Assalamualaikum semua. Thanks admin kalau siarkan confession ini.
Kawan aku kerja bahagian daftar poligami di mahkamah syariah. Lama dalam 1-2 tahun lepas dia beritahu, ada sorang kenalanku kahwin lagi. Tapi aku tak percaya. Aku ingat kawanku tu hancingkan aku je. Sebab takde gaya pun, dia pun jenis bukan orang romantik.
Walau tak nafi dia rezeki melempah. Rupanya tadi baru aku confirm, ye sungguh. Wife diapun baru tau tahun ni rasanya. Patut tengok muka wife dia selalu masam sekarang. Agaknya, Kes ni lah penyebab mukanya tak seceria dulu. Wife dia minta pilih antara dia atau yang muda.
Min. Aku sebenarnya hidup dalam dunia poligami. ibu dan bapaku kedua-duanya punyai bapa yang berpoligami. Isteriku juga anak dari isteri pertama FIL aku.
FIL aku sebenarnya setakat aku selidik (aku jenis ada banyak kabel), dia dah ada 4 isteri. Cuma MIL aku tak tau pasal bini ke-3 dan 4 ni. Dia hanya tau setakat 2. Itupun dia dah ugut, kalau nak kahwen lagi, dia minta cerai. Tapi hubungan MIL aku dengan madu no-2 rapat je. Kalau ada masalah, mereka saling tolong-menolong. Mesra pun mesra.
Sebenarnya Min. Ni pengalaman keluargaku lah. Aku lihat. Ayahku dah adik beradik tirinya amat rapat. Sampaikan adik2 tiri dia nak sambung belajar pun dia tanggung, walaupun ayahku taklah kaya sangat. Kalau buat kenduri, ramai-ramai datang tolong. Kalau nak transit atau ada urusan di sekitar kawasanku. Rumah ayahku lah tempat adik-adik tiri dia datang tidur. Ibuku juga rapat dengan mereka.
Ibuku juga begitu. Dia amat rapat dengan adik beradik tiri dia. Malah dengan ibu tirinya juga rapat. Ibu tiri dia jenis perempuan alim. Selalulah ibu tirinya beri tunjuk ajar tentang ilmu agama, adab sopan.
Pendek kata, mak tiri kepada ibuku sudah seperti guru bagi ibuku. Hubungan ibuku dengan adik beradik tirinya juga sangat rapat. Pantang bersua, memang mesra. Selalu berbual hati ke hati. Kalau ada masalah, berjam-jam lah mereka berbual, meluah masalah.
Setelah melihat apa berlaku di sekeliling aku. Bagiku pokok pangkal dia adalah perempuan. Ya PEREMPUAN. Perempuan kena redho dan terima ketentuan Tuhan. Sebenarnya macam kes tok2 dan nenek2 aku. Kalau perempuan okey boleh redho, ayah pun okey, amanah laksanakan tanggungjawab. Keluarga akan harmoni. Anak-anak dengan adik beradik tiri tiada masalah jika ibu-bapa tolong serasikan.
Aku nengok sekeliling aku, laki yang poligami ni baik-baik. Sangat sayang pada bini pertama. Tapi perempuan ni selalu salah anggap, ingat dia dah tak disayangi. Salah tu.
Cinta laki ni lain. Lagi banyak dia kahwin, lagi jarang jumpa, lagi rasa sayang tu bertambah kuat. Kalau selalu jumpa, perasaan bosan akan menguasai. Sebab tu orang tua selalu pesan. Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan.
Sape ada kisah poligami yang harmoni dan best. Boleh share kat komen.
Terima kasih min. Tolong hide-kan nama aku.
– Adiwira Siam
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit