Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck Versi Aku

Assalamualaikum perkenalkan diri sebagai Zaninuddin bukan nama sebenar, (watak dalam novel tengelamnya kapal van de wick).

Kisah nak cerita ini seolah-olah diadaptasikan dari novel tengelamnya kapal van de wick dan kisah sufian suhaimi dan elfira loy. Tapi cerita ini kisah benar dari hidupku . Ini adalah luahan sanubari dari seorang lelaki yang tak dapat terluah dek mulut, namun mungkin dengan tulisan dapat diluahkan sedikit sebanyak yang dapat melegakakan hati ini..

Bulan April ini sepatutnya menjadi bulan yang paling istimewa buat ku dan Hayati ( bukan nama sebenar) , bulan yang yang sepatutnya kita sambut untuk hari lahir dan juga hari penikahan kita berdua, hampir setahun berlalu. Masih ku ingat lagi setahun yang lepas pada saat hampir hari lahir mu aku mencari2 dan memikirkan apakah hadiah yang aku perlu berikan untuk hari lahir mu Hayati, sengaja aku berdiam diri untuk membuat kejutan untuk mu.

Pada hari lahir mu aku telah menyatakan hasrat ku untuk menjadikan mu suri hati ku untuk selamanya. Hari itu aku masih ingat senyuman mu yang manis disamping dua lesung pipit yang manis dipipi kiri dan kanan mu. Hari itu kau tersenyum bahagia . Aku insan paling bahagia waktu itu, apatah lagi setelah kita LDR hampir 3 tahun , berjauhan beribu ribu batu, di pisahkan dengan dua benua yang berbeza . Aku tersangat gembira pada April tahun lepas.

Segala persiapan telah kita sediakan untuk majlis pertunangan kita, masih aku ingat kita adakala terpaksa membuat pilihan melalui video call , iyalah kita dipisahkan dengan benua berbeza, segala perbincangan atau untuk membuat keputusan untuk membeli barang terpaksa melalui video call. Kita terlalu happy waktu itu. Pertunangan kita berlangsung sebulan selepas itu. Sengaja aku cakap aku tak dapat balik sebab tiket flight mahal terlalu mahal, padahal tiket dah beli siap siap sebulan awal. Hahahah , semua terkejut waktu aku balik waktu itu, iyalah cakap tak dapat balik waktu bertunang tiba tiba ada dekat depan rumah.

Selepas bertunang semuanya dalam keadaan biasa tiada bergaduh atau bertengkar. Tetapi selepas beberapa bulan aku lihat tingkah laku mu semakin pelik , gerak hati aku mengatakan ada sesuatu yang tak kena. Ada kenalan ku beritahu berita yang tak sedap didengar. Aku terkejut dengan berita tersebut, aku terus tanya mu Hayati tetapi kau menafikan , kau kata mana mungkin kau ada lelaki lain. Aku percaya dengan kata kata mu.

Tidak lama dari tu, ada lagi kawan ku beritahu berita yang sama, jujur hati aku tak keruan apatahlah lagi berjahuan dinegara asing berseorangan tanpa keluarga, tanpa bangsa sendiri. Aku tertekan , sering kali dapat chest pain, aku check dekat Doctor, Doctor kata aku tertekan akibat terlalu stress. Berat badan aku susut banyak dari 70 kg jadi 60 kg dalam masa sebulan. Personaliti aku dari ceria jadi murung, aku lebih suka menyendiri. Pergi kerja balik kerja, tak nak berbual dengan orang lain. Gerak hati ku kuat mengatakan kau telah ada orang lain.

Selang beberapa bulan aku pulang ke tanah air untuk urusan berbincang dengan family aku dengan family kau untuk majlis kita . Tapi aku lihat senyum mu tidak lagi sama seperti dahulu, seperti ada insan lain yang sudah mengambil tempat ku. Ramai yang tegur kenapa makin kurus, aku hanya senyum kelat cakp “ penat kerja , stress nak kawin macam macam nak pikirkan biasalah berat turun”. Kau perasan badan ku makin susut tapi sikit pon kau tak tanya aku kenapa, aku nampak kau macam nak elak dari bercakap dengan aku.

Hari itu segalanya terbukti semua jangkaan aku betul, kau ada hati kau telah diambil oleh insan lain. Semua sebab aku ternampak whatapps dekat phone kau. Ayat itu masih aku ingat “sayang dah balik ? Dah habis bincang?” Hampir nak gugur jantung aku baca , tewas jugak air mara jantan ku mengalir . Berkali2 aku mempersoalkan siap lelaki tersebut , namun satu patah ayat pon tak terkeluar dari mulut mu. Aku masih ingat aku merayu rayu untuk tidak tinggalkan aku, akhirnya kau bukak mulut , ayat kau “ saya pon tak nak putuskan hubungan ini, tapi berdoalah dekat Allah untuk balikan hati ini untuk awak” . Pada mulanya aku menerima semuanya, makin lama aku perasan aku sering kali makan hati.

Berkali kali aku tanya kau masih sayang aku lagi ke tak, namun kau tak pernah menjawab tapi jawapan kau tetap sama, “ berdoalah agar hati ini kembali pada awak” maknanya kau dah ada insan lain dalam hati kau, pretasi aku ditempat kerja merosot teruk , boss aku bagi warning letter sebab aku sering Mc dan balik awal. Peritnya hidup ditempat orang dalam keadaan bergitu, waktu itu aku sering berdoa agat hubungan kita dipermudahkan dan di keluar dah semua masalah ini.

Aku cari lelaki tersebut , aku msg , aku call, aku merayu supaya pergilah dari hidup kau, tapi lelaki tersebut tak cakap apa apa. Padahal lelaki itu tahu aku tunang untuk Hayati tapi dia tetap dengan diri dia.Peritnya saat itu Allah saja tahu. Aku ulang alik ke tanah air terlalu kerap. Tapi segala usaha ku kau sedikit pun tidak pandang. Segala usahaku sedikit pun tidak dihargai. Kecewanya aku saat itu. Semakin hari hati ku semakin perit , susah nak gambarkan, sesak nafas, sering rasa pedih yang susah digambarkan.

Aku mintak pendapatan family ku tentang hubungan kami, mostly jawapan yang aku terima semua postive tapi jawapan mereka adalah lebih kearah untuk aku buat keputusan sendiri. Aku melakukan solat istikrah waktu itu. Pada satu hari aku terjumpa satu gambar yang aku agak kenal dekat social media, social media kepunyaan lelaki tersebut! Aku stalk, then aku nampak gambar Hayati bersama lelaki tersebut. Hati aku hancur sehancurnya, jadi selama ini aku di luar negara kau selalu keluar dengan lelaki tersebut.

Istikrah aku selama ini terjawab. Aku kumpul semua kekuatan aku untuk memputusakan pertunangan ini. Sejujurnya aku tak nak perpisahan ini, tapi dari aku sering makan hati baik aku yang memutuskan hubungan ini. Sejujurnya hati aku hancur, aku hampir give up dengan segalanya. Aku menagis dalam hati. Sehinggakan ibu ku pelik sebab aku kelihatan macam oarang yang tak putus tunang. Padahal dalam hati aku hancur, kecewa.

Untuk mu Hayati mana pun kau berada semoga kau berbahagia sekarang. Aku sentiasa doakan mu agar kau bahagia, sebab jika kau dengan aku pun aku nak kau bahagia. Jadi jika sekarang kau masih dengan lelaki tersebut semoga kalian berbahagia, aku tiada dendam dengan kau. Pada awalnya mungkin aku tak dapat terima kenyataan, marah benci , dendam. Namun setelah beberapa bulan Alhamdulillah aku semakin pulih, terima kasih buat family aku, rakan rakan aku yang tak putus putus beri aku semangat dan juga doakan aku. Aku akan ingat kalian semua sampai bila bila. Kerja aku semakin Okay Alhamdulillah rezeki tak terduga datang.

Buat diri mu Hayati (bukan nama sebenar) bulan ini bulan kelahiran mu dan bulan sepatutnya kita di ijab kabulkan namun aku hanya merancang, Allah ada perancang yang lebih hebat dari perancang aku. Jadi aku nak ucapkan Sannah helwah buat mu bekas tunang dan kekasih ku, moga dipermudahkan semua urusan mu baik didunia dan akhirat, semoga kau bahagia dan berjaya dalam apa jua yang kau lakukan. Ameen InshaaAllah. Jangan risau dari aku tiada dendam, aku doakan yang baik baik untuk mu Walaupun hanya sekadar doa. Kenangan kita aku tetap akan ingat.

Dari ku M A…

– Zainuddin ( bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *