Boleh juga baca, (https://iiumc.com/lulusan-master-kerja-cleaner/).
Assalamualaikum semua. Saya terpanggil untuk berkongsi kisah saya selepas saya terbaca banyak confessions yang berkisar tentang lulusan ijazah mahupun master yang masih lagi menganggur ataupun struggle untuk mencari pekerjaan.
Saya salah seorangnya. Ini kisah saya. Saya lulusan master (Biologi). Bermulanya kisah saya apabila saya ditawarkan untuk menjadi pensyarah foundation di UA tempatan. Langit tak selalunya cerah. Selepas 6 bulan bekerja, saya terpaksa diberhentikan atas alasan universiti tiada bajet. Ini semua berlaku pada tahun 2016 yang menjadi titik tolak pergolakan dalam diri saya.
Jujur. Penat saya mengeluh dan menangis tatkala umur menganjak ke linkungan 30-an, saya masih lagi mencari kerja yang stabil. Di saat rakan2 sebaya telah pun stabil, saya masih cuba untuk membuat mental saya percaya yang saya boleh menjadi stabil. Saya mula bekerja sebagai part time dengan gaji 800++ sebulan dan saya bersyukur sbb KWSP dan SOCSO juga disertakan sbg benefitnya.
Selepas drpd itu, saya masih lagi mencari kerja yang stabil disamping melakukan kerja2 sampingan. Jadi RA, tapi ditipu pensyarah dengan tidak membayar gaji RA saya. Masuk bulan ketiga, saya terus blah. Kemudian, interview sana sini tak pernah lekat.
Ada 1 pekerjaan ni, interview sampai 4-5 stage, tapi masih tak dpt. Kasihan lah kami yg dtg jauh2 ni. Kalau rasa tak sesuai, terus saring siap2. Jangan hampakan dan mainkan perasaan kami..Kami mungkin terdesak utk kerja, tapi kami juga punya perasaan wahai majikan sekalian.
Dah 2019. Saya masih lagi bekerja di tempat yang sama dan gaji yang sama. Hanya Tuhan je yang tahu betapa tiap kali solat saya doa supaya iman dan mental saya kuat. Suicidal thoughts? I am not good enough? Selalu bertandang di benak fikiran saya. Setiap kali saya mempunyai perasaan sebegitu, saya istighfar. Saya yakin hari esok lebih indah. Tapi persoalannya, sampai bila?
Nak kata murung, tidaklah. Cuma kadang2 rasa kenapa saya yang berada di keadaan sebegini. Kadang-kadang kecewa dan sedih dengan mereka yang sudah berkerja dan senang dpt kerja,tetapi etika kerja dan attitude kerja mereka sambil lewa. Main-main. Culas dalam semua kerja yang dilakukan. Lebih mengecewakan, yanb masuk kerja dengan cable tapi langsung memandanh ringan akan pekerjaan yang mereka dapat.
Now? I am doing multiple jobs just so that I can meet the end of every month.
Yang merisaukan saya apabila perginya kedua orang saya suatu hari nanti, di saat saya masih lagi tidak mempunyai kerjaya yang stabil. Sempatkah saya menggembirakan mereka? Itulah yang selalu saya fikirkan sebelum tidur. Mohon doa kalian supaya saya tabah.
– Lelaki Sedang Tabah
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit