C je pun? Ahh.. tu dah memang makanan dah. Semua cikgu macam nak expect.. “Okay kau budak SBP kan? So, kau kena dapat straight A’s dari start kau jejak kaki ke sekolah ni sampai lah kau keluar dari sekolah ni!” Kat sini, takde istilah C,D,E apatah lagi F..Tapi tahukah cikgu tak semua diberi tahap kepintaran yang sama? Ya, semua nak expect kami yang terbaik.. tapi apa yang kami lalui, hanya kami yang tahu. Silibus sekarang bukan macam zaman dulu. Diibaratkan macam bayi yang tak tahu merangkak, terus kau suruh dia berlari. Ya, memang kami sekolah hebat tapi kami pun remaja.. Sama macam cikgu masa zaman remaja dulu.
Ramai pelajar yang ada bakat tapi dipendamkan sejak dia masuk SBP.. Sebab apa? Sebab mindset sesetengah guru dan ibubapa, once kau dah masuk sekolah ni..kau kena fokus belajar. Jadi bila ada budak yang sibuk dgn latihan dkt sekolah, mulalah cikgu dan ibu bapa akan salahkan latihan tu lah ni lah.. Tapi, yang tu jugak lah yang dapat naikkan nama sekolah. Tapi bila once kau bawak title SBP pergi lawan and jumpa dgn budak sekolah biasa.. Kau tak rasa malu ke kalah dgn diorang?
Sesetengah orang mcm nak expect sangat budak SBP ni perfect dalam semua benda. And, bila kalah, mulalah sekolah lain nak perlekehkan budak SBP.. “Hey bro, kami kat sekolah bukan nak fokus game je eh.. Kami budak Sekolah Sains..bukan budak Sekolah Sukan or Sekolah Seni pun! ” Semua orang ada bakat dan kemahiran masing – masing. Tapi, sehebat mana pun kau, kalau akademik ke laut..orang takkan nampak pun kau. Buat bahan perli dalam kelas lagi adalah.. “Haa Mail, pergilah lagi latihan tu. Tak payah masuk kelas saya. Kalau awak bottom exam kali ni, keluar je terus. Tak payah main dah!”
Lagi satu, perangai budak SBP dgn Harian ni berdasarkan apa yang aku nampak. Lainlah sedikit. Kalau dekat SBP, pergaulan tak terlalu bebas sangat. Isu couple semua tu mmg pantang bernanah telinga kalau cikgu tahu. Tapi bab akhlak majoritinya alhamdulillah.. Mungkin sebab cikgu2 dekat SBP ni pernah join kursus tentera agaknya. Walaupun kau rasa apa yang kau buat tu benda kecik yang remaja lain selalu buat, tapi bila once cikgu tahu.. Padah nasibnya. Kalau tak siap homework even satu patah perkataan tak jawab dkt tempat kosong, kecewanya cikgu tu hanya tuhan je tahu. Cikgu expect budak SBP ni semua serba serbi perfect, matang, rajin.
Tapi hakikatnya, mereka pun remaja. Rokok, mencuri, Fly.. tu benda biasa yang ada di asrama. Jangan kata diorang tak buat. Budak asrama ni dia punya sifat ingin tahu tu lagi tinggi sebab terperuk dalam sekolah. Tak sebebas kawan di sekolah luar. ‘Remaja’. Tak kisah lah pandai tara mana pun tapi nakal tu tetap ada. Fly? Benda biasa untuk aspura. Lompat pagar and keluar sekolah tanpa izin tengah malam bukan nya pergi dating and jadi samseng pun.
Fly buat apa je? Beli maggi.. main game dekat CyberCafe. Semua nya sebab nak isi rasa bosan dan lapar dkt asrama. Budak weh…Jantan pulak tu. Kau rasa apa je yang dia fikir melainkan keseronokan? Tapi sejahat jahat budak budak ni lah.. dekat depan cikgu dia punya baik tu alhamdulillah.. pijak semut pun tak mati. Tapi bila belakang cikgu, dia punya tahap kurang ajar tu.. kalah budak yang tunjuk perangai buruk dia depan cikgu.
Sebab tulah ada kes buli, torture sebagainya di asrama. Dulu, budak kena pukul, torture sebab buat kes, tak hormat cikgu, timbulkan masalah.. tapi benda ni jugak yang melahirkan budak jadi manusia dekat luar. Adanya function senior ni, dia sentiasa tegur salah junior. Buat usrah setiap hujung minggu, salam ukhwah satu aspuri/aspura.. Tapi kalau dekat sekolah luar, sapa je yang nak tegur kau bila buat salah?
Tapi masalahnya ada yang nak balas dendam apa yang senior penah buat kat dia dulu.. Bila dia dah jadi senior, dia pulak akan buat benda yang sama dekat junior.. Muulalah ada kes buli sampai mati, report polis, parents. Benda macam nilah yang paling risau dekat asrama. Ragging? Tu benda biasa. Sampai sekarang pun junior ni ibarat hamba senior. Tapi kalau senior tu baik, dialah yang akan jaga and tolong adik2 dekat asrama.
Tak kira dekat mana pun kau sekolah. Even sekolah agama sekalipun, dia dah ajar kau dengan cukup baik. Cuma pilihan kau samaada nak ikut atau pun tidak. Bila dah keluar sekolah nanti kalau kau hormat orang, kau patut berterima kasih dekat sekolah tu sebab dah buat kau jadi ‘manusia’. Tapi kalau perangai kau dekat sekolah, alim macam anak ustazah tapi dekat luar nauzubillah. Tu maksudnya kau sendiri yang gagal bentuk diri jadi manusia. Lagi satu, perangai budak asrama ni kurang ajar dia lebih sedikit. Tapi yang kurang ajar ni lah yang akan tolong bila kau susah. Dan kalau tak de sapa yang tolong, tu maksudnya ‘dunia’ tengah ajar kau yang hidup ni tak de sapa yang boleh tolong melain kan diri sendiri dengan izin Allah.
Bagi sesiapa yang pernah terbuka hati nak masuk SBP, aku sarankan kalau kau tak suka hidup kau dikongkong, tak payah masuk! Tolong jangan bazirkan masa kau 5 tahun benci tempat kau menuntut ilmu hanya kerana segala peraturan bodoh yang kau perlu ikut. Peraturan dekat SBP ni sangat2 ketat. Dari kau nak bangun pukul berapa sampailah kau kena tidur pukul berapa pun sekolah yang kena tetapkan. Dan kau hanya perlu ikut seolah olah robot yang dikawal manusia..
Sumpah aku kata kalau kau perlukan kebebasan atau gaya belajar mengikut cara sendiri, kau masuk jelah sekolah biasa. Tak payah gedik nak masuk asrama. Bayangkanlah kalau kau memang jenis pandai tahap dewa and suka belajar last minute, tapi sekolah tu akan wajibkan students untuk pegang buku dari pagi sampai malam tanpa rehat. Dan rehat kau adalah waktu makan dan beberapa minit je untuk mandi dan solat.
Apa yang kau rasa? Sebab SBP ni rehat dia…entahlah aku tak pasti rehat atau tidak. Lepas balik prep, kau kena lights off tepat jam 11 malam. Dan jangan fikir yang kau boleh tidur sedap atas katil cuba nak rehatkan diri dari seksa seharian..TAKK.. Lepas lights off, ada pulak halaqah dorm,(Bacaan Al Mulk) lepastu, iron baju untuk pagi besok, nampak pulak baju sebaldi tak basuh lagi, dalam locker macam baru gempa bumi, hadap pulak timbunan latihan dan berjuta nota kena siapkan..
Itu belum lagi kalau kau kena panggil masuk dorm senior, kena ragging, iron/basuh baju senior yang masyam.. buat pulak next week exam and kau tak sempat sentuh buku sebab sibuk homework memanjang. Ok aku tak tahulah SBP lain..tapi sekolah aku sgt terkenal dgn segala jenis nota. Dengan harapan cikgu, nota yang kami buat tu kami akan baca balik. Tapi kau rasa sempat ke nak belek nota2 tu bila ada berjuta lagi homework nak kena siapkan? Lagi bila nak dekat exam ni Ya Alloh…
Dia punya homework macam dah takde hari esok.. Dan persoalannya, jadual study yang kau impikan nak jadi pelajar cemerlang tu boleh ke laksanakan? Sebab tu lah ada yang keluar dari SBP sbb tak boleh nak adapt dgn cara belajar dekat sini. Weh budak kot. Kau expect 24 jam dia nak duduk melekat dengan buku ke? Kalau ada macam tu okaylah. Tapi yang bukan jenis macam tu agak2 nya macam mana lah …. Tu tak masuk lagi kalau kau ni pengawas atau kena handle any event. Memang 99.5% mmg kau yang kena handle and siapkan sampai pukul 2 pagi and sambung pulak pukul 4 pagi besok. Cikgu tolong apa patut je. Hmm satu lagi benda yang boleh buat semak kepala otak.
So, dah boleh buang dah kot mindset orang tua yang masalah students ni hanya untuk dapat good results je. Sorry, perasaan remaja ni lagi celaru tau. Kami tak hidup dalam zaman korang, jadi kami tak tahu macam mana ‘seronok’nya zaman korang yang hanya ada masalah utk usaha dapatkan result elok je :)
Dulu, sekolah asrama ni tujuan dia untuk ringankan beban ibu bapa yang kurang kemampuan. But now, I didnt see any benefits here. Yuran SBP sangat mahal. Dari yuran PIBG beratus sampailah yuran Dewan makan..Duit tu duit ni? Mana kemudahan yang diberikan?Ya aku tahu banyak bantuan yang pihak kerajaan dah beri.. tapi cukup ke untuk ibu bapa yang anak ramai dan kurang pendapatan? Kau pikir dengan gaji RM3000 cukup untuk sara semuanya? Kau cakap senang lah, “kenapa parents cina boleh buat macam2 untuk pendidikan anak diorang tapi parents melayu ni nak mintak satu sen pun susah..” Kau pikir semua orang mampu ke nak bagi?
Dah kalau tak bagi, dipaksa2nya sampai hantar surat amaran. Untuk yang sengaja tak bayar iyalah mmg perlu. Tapi untuk yang daif ni mcm mana? Anak2 makan sedap2 dekat sekolah tapi mak bapak terpaksa ikat perut tahan lapar sbb nak cari duit utk keperluan anaknya di asrama. Cikgu2 selalu mintak bantuan macam2 kononnya untuk anak sendiri jugak. Tapi, yang hulur bantuan nya siapa? Parents orang biasa jugak. Parents yang kerja lawyer, lecturer.. Diam seribu bahasa. Bercakap soal anak dia tak cukup tu..tak cukup ni…dekat sekolah pandaiii..tapi tak penahnya hulur sikit pun dekat pihak sekolah. Sedangkan untuk kebaikan anaknya jugak….
Dan yang last sekali, tak payahlah nak impikan sangat sekolah kau bagus, terkenal di mata dunia.. kalau sekolah kau hebat sekali pun, tapi kau tak menyumbang apa pun dekat sekolah, kau takde hak nak salahkan cikgu dan pihak sekolah yang tak memajukan sekolah. Yg mengharumkannya adalah pelajar, dan yang mengotorkan nama sekolah jugak adalah pelajar. Tak kisah lah dimana pun kau bersekolah, hargailah setiap detik persekolahan. Sebab ia takkan sama dengan apa yang kau rasa bila dah keluar nanti.
Terima kasih.
– DD
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit