Penghantaran COD

RAMAI seller mahupun buyer suka merungut tak tentu hala pasal isu penghantaran. Buyer minta free pos lah.. seller kene tipu masa COD lah.. well, bisness anda, anda yang tentukan caranya. MOTIF ? supaya mudahkan dan menjamin kemaslahatan kedua belah pihak.

Cara saya lebih fokus pada keuntungan saya, tapi dalam masa yang sama saya bagi pilihan pada buyer untuk tentukan. Perbincangan akan dilakukan. Keuntungan bukan dari segi duit semata2, tapi UNTUNG sebab :

* Tak tanggung rugi bila buyer janji COD, last-last diam seribu bahasa. Pakej siap kene block lagi. Sedangkan stok kita dah beli. (Penah kene)

* Tak tanggung rugi buang masa tunggu buyer yang tak reti ikut masa. Bukan cara saya nak kompromi dengan perkara yang tak profesional. (Ada buyer kene tunggu dia 2 jam baru sampai. Ada yang siap suh saya balik dulu, dia lewat. Dia sampai, dia call semula.. ko rasa ???)

* Tak tanggung rugi tol, petrol COD jauh2 tapi buyer nak free cod. Heh ?? (No free lunch in this world, bossku)

* Tak tanggung rugi modal beku lepas buyer tak jadi beli. Modal akan beku sementara tunggu stok tu terjual. Perlu diingat, bukan semua item fast selling. Ada yang makan masa berbulan untuk dapat satu jualan sebab faktor demand dan harga yang mahal. Saya pulak bukan company besar nak ada modal rolling besar. Kalau item yang fast selling hingga la jugak kalau buyer cancel.

Saya hanya akan proceed prepare oder buyer lepas dia buat bayaran deposit 50-75 % ikut harga barang. Lepas buat depo, belum pernah jumpa buyer yang nak cancel oder. Kalau pun dia nak cancel, saya suruh dia ambik barang yang sama harga dengan deposit dia.

Proses Penghantaran Cara saya.

1/ Postage : wajib bayar kos Pos .

– Masa penghantaran bergantung policy syarikat courier. Kalau ada buyer yang urgent, kita tengok kawasan. Kalau Kl, Selangor, kita try bagi pilihan lain.

– Luar kawasan, biasa cakap terus terang kat buyer, risiko barang tak sampai pada masa yang diharapkan tu tinggi.

2/COD :

– Tak wujud, kecuali produk yang ready stok dirumah.

– TEMPAT : Free cod hanya kawasan yang saya pilih. Biasanya rumah saya. Depan pintu.

– Jarang sangat nak buat COD sebab risiko buyer cancel last minit tinggi.

– Budi bahasa dipertimbangkan untuk tolong bawak barang ke kereta buyer.

3/SELF PICK UP :

– Buyer self pick up. Free.

– Buyer dah bayar deposit @ full payment ikut persetujuan.

– Location biasanya depan pintu rumah den. Kecuali dinyatakan. Sila naik sampai depan pintu.

– Budi bahasa dipertimbangkan untuk tolong bawak barang ke kereta buyer

4/SELF -DELIVERY :

– Yang ni kami hantar.

– Masa yang dipersetujui bersama.

– Lokasi yang dipersetujui bersama.

– CAJ delivery yang kami tentukan. Biasanya bergantung lokasi. Petrol + Tol.

– Untuk self delivery selalunya buyer akan minta bawak sampai dalam premis, tolong pasang, tolong angkat naik atas. Well, ok je. Asal berbudi bahasa, haha.

O yea, satu lagi, NO RESERVE WITHOUT PAYMENT.

Motif :

– Malas buang masa bekukan modal untuk yang tak pasti. sebab kita ni modal ciput. Nak rolling sakit kalau banyak sangat modal beku.

– Biasa saya tanya, lepas buyer nak compom oder, ” bila plan nak buat bayaran ? ”

Kalau buyer jawab : “saya akan bagi tahu nanti” , “belum pasti” , “bila saya free” , “hujung bulan, minggu depan, bulan depan” ,

Maka saya jawab : “ok, no problem. No reserve without payment ya”.

So buyer perlu paham yang dia tak boleh meroyan once dia bayar barang tak ada.

Tapi kalau buyer jawab “esok, petang ni, malam ni “,

Untuk item yang sentiasa ada, saya reserve sampai masa yang dijanjikan.

Untuk barang yang kene oder, saya jawab “item ni saya akan oder lepas cik buat bayaran , Tq”.

Kalau ada yang rasa cara saya bajet bagus, haha.. biasalah.. cara masing2. Janji saya tak tanggung risiko.  Saje nak bagitahu, item jualan saya kos modal nya mahal. Ada yang cecah Rm300/item. Dan ramai yang pernah oder sampai 10 unit.. Kalau tak de jaminan deposit, ingat selamat ke nak proceed oder setakat janji mulut.

Yang benar,

Seller online bajet bagus…

– Syehrazad

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *