Assalammualaikum. Terima kasih kerana menyiarkan coretan saya ini. Tujuan saya menulis diruangan ini supaya menjadi pengajaran dan iktibar kepada mereka yang ingin berkawin di usia muda. Saya merupakan menantu sulung dan telah berkahwin dgn suami saya hampir 12 tahun..
Suami saya mempunyai 6 orang adik beradik.. dua lelaki dan empat perempuan. Alhamdulillah saya mempunyai keluarga mertua yang teramat baik.. termasuk adik2 ipar yang sangat saya kasihi dan saya dikurniakan dengan 4 orang anak. Dari awal perkahwinan, saya memang akan pulang ke rumah mertua setiap minggu kerana menganggap itu adalah satu tanggungjawab anak kpd ibuayah. Itu sudah cukup buat mereka gembira.
Dua orang adik ipar perempuan telahpun berkahwin.. seusai 7 tahun perkahwinan saya.. adik ipar lelaki pula berhasrat utk berkahwin.. mertua agak keberatan untuk mengahwinkan adik ipar.. kerana dia baru sahaja menamatkan STPM dan bekerja sebagai kerani. Mertua sangat berharap agar adik ipar menyambung pelajaran dahulu dan mendapatkan pekerjaan yang lebih terjamin. Adik ipar bertegas untuk berkahwin juga dengan alasan kekasihnya risau asyik dikacau orang di pejabatnya…. (hahahaha ini lawak) beratnya hati seorang ibu Allah Maha Mengetahui..
Majlis perkahwinan yang agak terada kami sama2 jayakan.. dan pastinya ditanggung oleh mertua dan adik beradik. Semuanya berjalan baik dan kami gembira dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga kami. Adik ipar menetap di rumah mertuanya dan tidak lama kemudian, biras disahkan hamil..kami semua sangat gembira dgn berita tersebut. Tidak sampai setahun.. biras hamil anak kedua… bermulalah episod hitam keluarga kami.. anak sulung adik ipar dihantar kerumah mertua dengan alasan supaya tidak bercampur dgn sepupu2nya yang nakal.
Mertua yang telah berpencen asalnya mempunyai rutin harian ke pondok dan kelas agama terpaksa berhenti untuk menjaga cucu.. pada awalnya semua bersangka baik.. namun lama kelamaan kami melihat mertua seperti “dihambakan”… 7 pagi anaknya dihantar (belum mandi & pampers tidak ditukar).. dan ambil selepas maghrib.. dan kadangkala terus bermalam di rumah mertua. Allah Maha Penyayang.. adik ipar perempuan tamat pengajian.. dialah yang membantu mertua menjaga anak saudara tersebut.
Kemuncaknya apabila setiap hari anak saudara kerap bocor di dalam buai.. adik ipar terpaksa membasuh mengemop lantai hampir setiap hari.. setiap sabtu dan ahad.. anak saudara tetap dihantar juga ke rumah mertua.. ditinggalkan dan ibuayahnya pergi ke shopping mall/ berjumpa kawan/ menyiapkan kerja2 dirumahnya.. malangnya mertua dan adik iparlah juga yang terpaksa menjaga anaknya dihujung minggu.. bertahun2.. mertua dan adik ipar sukar kemana2 kerana terpaksa membawa anaknya bersama2.. lama kelamaan kami nampak mereka berdua mengambil kesempatan di atas kebaikan mertua dan adik ipar.
Kami dapat perkhabaran yang biras mengandung lagi.. dan sedang berusaha mencari pengasuh kerana kenalan yang mengasuh anak keduanya tidak mahu mengasuh anak ketiganya.. tidak mustahil anak ketiganya juga akan diletakkan dirumah mertua. Kami juga mendapat tahu yang mereka langsung tidak memberi bayaran/hadiah wang ringgit kepada mertua dan adik ipar.. hanya tinggalkan baju, susu dan pampers.. sedangkan keduanya mampu membeli handphone mahal, tudung mahal, make up, gelang emas tebal & sportrim baru.. rumah ada astro.. aircond..
Adik2 ipar berbincang dan cuba “slow talk” dgn adik ipar (lelaki) supaya mencari pengasuh.. kami kasihankan kedua mertua yang semakin tua.. tidak dapat ke kelas agama.. tidak dapat kemana2 kerana terkongkong untuk menjaga anaknya.. perbincangan mereka nampak positif.. niat kami hanya untuk meringankan beban mertua.. kerana kami yang melihat susah payahnya..
Walaupun tidak mengeluh.. tapi riak muka sudah cukup menunjukkan mereka keletihan.. memandikan, membasuh najis, muntah , menyuapkan makanan, melayan kerenahnya yang macam2.. waktu mertua demam.. masih terpaksa mendukung dan memandikan cucu kerana ragamnya tidak mahu dengan orang lain.. belum lagi pampers dan baju2 & cadar yang hancing terperok dalam bilik air.. sedangkan ipar dan biras bersenang lenang di hujung minggu.. wajarkah mertua menjaga cucu 6/7 hari seminggu?
Kesannya.. biras pula yang melepaskan amarah & meluahkan isi hatinya di fb, instagram dan di statusnya.. memburukkan adik ipar (perempuan) dan keluarga mertua dengan kata2 yang kurang sopan.. semakin kerap dia menghantar kata2 yang biadap menyebabkan kedua mertua mengetahui semua yang ditulis oleh biras..
Allah makbulkan doa2 orang teraniaya.. Allah tunjukkan betapa tidak ikhlasnya biras terhadap keluarga mertua.. berdengki dengan ipar duai.. sehingga kini berterusan memerli dan memburukkan keluarga mertua .. mengatakan saya “menantu kuat membodek mertua ” ” menantu kesayangan” di laman sosial tanpa rasa malu apabila dibaca oleh sahabat2 saudara mara dan org lain.. Fb, Ig kami semua diblock (mungkin rasa tidak selesa melihat kebahagiaan keluarga mertua)..
Anak sulungnya telah pun dihantar ke pengasuh.. Allah Maha Kaya.. keluarga mertua dan adik2 ipar semakin dimurahkan rezeki, dan lebih bahagia.. kedua mertua bebas membuat pelbagai aktiviti yang mereka suka.. Alhamdulillah kedua mertua dan adik2 ipar sangat positif.. tetap melayan anak2nya dengan baik.. walaupun adik ipar lelaki dan anak2nya sahaja yang balik .
Pengajaran yang ingin saya kongsi disini.. perkahwinan diusia muda itu tidak salah.. tetapi perancangan dan persediaan sebelum berkahwin adalah sangat penting.. sepertimana Mufti Dr Zulkifli telah berkongsi.. “Anak bukan untuk diternak, tetapi dididik dan dipelihara”.
Perkahwinan kita.. adalah pilihan kita.. BUKAN DIPAKSA oleh ibuayah kita.. anak2 kita adalah tanggungjawab kita.. jangan meletakkan tanggungjawab kita pd bahu mak ayah yang telah berusia. Kemudian menyalahkan orang lain & menuduh org tidak memahami kita, membandingkan masalah kita dgn org lain.. adik beradik yang berpangkat, bergaji besar& belajar tinggi pula yang dipersalahkan.. ingat kembali coretan di perenggan atas.. mertua sangat risau akan perkahwinan ini..kerana mereka “lebih tahu asam garam kehidupan”.. kerisauan itu telahpun terbukti..
Ustazah Rodziah ada menyatakan.. andai tidak mampu menghantar anak utk diasuh oleh orang.. si isteri berhentilah bekerja dan asuhlah anak sendiri.. bukan diasuh oleh nenek & atok. Jangan menjadi anak akhir zaman.. “Hamba melahirkan Tuannya”. Semoga keluarga kami kembali bahagia seperti asalnya.. Ya Allah makbulkanlah doa2 kami.. Doakan semoga biras saya membaca confession ini dan meletakkan diri dia di tempat mertua dan adik ipar saya.. adakah kamu gembira jika kedua ibu & ayah kamu diperlakukan sedemikian????
Saya maafkan biras saya.. yang masih bersangka2 yang saya menantu kesayangan.. kuat membodek dan sebagainya.. persilakan untuk terus menconteng arang dimuka keluarga mertua di laman sosial.. Semoga Allah memberi hidayah kepadamu. Terima kasih untuk semuanya..
– Amy
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit