Allah Itu Al-Ghaffur dan Ar-Rahim

Assalamualaikum semua. Moga sentiasa berada dalam iman dan rahmat Allah. Confession aku ni saja nak tulis, kalau ada manfaat ambil lah. Yang mana buruk, jangan ikut. Ni kisah perjalanan aku menuju Rabb, ar-Ghaffur ar-Rahim.

Aku dijaga dari kecil oleh nenek aku, tapi hubungan aku & family tiada masalah. Malah aku sangat rapat dengan baba aku, sampai boleh bercakap dari hati ke hati. Dan aku paling tak rapat dengan ibu aku mungkin sebab anggapan aku dia lebih sayang adik-beradik yang lain. Baba aku punya nasihat memang deep dan selalu kena dengan jiwa aku, tak terlalu memaksa dan lebih kepada memberi pandangan.

Zaman muda dulu, aku fikir, aku akan sedih sangat jika nenek & baba aku tak ada. Takdir Allah, tamat belajar, baru sempat jumpa baba aku dua hari semasa waktu melawat sahaja, baba aku pergi selamanya. Terlibat dalam excident otw balik rumah, selepas mandikan ibu aku. Memang aku koyak, tapi tak boleh nak layankan perasaan sangat sebab Allah takdirkan ibu aku tengah sakit perlu penjagaan rapi. Kalau aku jadi blur, tiada semangat macam mana boleh uruskan ibu aku. Nampak tak susunan Allah itu terlalu cantik. Aku dapat rasakan aku makin dekat dengan tuhan demi mohon kekuatan. Takdir Allah lagi, aku jadi bff dengan ibu aku.

Aku tak ada hati untuk hadiri majlis konvokesyen, dengan baba dah tiada, ibu terlantar sakit perlu diurus. Tapi ibu suruh pergi juga, katanya impian dia & baba aku untuk tengok anak mereka naik pentas. Tidak lama kemudian, ibu aku pula pergi tinggal aku. Sehari sebelum pergi, dia seolah beri harapan baru pada aku yang dia makin sembuh, makin sihat. Aku betul2 gembira, esoknya terus aku terpana, terkejut. Allah betul2 uji aku sebagai tanda kasih sayangNya buat hambanya yang leka.

Pemergian ibu aku lebih terkesan buat diri aku, menyangkal telahan aku selama ini. Aku terus terduduk, seolah-olah impossible untuk bangun. Tersilap dengan telahan sendiri. Sedih teramat sampai tahap aku rasa nak bunuh diri, sebab dah tak ada siapa yang aku nak sayangi, balas jasa dalam hidup, hilang doa tanpa hijab di bumi. Macam2 aku fikir cara bunuh diri terbaik, terjun bangunan atau biar dilanggar. Setahun lebih aku menangis setiap malam waktu semua orang tidur merayu minta kekuatan, petunjuk, hidayah & keampunan. Sebab aku tau aku jahil, munafik, leka, pendosa. Tau agama tapi belakangkn. Tak amalkan betul2. Ralit, tersungkur dalam bisikan syaitan, mabuk dalam percintaan. Cumanya, aku tak pernah meraung depan family aku & tunjukkan kesedihan terlampau aku.

Tiada apa lagi yang dunia ni mampu tawarkan pada aku. Hati aku kosong. Mati. Segala isi dunianya tampak ngeri dan sia2, hatta cinta hebat seorang manusia, harta & kemewahan, lazatnya makanan, rakan dan kawan, adik-beradik tak mampu menarik hati aku. Satu-satunya menguatkan aku, hanya kata-kata baba. ”Tak masuk syurga siapa mati bunuh diri sebab putus asa dengan rahmat Tuhan”. Allahu, seolah-olah dia tahu suatu masa aku betul2 perlukan kata-kata ini untuk berpegang.

Tiada rasa sayang, rasa cinta di hati. Allah lenyapkan dari aku dengan perkara aku paling leka, cinta. Waktu ni aku nekad putuskan hubungan 8 tahun dengan kekasih hati. Sebab aku dah tak rasa dia mampu pujuk aku, beri aku semangat, aku tiada rasa cinta & sayang untuk diberi pada dia. Aku dulu terlalu berharap dengan dia, apa sahaja masalah selalu akan cerita pada dia dan aku lega. Tapi kali ni lain. Rupanya, Allah tak nak aku cintakan manusia lebih dari Dia. Dia datangkan ujian ni untuk aku, sebab aku terlalu leka kejar cinta manusia. Sebab aku masih tak sedar, halangn dari family menunjukkan dia bukan jodoh aku. Betapa sayangnya Allah kat aku, dia tak nak aku terus hanyut.

Aku rasa hati aku makin dekat dengan Tuhan. Hanya Dia tempat aku berharap & bergantung dan ceritakan segala masalah aku. Kunci diri dalam bilik, kurang bergaul dunia luar, menangis, tertidur, bangun menangis lgi. Ajaibnya, aku lega. Aku baca kalamullah sungguh2, hayati & hadam. Seolah-olah Tuhan tengah bercakap dengan aku. Jaga solat sebaik mungkin, lazimi tahajjud, istiqfar sebanyak yang boleh. Sikit2 aku dapat kekuatan semula.

Sampai satu tahap aku betul2 redha dengan pemergian ibu baba aku. Aku remind diri siap2, suatu hari nenek aku pun akan pergi, dia milik Allah. Bila2 Allah nak, dia akan ambil. Siapa pun pergi, aku akan kejar & jumpa family aku kt syurga nanti. Allah takdirkan nenek aku pergi lepas hampir 2 tahun ibu aku pergi. Dan aku dapat rasa aku menerima berita ni dengan tenang. Sedih tu tetap ada, tapi bukan melayan perasaan dah.

Hati aku seolah2 tertutup, dah tak ada perasaan untuk kahwin. Aku takut nak sayang seseorang. Aku takut aku terpesong arah semula dari mencintai Tuhan & Rasul sebagai yang pertama. Aku cuma ada perasaaan mahu menjadi seorang hamba yang mengabdikan diri hanya pada Allah melalui ibadah-ibadah aku. Aku bertekad untuk beribadah betul-betul. Allah takdirkan aku pergi satu kuliah, imam itu kata Nabi tak mengaku umat siapa yang menolak sunnah baginda termasuklah sunnah berkahwin. Sekali lagi aku tersentak. Allahu. Sekali lagi Allah tegur aku. Nak tak nak, aku kena timbulkan perasaan untuk berpasangan. Aku baca tazkirah2 kelebihan berkahwin dsb. Apa yang aku dapat, berpasangan itu fitrah.

Aku kini makin sembuh dari sakit perasaan dan sakit jiwa. Aku mencari2 lelaki soleh untuk berkahwin hanya kerana ingin memiliki anak yang soleh yang mampu doakan aku untuk ke syurga sebab aku pendosa. Takut tak layak masuk ke syurga. Panjang perjalanan pencarian jodoh aku. Aku tak pernah tinggal doa untuk ibu bapa aku, jodoh soleh dan anak soleh dalam apa keadaan sekalipun. Aku doakan moga aku jatuh cinta semula pada seseorang yang letakkan Allah & Rasul sebagai cinta teragung. Di samping aku baiki diri aku yang sungguh kekurangan, jauh dari istilah solehah ni. Sebab aku takut aku tak layak dampingi seorang suami soleh.

Aku gandakan amalan2 aku, ibadah2 aku. Aku tingkatkan solat aku dari segi khusyuknya, dari sudut tempohnya, perbanyakkan berzikir, perbanyakkan istiqfar, amalkan paling minimum 500 (100×5 kali solat) sebab takut doa aku tak diterima kerana dosa2 aku, istiqamah dengan dhuha, istiqamah berpuasa sunat, yakin dengan setiap doa2, bersangka baik dengan Tuhan, kejar waktu mustajab berdoa. Sungguh, perjalanan kembali kepada Tuhan bukan mudah. Melawan nafsu sendiri paling susah.

Suatu waktu, dalam tempoh bertahajjud, aku rasa tertarik untuk kenal seorang lelaki. Sebab terserlah kesolehan dia, walau bukan ustaz. Mula aku malas mahu layankan perasaan ini, namun aku istikharah juga minta petunjuk, mungkin dah smpai masa aku buka hati. Aku masih juga tak jumpa petunjuk, sampai suatu masa, aku rasa aku kena bantu dia ni. Dia seolah-olah mengalami tempoh sakit perasaan yang aku alami. Tapi dia tolak mentah2. Berterusan perkenalan kami. Ada part bergaduh & berbaik.

Hubungan kami tak lebih dari taaruf (pada aku). Aku usaha untuk buat dia berminat taaruf dengan aku sebab aku rasa kalau betul aku boleh bantu dia hanya dengan berkahwin, why not. Dan sekali lagi dia tolak untuk bertaaruf dengan aku. Di samping, aku meneruskan juga istikharah, menyerahkan keputusan betul2 hanya pada Allah. Aku usaha lagi untuk kali terakhir mungkin. Dan dia terus senyap menyepi.

Bila kau libatkn Allah dalam setiap keputusan kau, kau akan rasa tenang teramat. Perbuatan dia langsung tak buat aku marah atau berdendam. Malah buat aku terus rasa aku belum layak mendampingi orang sebaik dia. Mungkin belum cukup amalan aku. Dia buat aku rasa aku masih jauh dan rasa ingin lebih dekat dengan Tuhan. Ternyata, dia lebih kuat dari sangkaan aku, lebih yakin dengan Tuhan, lebih soleh dari pandangan mata kasar aku.

Sekali lagi hati aku tertutup untuk berkenalan dengan lelaki. Sekali lagi, hati aku kuat mengatakan aku nak bercinta hanya dengan Tuhan. Cuma bezanya, kali ini aku lebih yakin, kalau benar jodoh engkau, Allah pasti akan temukan & satukan juga, walaupun kau dan dia tak pernah berhubung. Aku sekali-kali tidak nafikan sunnah berkahwin & berpasangan sekarang. Pernah kawan aku nasihatkan aku pergi berubat bila tau aku tak ada perasaan untuk berkahwin.

Definisi usaha mencari jodoh bagi aku sekarang, usaha perbaiki diri dulu, bercinta sedalam-dalamnya dengan Tuhanku. Tambahkan ilmu berumahtangga, ilmu parenting, fahami agama sefaham-faham yang boleh. Letakkan cinta pada Allah & Rasul number 1, sampai kau yakin kau takkan goyah dengan cinta dunia & isinya. InsyaAllah, Allah akan datangkan sebaik-baik jodoh untuk engkau. Kerana syaitan amat bijak mengambil peluang. Sedikit ruang kau sediakan, cuba mengutamakan selera & nafsu kau, terus syaitan usik hati kau.

Cuma satu lagi aku nak ingatkan, bila dah usaha tingkatkan diri, kalau jodoh kau bukan orang baik, orang sesoleh engkau, jangan tersasul dulu. Kata Allah itu tak adil. Mungkin suami yang zalim kau tu, suami yang buruk kau tu, akan msukkan kau ke syurga berkat kesabaran kau, sbab kena ingat hidup ni ujian, kecuali mati habis la ujian tu. Yang penting, destinasi terakhir kau adalah syurga. Letakkan seluruh keyakinan kita pada perancangan Allah, jangan letakkan harapan pada manusia.

Aku berharap aku mampu mengutip sebanyak pahala bagi sisa umur yang tinggal. Aku berazam memberi usaha terbaik dalam menyampaikan ilmu yang bermanfaat, iaitu ilmu mengenal Pencipta dan memberi sedekah jariah yang mampu menjamin aku ke syurga kerana tidak tahu apakah Allah akan makbulkan doaku memiliki anak soleh.

Aku mahu menabur sebanyak-banyak kebaikan dan pertolongan biarpun kecil kerana tidak tahu apakah amalan yang akan melayakkan aku ke syurga-Nya. Kerana definisi bahagia bagi aku : tenang & yakin dengan perancangan Tuhan. Aku pendosa yang ingin ke syurga.

Wallahua’lam…

– Anonymous

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *