Aku mengambil keputusan untuk menulis artikel ini kerana sedikit sedih apabila masih ramai bumiputra malah yang terpelajar, masih ragu dan enggan melabur dan menyimpan dalam asb dan institusi kewangan yang lain.
Mengikut data hanya 45 peratus daripada hampir 30 juta rakyat Malaysia mempunyai sekurang-kurang satu akaun unit amanah yang dikendalikan Permodalan Nasional Berhad (PNB) di mana jumlahnya masih rendah. Artikel ini sedikit sebanyak akan menjelaskan bahawa ASB yang korang simpan dan labur itu bukan sekadar untuk menjana pendapat tambahan tetapi mempunyai impak jauh lebih besar dari itu.
Pertamanya kita harus faham apa tujuan Amanah Saham Bumiputra/Nasional ini di wujudkan. Secara asasnya, ASB ini di wujudkan KHAS untuk membantu bumiputra memperoleh pendapatan tambahan dan merapatkan jurang pendapatan bumi dan non bumi di bawah Dasar Ekonomi Baru. Kerajaan wujudkan satu skim di mana ianya di jamin dan membolehkan rakyat simpan/melabur duit dan memperoleh dividen dari keuntungannya.
Bagaimana ASB jana keuntungan? ASB ini di uruskan oleh Permodalan Nasional Berhad. Siapa PNB ini?
‘Permodalan Nasional Berhad (PNB) ditubuhkan pada 17 Mac 1978 sebagai alat penting Dasar Ekonomi Baru Kerajaan untuk menggalakkan pemilikan saham dalam sektor korporat di kalangan Bumiputera, dan memberi peluang kepada golongan profesional Bumiputera yang berkelayakan untuk menyertai pewujudan dan pengurusan harta’.
Ya betul tu, melalui ASB korang sebenarnya membantu PNB membeli dan memiliki lebih banyak saham.
Konsepnya mudah, rakyat beri duit kepada satu tabung dan tabung ini akan menguruskan duit tersebut. Apabila memperoleh keuntungan, mereka akan beri dividen pada rakyat sebaliknya jika rugi pelabur juga akan rugi. Walau bagaimanapun istimewanya ASB ini ialah ianya di jamin kerajaan. Harga sahamnya kekal RM1. Tidak turun dan tidak naik. Yang bezanya ialah pemberian dividen yang berdasarkan keuntungan.
So apabila korang meningkatkan pelaburan korang membantu PNB melakukan pelaburan di dalam syarikat-syarikat besar seperti UMW Holdings, SP Setia, Sime Darby dan Maybank malah banyak syarikat di luar negara juga berjaya PNB miliki. Kalau PNB etc duit korang ni tak beli saham mereka, siapa lagi yang akan beli kalau bukan non bumi.
Jadi fahami lah di sini bahawa pelaburan korang ni bukan sahaja untuk duit tambahan korang tetapi juga membantu bumiputra memiliki kek saham yang lebih tinggi. Hasilnya ialah domino, memberi kebaikan dari segi ekonomi, mewujudkan pekerajaan dan merancakkan ekonomi kita. Jadi berbanggalah kita sebagai pelabur ASB!
Apakah hukum melabur dalam ASB? Majlis Fatwa sudah memberikan keputusan supaya harus melabur. Jika ada netizen yang mempersoal hukum ini, anda boleh la minta mereka perjelas apa kelayakan mereka dan jelaskan secara terperinci kenapa keputusan majlis fatwa ini silap. Kerana pendapat saya adalah mudah, disiplin dan ilmu kewangan ini luas, kita percaya dengan kredibiliti majlis fatwa dalam menangani isu ini. Malahan ASNB juga ada menerangkan panjang lebar di dalam booklet ini, (http://www.pnb.com.my/pdf/
Kesimpulannya, saya harap di zaman kemudahan internet ini bumiputra akan lebih celik tentang kepentingan dalam pelaburan instrument kewangan kerajaan.
Disclamer: Artikel ini hanyalah khusus untuk menjelaskan kepentingan Amanah Saham Bumiputra (ASB) tanpa menjejaskan kepentingan untuk melabur di instrument lain (tabung haji etc). Artikel ini adalah berdasarkan pendapat peribadi saya hasil bacaan dan bertujuan menyanggah unsur negative kepada pelaburan asb terutamanya mereka yang tidak faham dan kemudiannya menyebarkan ketidakfahaman mereka pada orang lain.
– De Adams
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit