Selamat Tinggal Taska

Assalamualaikum dan terima kasih kepada admin kerana telah menyiarkan artikel saya.

Nama saya Fatimah Zahrah dan saya baru menamatkan zaman persekolahan menengah lebih kurang 3 bulan yang lalu. Dalam artikel ini saya akan kongsikan beberapa cerita mengenai pekerjaan saya sebagai cikgu taska sementara.

Pada mulanya saya sendiri tidak menyangka yang saya terima pekerjaan ini kerana sejujurnya saya tidak begitu menyukai kanak- kanak apatah lagi mengasuh mereka. Tetapi memandangkan taska ini berdekatan dengan rumah saya jadi saya terima. Untuk pengetahuan anda, taska ini menawarkan tiga perkhidmatan iaitu taska,tadika dan transit.

Pada hari pertama, saya belajar perkara asas seperti memakaikan pampers, memandikan anak2, mengenali beg, botol,bekas susu dan parents anak2. Pada mulanya agak susah kerana saya asyik terlupa dan dengan bantuan cikgu dan pemilik taska ia menyebabkan saya mampu mengingati semua dalam masa yg terdekat.Alhamdulillah!

Pada sebelah pagi saya perlu mengajar anak2 tadika yang berusia 4-5 tahun. Agak mencabar kerana tahun ini merupakan tahun pertama mereka belajar menulis membaca dan sebagainya jadi mereka perlu menyesuaikan diri dengan keadaan ini terlebih dahulu. Ada anak2 yang sudah biasa dengan mewarna dan menulis jadi mereka tidak akan mempunyai masalah untuk menggunakan pensel dan sebaliknya untuk anak2 yang tidak biasa mereka akan mempunyai masalah untuk memegang pensel jadi ia menyukarkan mereka untuk belajar dan menulis jadi proses pembelajaran akan menjadi lambat.

Jadi inilah gunanya saya sebagai cikgu untuk membimbing mereka. Dan setelah 2 bulan, saya nampak perubahan pada anak2 yang dahulunya agak lambat dan sekarang mampu memegang pensel dan menggunakan peralatan asas dengan baik dan lukisan yang diwarnakan cantik dan tidak lagi comot seperti hari permulaan mereka belajar.

Anak2 ni adalah makhluk Allah yang diciptakan untuk mempunyai pelbagai ragam jadi banyaklah soalan2 yang mereka ajukan jadi sebagai cikgu saya harus berupaya untuk menjawab segala soalan agar segala kesangsian yang bermain di minda mereka terjawab. Ada satu hari itu, menjadi rutin di taska saya, sebelum memulakan pembelajaran kami akan berzikir, menyanyikan lagu dan storytelling.

Pada waktu itu saya menceritakan mengenai Allah, Nabi Muhammad dan agama kita. Dan seorang anak yang bertuah ini menuding jari ke arah seorang anak yang lain yang kebetulan bernama Muhammad sambil bertanya itu Nabi Muhammad ke cikgu! Saya tertawa kecil dan menceritakan perihal Nabi Muhammad pula.

Hantar anak2 ke taska ini adalah pilihan yang bagus jika parents mampu dan sibuk kerana ia membolehkan anak2 belajar berkomunikasi, bergaul dan belajar perkara2 asas terutamanya kepada anak2 yang introvert melalui interaksi dengan rakan2, guru dan aktiviti yang dilakukan. Di taska ini, saya perasan ada seorang anak ini dia sangat pendiam dan dikala anak2 lain bermain, dia akan bermain di satu sudut seorang diri.

Oleh itu saya sering mengajak dia untuk turut serta bermain dengan anak2 yang lain. Bagi dia rasa seronok dan banyak bercakap. Lama kelamaan dia kelihatan lebih selesa dan mula berkawan dengan anak2 yang lain dan sekarang dia tidak lagi pendiam dan banyak bercakap. :)

Kesabaran yang tinggi adalah perkara pertama yang harus saya miliki untuk mengelakkan saya mengendalikan anak2 dalam keadaan yang emosi yang boleh menyebabkan kes penderaan. Masih saya ingat pada mula saya berkerja ada seorang anak taska ni pun baru jugak masuk. Jadi dia agak baru dengan keadaan taska.

Menangis pagi2 nak balik itu perkara biasa tetapi dia ini ada satu masalah iaitu malu nak cakap nak kencing ke berak ke. Dan dia pulak dalam proses untuk menyesuaikan diri tidak memakai pampers. Jadi masalahnya, boleh dikatakan hampir tiap hari dia akan berak/ kencing dalam seluar. Sampai saya sering mengingatinya untuk meminta ibunya membawa pampers.

Hari2 saya bersihkannya dengan penuh sabar dan mengingatinya untuk beritahu cikgu jika rasa nak berak atau kencing tetapi hari2 jugak dia buat perkara yang sama. Sampai ada satu hari itu, saya agak emosi disebabkan kena menjaga seorang bayi yang meragam dan 2orang anak taska kencing atas tilam. Dan anak yang selalu kencing dalam seluar tu berak lagi dalam seluar dan saya seperti kehilangan sabar dan meninggikan suara kepada dia dalam bilik air dan menangis cakap, kamu tak kesian ke dekat cikgu?

Kamu tahu, cikgu letih tak makan lagi. Janganlah buat lagi, cikgu penat. Dia pun turut nangis teresak-esak. Sejak hari itu, dia tidak lagi kencing atau berak dalam seluar. Dah pandai masuk tandas sendiri. Alhamdulillah saya kagum dengan dia.

Anak2 ni kita mesti prihatin dan sayang pada mereka walauapapun kekurangan mereka. Adalagi ha kisah mengenai seorang anak taska ni dia ada abang yang mempunyai masalah autisme tapi pada tahap yang rendah jadi takdalah lincah sangat. Abang dia darjah 2 dan bersekolah di sekolah pendidikan khas dan pada hari2 tertentu ibu dia akan menghantar anaknya ke taska.

Tidak begitu menjadi masalah untuk mengendalikannya kerana abang dia tidak menganggu anak2 taska yang lain dan suka buat kerja sendiri seperti menconteng kertas, melipat kertas dan bermain dengan pensel2 warna. Cuma satulah dia suka menyepahkan barang dan suka menconteng kadang dia menconteng pada kertas yang penting, dinding, sofa dan sebagainya.

Tetapi tak apalah asalkan dia tidak mengganggu anak2 taska yang lain. Tapi pada satu haritu saya emosi dan melihat si abang dia menyepahkan banyak pensel2 warna yep banyak gila dan lagi membuatkan saya emosi dimana pensel2 warna ni telah saya susun dalam bekas pensel anak2 taska semalam. Dan saya bertindak memarahinya dan memaksa dia untuk mengutip semua pensel2 warna itu. Dalam keadaan dia itu, dia kelihatan nak marah tapi dalam masa yang sama nak menangis sambil mengutip pensel2 itu dan masukkan ke dalam bekas.

Bila waktu nak balik saya menemaninya hingga ke pintu pagar dan pada waktu itu dia menoleh pada saya dan berkata NAK SALAM… Terus aku hulurkan tangan. setelah itu dia cakap NAK PELUK… Terus aku peluk.. Waktu itu timbul rasa bersalah dan kesedaran untuk tidak mengulang kesilapanku. Harus terus bersabar.

Banyak perkara yang telah saya belajar di taska ini. Saya juga telah belajar untuk mengendalikan bayi seperti menyusukan,memandikan, mengendong bayi yang mana selama ini saya takut dan tidak reti untuk buat. Teringat pulak satu kisah ni waktu itu saya nak mandikan anak2 taska dan seorang anak taska ni nama Alif ha si Alif ni lupa bawak tuala. Untuk makluman anda semua, saya selalu mengusik Alif. Terus saya pura2 marah dia cakap Alif tuala mana tuala?

Alif menjawab tak bawak cikgu… Saya tanya lagi kenapa tak bawak? Terus dia cakap Mak Alif tak perasan dia tak nampak.. Dan aku tanya lagi kenapa boleh tak perasan? Alif pun menjawab Mak Alif buta dia tak nampak yang tuala takdak dalam beg. Saya terus terdiam.. Saya terlupa yang Mak Alif ni buta dan ayah dia juga buta Alhamdulillah mereka dikurniakan anak yang sihat walafiat moga Alif membesar menjadi anak yang soleh dan penyabar dalam menempuh onak kehidupan.

Saya tahu banyak parents yang takut dan trauma nak hantar anak2 ke taska kerana banyak paparan di media memaparkan kes penderaan kanak2 di taska. Pesanan dari saya jika anda hendak menghantar anak2 ke taska anda harus memastikan yang taska tersebut benar2 selamat untuk anak2. Buatlah pemeriksaan secara mengejut ke taska dan harus peka dengan perkembangan anak2.

Yang paling penting taska tersebut telah mendapat sijil pengiktirafan dari JKM jadi jika berlaku sebarang masalah pihak atasan akan turun padang untuk membuat pemeriksaan. Dan satu lagi pesanan untuk parents, jika anak2 mengalami luka yang remeh-temeh tolong jangan berburuk sangka dan melemparkan tuduhan secara melulu kepada cikgu taska dan siasatlah dahulu kerana bukan anak anda seorang yang perlu kami awasi.

Akhir kata, saya bersyukur di taska saya tidak berlaku penderaan dan semua cikgu serta pemilik taska sangatlah baik dan berperikemanusiaan. Saya amat bersyukur kerana diberi pengalaman yang sangat mahal ini dimana saya dapat aplikasikan setelah saya mempunyai anak di masa depan nanti. hehehe.

Saya juga telah berubah menjadi seorang yang menyukai anak2 lagi yang masih bayi. Agak sedih bila tidak lama lagi saya akan berhenti bekerja kerana ingin melanjutkan pelajaran dan berhasrat untuk menyambung dalam bidang pendidikan awal kanak2 yang mungkin tidaklah begitu gah dimata orang. Setiap kali mereka tidur, saya renung wajah anak2 syurga ni dan bermonolog seorang diri selepas ini takdak lagi yang akan menyambut kedatangan saya dengan panggilan Cikgu Timah,Cikgu Timah.

Takdak lagi yang akan berebut nak tanya soalan.. Kenangan yang sangat mahal ini akan terus saya simpan di dalam hati. Dan satu lagi anak2 ni kita haruslah sering memuji mereka dalam apa jua aktiviti yang mereka berusaha untuk laksanakan kerana mereka akan rasa lebih dihargai dan akan terus mencuba buat yang lebih baik.

Cikgu Timah doakan, semua anak2 taska menjadi anak yang soleh dan solehah dan berjaya di dunia dan akhirat dan jangan lupakan insan yang telah mencurahkan ilmu kepada kamu biarpun ilmu itu sebesar zarah. Hee, Assalamualaikum!

– Cikgu Timah

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *