Aku seorang isteri. Sebelum berkahwin aku dibesarkan dalam keluarga yang sederhana dan serba cukup. Didikan agama yang cukup kerana ayahku seorang bilal. Selepas spm aku meneruskan pengajian kesebuah ipta. Atas sebab2 tertentu aku berhenti kerja dan berkahwin dengan suamiku seorang lelaki yang cukup sempurna untuk aku sehinggalah beberapa peritistiwa berlaku dalam rumahtangga kami. Spesifik ‘rumah mertua’ ku.
Sebelum aku meneruskan, biar aku describe sikit siapa suami aku. Dan kenapa aku kata dia sempurna.
suami aku fizikal nya agak menarik. Berpangkat, berpendidikan dan mempunyai kerjaya yang baik. Solat puasanya dia jaga. Tapi apa yang akan aku ceritakan nanti mungkin ujian buat aku. Ya ujian aku sebagai hambaNya. Redha kah aku.. Hanya Allah yang mengetahui hati aku sepenuhnya.
Aku mengenali suami aku secara tidak sengaja. Dalam banyak lelaki yang ingin mendekati aku, dia yang benar-benar serious, walaupun aku hanyalah perempuan biasa. Cantik katanya tapi biasa saja padaku. Tapi baginya aku dipilih menjadi isteri kerana mempunyai pakej yang lengkap, rupa, pendidikan dan pegangan agama. Walhal aku sebenarnya tidak sebaik mana, namun aku memang sangat2 menjaga maruah mak ayah. Itu yang menyebabkan aku menjaga akhlak. Kami berkahwin selepas kira2 setahun berkawan.
Awalnya perkahwinan kami memang bahagia. Tiada sebab untuk bergaduh apatahlagi kami berkahwin atas dasar cinta. Memandangkan ketika bercinta dan bertunang kami duduk berjauhan, kami tidak puas bercinta, jadi selepas bernikah lah kami benar2 bercinta. Ujian mula hadir bila kami memulakan hidup bersama. Aku berpindah dr rumah ayah mengikut suami selepas sebulan bernikah. Kami menyewa rumah. Memandangkan aku tidak bekerja, kewangan sedikit haru. Namun masih stabil.
Beberapa bulan berkahwin aku merasa sesuatu perubahan pd urusan kewangan suami. Pelan-pelan aku selidik. Maka, inilah permulaan masalah rumahtangga kami. Atau boleh aku katakan sebenarnya bibit bibit punca aku sehingga kini membenci keluarga suami. Yang suami aku anggap telah membuang keluarga nya. Hakikatnya tidak. Cuma hatiku tawar. Aku masih menjenguk keluarga nya.
Suka berhutang. Masalah bermula bila aku dapat tahu suami ku kekeringan duit poket. Kereta yang disambung bayar dr abg ipar tidak lagi mampu dibayar. Dan terpaksa diserahkan balik. Maka ketika aku disahkan mengandung kami tidak punya kereta. Tak apalah, sebab masa aku kenal suami pon kami bercinta menaiki pengangkutan awam. Aku bukan perempuan yang mengharap lelaki kaya. Setelah aku selidiki, rupanya adik beradik suami, kakak dana dik nya lelaki perempuan kerap minta duit. Bukan sikit siap suruh bayarkan kereta bulan-bulan.
Bila aku disahkan mengandung anak pertama, suami aku beli kereta murah2 untuk selesakan kami. Alhamdulillah. Aku masih tidak ambil pusing dengan kewangan dia. Meminta tidak, apa yang dia beri aku terima. Sehinggalah adik adik nya 3 org ingin berkahwin dan meminta2 sponsor dari suami. Sponsor biasa aku tak kesah sangat. Tapi bila pada hari majlis meriah bukan main sedangkan ketiga-tiganya tidak bekerja tetap.. Dan tidak bekerja aku dah rasa semacam. Sangkaan ku tepat. Selesai majlis kawin orang nak angkat/kemas balai tiba-tiba minta duit sewa balai (canopy) rm700+. Takde sape nak bayar. Syukur suami aku ada cash dan tanpa banyak tanya dia bayarkan. Maka lega lah pengantin 3 beradik tu.
Adik dia yang lelaki sorang tu memang suka berhutang. Dia lah yang paling aku benci, namanya ali (bkn nama sebenar) pertama, ketika suami aku bertugas jauh dr kampung masa bujang, dia tinggalkan kereta nya di kampung. Tau apa jadi? Adik dia kata kereta accident dan total lost. Tapi bila suruh tunjukkan kereta, kereta takde. Suami aku jenis tak suka besarkan cerita dengan adik bradik dia. Jenis diam dan banyak mengalah.
Inilah punca suami aku kena blacklist yang menyebabkan dia tak boleh beli kereta masa awal kahwin. Masa tunang dia hanya mampu smbung byr kereta abg iparnya. Tp kereta tu dipulangkan bila selepas kawin kami tak mampu membayar. Untuk membeli kereta lain ketika aku mengandung anak pertama suami aku terpaksa clearkan blacklist kereta yang total lost tu sebab sejak kereta tu tak wujud laki aku tak bayar dah loan kereta. Nak claim pon tak boleh. Loan pertama tu sebanyak rm19k. Kemudian adik dia yang malas kerja ni dan byk hutang ni suruh suami aku balik ke utara sedangkan kami duduk di selatan semata-mata dia nak buat loan untuk pertanian. Sebenarnya loan tu dia janji untuk bg sikit kpd suami aku jelaskan hutang2 lama. Suami aku jd guarantor personal loan dia.
Sebelom tu suami aku buat personal loan hampir 40k untuk bantu adik dia ni mulakan ladang pertanian. Tp tidak berjaya walau duit dah habis beribu. Setiap minggu adik dia akan call untuk modal ladang. Dan byr gaji pembantu ladang. Aku dah halang suami buat loan. Tp niat dia, dia nak tolong adik dia berkebun. Pada aku loan tu terlalu besar. Dan selepas beberapa bln tak nampak pon hasilnya. Sampai lah satu ketika aku balik kampung berlonggok cili kt rumah mil aku yang tidak terurus dan hampir membusuk, nak nangis aku rasa. Untung langsung takde modal pon tak balik. Sedangkan suami ku dah loan puluh ribu dengan harapan ada pulangan, setidaknya untuk cover loan.
So, selepas loan blacklist kereta, loan ladang cili, dan personal loan yang akhirnya baru2 ni suami aku yang selesaikan juga sebanyak rm7k.. Terlalu banyak suami aku berhabis duit yang sia sia. Termasuk menjadi pembayar majlis kahwin mereka yang majlis sakan tapi tak de duit. Tak ukur baju di badan sendiri. Sehingga sekarang suami aku menangung hutang sia sia itu. Adik beradik lain kalau setakat pinjam 3-4k mmg tak bayar.
Masalah kedua keluarga mertua aku ni ialah moral. Dua adik lelaki suami aku keluar masuk lokap dan kerja nya kena tangkap polis je atas mcm mcm kesalahan. Tadi aku cerita pasal majlis kahwin kan. Yang sorang tu kahwin selepas isteri nya melahirkan anak.. Ye zina.
Berbalik pada cerita keluar masuk lokap. Dua adik lelaki nya mmg dr bujang silih berganti masuk lokap. Ada satu ketika tu suami aku di suruh balik ke kampung untuk menjamin adiknya. Tp pegawai polis tu tak bagi laki aku jamin sebab laki aku ada kerjaya yang baik. Taknak terpalit katanya. Adik dia yang ke 3 ni biar aku bg nama aki. Masa bujang keluar masuk lokap, lepas tu mengandung kan anak org , selepas kawin anak dua tak betanggungjawab dan tak kerja.
Penyudahnya bercerai juga. Sebab apa, selain dr dia suami yang tak boleh pakai, mak mentua aku juga tak pernah tegur anak anak dia.. Walaupun laki aku selalu kata mak dia dah tegur dan didik anak elok2.. Pd aku sejauh yang aku kenal mertua dia mmg 90% tak kisah dengan masa depan dan akhlak anak anak. Sbb itu anak anak bermasalah.. Dari 10 anak nya hanya 2-3 saja yang elok. Termasuk suami aku. Itupon suami aku ada juga lalai nya, nanti aku ceritakan apa masalah suami aku.
Ali dengan tak kerja nya, kerja sekejap berenti, pinjam duit, menumpang umah mil, hutang sana sini, ganja nya.. Aki dengan keluar masuk lokap kes curi, berzina dan skrg jadi duda dah. Tak puasa. Aku kalau balik kampung masak untuk anak anak aku yang bwh 5 tahun. Selamber je dia ambik makan. Mil aku dr dulu tak pernah kejut anak anak bersahur. Yang aku nampak. Sebab penah aku balik kampung bulan puasa awal2 kahwin mil aku tak kejut sampai kami hampir terlepas.
Masa tu kami baru sampai dari jauh dan sangat letih. Bila tersedar dah lewat boleh mil aku cakap ‘aku dah sahur makan biskut tadi’ aduh sedih, berbeza dengan rumah mak aku yang mak aku bangun siap kan sahur untuk kami. Dan kejutkan kami. Ayah aku tolong sediakan air. Bukan kami anak anak jadi raja tapi memang mak ayah aku memahami kami. Sejak dari itu, bila balik ramadhan aku dan suami akan sediakan sahur awal. Walaupun kadang2 cuma kami berdua yang bangun sahur.. Kini anak anak.
Adik dia yang ke empat aku namakan adi. Masa aku kenal suami dia masih sekolah rendah. Masa tu ok. Tp naik sekolah menengah sesekali balik kampung dia dah tak sekolah. Rajin ponteng dan mil aku tak kisah pon. Aku penah suarakan pada suami. ‘kalau dibiar nanti dia akan jd perangai abang abangnya yang dua orang tu ali dan aki.. Malas, masalah moral, curi dadah.
Dan akhirnya tekaan aku betul. Adi pd usia 19tahun dia di tuduh atas kesalahan merogol. Walaupun sebenarnya suka sama suka. Tp sebab perempuan br berusia 14-15thn. Keluarga perempuan buat laporan polis.. Dan setelah berbincang kes ditarik namun adik dia dibawah pengawasan untuk bekelakuan baik. Tp selang beberapa tahun, sekali lagi dia melakukan kesalahan yang sama. Setahu aku dengan perempuan yang berbeza. Kira ini kesalahan kedua tuduhan merogol. Dan ayah perempuan paksa mereka bertunang. Terpaksa lah adik dia bertunang untuk elak dikenakan tuduhan merogol. Kahwin bila aku pon tak tahu.
Aku tahu, ibu adalah syurga seorang anak. Aku tidak pernah menghalang suami aku untuk taat dan berbuat baik pada ibunya. Sebak. Tapi, selama kami menjadi menantu dia. Dia tidak pernah melayan dengan baik. Pada asalnya dia biasa saja. Bkn ibu mertua yang menzalimi menantu. Tp dia sejenis yang nak diraikan anak menantu tapi tidak meraikan anak menantu. Tidak seperti emak ayah aku yang begitu teruja menyambut kepulangan anak cucu yang tggal jauh.
Mulanya aku rasa biasa, bila mertua tidak masak dan hanya buat hal sendiri selalunya. Bila isteri aki dan isteri ali mengadu nasib mereka sebab mereka tinggal dengan mertua aku jadi kesian. Aku hanya mampu menasihatkan sabar. Ibu mertua aku sangat bekira dan agak kedekut. Awal2 kahwin aku pulang beraya dengan mmbawa pelbagai jenis kuih muih. Tp biras aku mengadu mertua aku simpan kuih tu kat bilik dia ..Sehingga busuk. Ya mmg betul. Begitu lah perangai mertua aku yang suka simpan makanan dengan lebih tepat sorok2.
Pendek kata kdg2 mertua aku ni jenis jaga perut dia je, kdg2 bila balik kampung dia cuma ckp dia makan nasi kenduri yang lain pandai2 lah.. Memandangkan aki tidak bekerja tetap, isteri nya bekerja untuk mencari duit. Dua anak nya ditinggal dirumah mertua. Penah anak seusia setahun dua itu terbiar merata rumah, berak pon tidak berbasuh. Makan pon tidak. Bila aku tanya sebab kebetulan aku br sampai, mertua aku jawab “entahlaa mana mak dia tinggal je anak” walhal dia tau menantu nya tu bekerja sebab anak lelaki dia tak boleh harap.
Apa salahnya dia tolong jaga cucu, bukan dia tak larat. Usianya ketika tu baru 50an. Suka salahkan menantu. Walhal anak anak sendiri mcm2 masalah tak pernah dia sedar. Skrg menantu dia tu dah berkahwin lain. Alhamdulilah hidup lebih baik dr hidup dengan anak lelaki dia. Satu lagi habit mertua aku, bila die kemana mana dia akan minta itu ini. Aku malu. Kalau majlis makan dia akan duduk makan lama mcm dah 7 tahun tak makan. Ok itu takpe. Tp, bila org tak offer dia akan minta bungkus. Kalau org offer lagilah dia suka untuk laju2 bungkus bawa balik.
Sesetengah org mungkin rasa itu biasa, tapi bila ke kenduri dan majlis kdhg habit tu buat aku rasa malu. Bukan semua org kdg ikhlas. Kadang bila org dah minta terpaksa kata ‘silakan..Ambillah’ hakikatnya… sebab tu aku tak suka meminta minta. Apa org offer ambil sekadarnya.. Bkn bungkus semua. Aduh… adab. Dan benda ni berjangkit pada anak anak nya termasuk suami aku. Suka meminta. Tp suami aku, aku dah didik jgn lagi meminta bila org tak offer…
Rumah mertua aku ni sepah dan kotor ya rabbi. Tak tahu aku nak cakap macam mana. Aku tak boleh nak beza barang hiasan dengan sampah. Ruang tamu ke dapur semua benda bukan bukan terletak dan tergantung. Habit mentua aku yang aku tak gemar, suka meminta minta kalau kemana-mana ke rumah org. Lepas tu dia bawa balik dan kumpul. Begantung plastik ape semua, makanan buah tapi tak makan sampai busuk, berbau dan jd sampah habuk semua. Sampai aku tak rela nak masuk dapur untuk masak. Pernah aku kemas dapur dan rumah dia. Mertua aku keluar tak balik2.. Berjalan rumah jiran. Sampai aku siap kemas baru dia balik.
Aku pesan pada adik bradik suami, untuk teruskan kemas dan kekalkan kersihan dan kekemasan tapi kakak dia sound aku mengungkit tolong emak. Dan adik dia ali kata sesekali aku balik nak bising. Mak aku pesan, jgn masuk campur. Itu rumah mereka aku org luar. Sedih. Ye aku org luar, tapi aku pon tak selesa. Dapur bekerak. Kadang aku kesian dengan suami aku. Dia suami yang pada aku baik, anak yang sangat taat pd ibunya. Sangat menjaga hati ibunya. Kadang2 dia berbelah bagi antara aku dan ibunya sebab kadang2 aku sangat bekehendak perubahan. Aku tak boleh hidup dalam keadaan macam tu. Aku stress memikirkan masalah keluarga suami. Memandangkan kampung kami tidak lah jauh mana. Cerita kelakuan keluarga suami kadang2 sampai ke telinga org kampung aku. Contoh kes zina adiknya dengan cucu org kampung aku.. Sedih.. Malu.. Kesian mak ayah aku tak banyak terpalit juga.
Mertua aku ni dulu suka ikut aku bejalan. Aku kursus ke kl suami hantar. Dia ikut anak dia hantar aku. Cucu dia yang baru lepas hari tinggal dengan mak aku jaga. Ade ke patut. Walhal mak aku lagi tua dr dia. Nak ikutkan dia sihat je. Penah mertua aku suap anak aku mkn udang. Aku tanya ‘kulit buang tak tu” sekadar bertanya kot lah org tua terlupa.. Tau apa mertua aku jawab ” aku taulaa.. Aku bukan nya bodo nak bagi cucu aku makan kulit!” ya Allah terkedu aku dengar, dia jwb mcm tu dpn anak menantu dia yang lain.
Masa tu mil aku mmg tak gemor sangat dengan aku sebab dia kata aku suka marah anak dia. Mertua aku mmg tak baik dengan semua menantu perempuan dia. Kami menantu perempuan ada 4 org. Semua pon layan mertua acuh tak acuh walau berpuluh tahun dah kawin. Lebih baik wat hal sendiri. Kini tinggal tiga sebab sorg dah pilih laki lain wat suami. Abang dia dengan suami aku jelaa bekerjaya baik. Tp baru baru ni laki aku ade melakukan kesalahan ditempat kerja sehingga dia tidak bergaji untuk beberapa bulan. Dan lost few years seniority..
Dan aku lah yang menanggung segala belanja selepas simpanan nya agak meruncing. Sejak itu barulah mertua aku macam terbuka mata sikit dengan pengorbanan aku. Selama ni dia ingat aku ni menumpang hidup dengan laki. Walhal aku ade syarikat aku sendiri,.Yelaa mungkin dia org tua tak paham cara aku menjana pendapatan, dan anak dia yang berpangkat tinggi gaji bebelas ribu tu duit asek xde sebab berhabis untuk aku. Walhal habis untuk byr hutang dek perangai anak anak dia yang lain termasuk kakak kakak suami aku.
Aku dah tak betegur sangat dengan adik beradik suami aku. Bercakap bila perlu. Aku beritahu suami aku, aku tak halang dia nak layan ibu dia seperti selayaknya. Itu syurga neraka dia. Tp jgn mengharap aku untuk berbaik dengan keluarga dia hatta ibu nya. Nampak seperti ibu nya takde salah dengan aku. Hakikatnya ibu nya tidak pernah melayan kami menantu dengan baik pon. Bila balik ke kampung bg nya cukup lah anak anak dia melayan dia. Dia pon takde nak betegur dengan menantu.
Yang selama ni dia cuma nampak kekurangan menantu, dan biarkan anak anak dia menyusahkan menantu. Dia tak pernah tahu aku menanggung hutang suami dek kerana sikap dan perangai buruk anak anak dia… aku terpaksa berjimat dan mencari rezeki lebih untuk bantu suami. Adik beradik suami juga menganggap aku jahat mulut bila sesekali aku menyuruh mereka kemas rumah mertua yang dah mcm ape. Mungkin mereka malu. Tp, terima lah hakikat.
Mertua juga sorg yang bekira. Kalau nak masak suka masak cukup-cukup atau tak nak share cost. Sesekali aku balik kampung, penah aku tanye dlm kereta ada tak bahan itu ini untuk aku masak dia jwb “mana aku tau.. Bukan aku masak” sedih aku dengar. Bkn aku tak nak berbaik. Tp setiap soalan aku dijawab acuh tak acuh. Lama-lama aku pulak yang jadi mcm tu. Skrg bila dia tanya aku yang jwb sepatah dua je. Sbb selama ni hati aku dah tawar dengan macam hal. Kalau berjalan jauh, mertua aku akan beli dan simpan. Dia akan makan stock makanan anak anak aku.
Pernah anak aku nangis sebab jajan dia habis. Aku tanya mana makanan dia.. Dia kata nenek makan. Mertua aku makanan dia simpan. Dia buat stock semua benda sampai peti sejuk aku bukak rasa nak menjerit. Mcm2 ade sayur sampai lyu.. Sisa makanan sampai busuk dia simpan. Baru2 ni aku balik aku beli keropok lekor. Ade sos berbaki sikit lepas dicolet. Ade la dlm 2 sudu.. Dia pindahkan dr pinggan yang lps kami cicah tu dia masuk dlm bekas kecik dan simpan. Aduhh.. Tu dah basuh pinggan je buang. Jgn lah jimat sangat atau syg sangat. Semua sisa makanan dia simpan. Sampai dapur nye berbau.. Comot dan haishhh.. Entahlaa.. Susah nak gambarkan
aku kadang bergaduh dengan suami tentang hal keluarga dia. Aku sedih dia memikul hutang demi adik beradik nya yang masih tak sedar dan melakukan lagi pelbagai kesalahan dan tak mengurus hidup dengan baik, dan malas kerja. Semua tinggal dengan mertua aku. Alasan mereka menjaga emak konon. Siap sound suami aku jarang balik dan tak peduli emaknya. Walhal suami aku mmg bertugas yang bukan mudah untuk bercuti. Tp kami pulang ke kampung juga 3-4bln sekali. Memandangkan anak anak pon sekolah. Bkn mudah bercuti panjang dan kami mengambil masa hampir 10 jam perjalanan ke kampung.
Mungkin org tak nampak kenapa aku nak benci keluarga mertua aku. Aku benci sebab mereka masih tidak sedar akan salah dan dosa yang mereka terjebak dr dulu, zina, rogol, ganja, hutang, meminjam, meminta tak jaga kebersihan rumah, tak puasa, tak kerja. Sepatutnya bila ada anak anak 5-6 org hidup dekat dengan mertua mereka boleh bekerjasama untuk ringankan mertua terutama kebersihan rumah. Ni dahlah mertua ada habit suka kompol barang terbuang anak anak pulak malas tolong kemas. Aku yang sesekali balik yang stress.
Jenuh aku bebel kat suami sebab kdg2 perangai tu dia buat kt rumah kami. Letak barang merata. Lama2 betimbun rumah mcm rumah org masalah jiwa.. 10 org anaknya takde yang tegur. Bial aku cakap. Dia kata barang2 mak biarlah. Aku rasa kalau ade ular bagai kt dapur pon tak sedor. Sepah yakmat.. Sepah dan kotor.. Sbb byk plastik dan bekas entah apa apa yang dia simpan.. Padahal da patut buang. Aku penah kemas bersih buang semua sekali, aku taula keadaannya, tapi kejap je.. Lepas tu jd balik. Anak anak kluar lawa lawa konon.. Tp rumah mak sepah. Aku malu bila org dtg beraya . Anak kerja hebat gaji besor ( suami aku lah tu) tapi rumah mcm ape. Rumah bungalow batu tapi sepah yakmat.
Baru baru ni aku beri pilihan pada suami. Kalau dia nak terus bersama aku. Jangan mengharap aku berbaik dengan kluarga dia. Even emaknya. Aku tak halang dia layan emak nya baik-baik. Tp jangan paksa aku berbaik. Aku tak biadab dah cukup bagus. Aku penah nasihat kan kakak nya supaya suruh emak dia buat solat taubat sebab anak anak dia tak pernah sunyi dr melakukan dosa. Tp kakak kakak suami aku anggap aku melampau agaknya. Aku cuma bg nasihat.
Aku kesian dengan suami aku. Aku taknak benci mereka tapi hati aku sangat terasa dan stress. Setiap kali balik rumah mertua aku jd tak gembira. Suami tahu. Aku menanggung beban dia sama sebab adik beradik dia. Aku menegur sebagai satu keluarga tapi mereka anggap aku org luar yang tak perlu masuk campur. Aku tak kisah kalau tak mahu aku masuk campur. Tp jangan bebankan suami aku sama. Ye dia abang dan adik mereka tapi dia suami aku dan ayah kepada anak anak aku. Aku tak nak anak anak aku membesar dengan masalah yang turun temurun..
Aku dibesarkan bukan dr keluarga yang sangat sempurna tapi…. Aku anggap ini ujian. Sama sama aku ‘mendidik’ suami aku keluar dr kebiasaan hidup dia yang di amal keluarganya. Nampak biasa tapi pada aku, anak yang tidak ditegur dr kecik, tidak sekolah, tidak puasa, tidak solat akhirnya terjebak dengan berbagai masalah. Aku penah pertikai didikan emaknya.
Suami aku bekeras kata emaknya didik mereka dengan baik. Kalau seorang dua yang bermasalah tu aku boleh terima sikap anak sendiri. Tapi kalau 10 anak yang bermasalah 7-8 org.. Cam ne. Macam macam masalah.. Yang nyata mereka malas beruasaha suka berhutang dan meminta minta dan tidak jaga kebersihan. Selain dosa lain zina, rogol, curi dan dadah. Semua ada. Dan akhirnya becerai.. Dan kepenjara dan lahir kan keturunan seterusnya yang bermasalah hasil zina.. Hasil harta yang tidak bersih..
Ya Allah ampunkan dosa suamiku.. Dia suami yang baik walau masih ada silap silap nya. Aku kadang-kadang lelah juga mendidik suami. Tp aku anggap ini sebagai ujian dan amanah mu buat ku. Di saat aku memerlukan suami yang membimbing aku. Kau kirimkan aku ke dlm keluarga yang Allah.. Pelbagai masalah.. Beri aku kekuatan.. Kesabaran dan lembutkan hati aku menerima kembali keluarganya di hati aku.. Semoga suami aku tersenyum melihat isteri nya dan ibunya… walaupun aku dah tiada hati.
Aku pernah beri pilihan pada suami untuk cari isteri lain yang boleh menerima keluarga nya dan melayan keluarga nya seperti dia mahu kerana aku tak mampu. Tapi, suami aku memilih untuk redha dengan keputusan aku untuk bersikap apa adanya. Biar masa yang menentukan…
– Bunga Angkasa
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit