“Senah, haritu aku ada jumpa Si Mail, katanya dia nak bagi kad jemputan kahwin anak dia, entah sampai sekarang tak datang-datang pun”. “Eh bila masa pulak anak si Mail nak nikah? Bukan ke dia tak ada anak Tipah?” “Mak-mak, ucin nak 2 kupang boleh tak? Ucin nak gi beli cokelat?” Tanya Ucin kepada Mak Tipah sambil menyeringaikan giginya.
“Tipah, asal eh gigi anak kau ni tak menghadap kiblat, bersimpang siur gigi dia?” “Tipah senyum tawar mendengar kritikan si Senah terhadap anaknya itu sambil menahan rasa menyiat-nyiat dalam hati.” Mana taknya, anak dia kene sound depan-depan sebab gigi tak macam gigi. Esoknya jugak si Tipah pergi buat braces untuk anaknya.
Assalamualaikum dan hai. Nama aku A dan aku nak kongsikan tips nak pakai braces murah-murah gitu. Sebelum tu, kisah di atas yang aku taip penat-penat tu sebenarnya kisah benar. Kawan aku cerita masa Makcik Senah (bukan nama sebenar) datang membawang kat rumah mak dia. Tiba-tiba kene tegur macam tu, mak mana yang tak terasa kan? Lepas kene tegur tu lah baru mak dia pasangkan braces untuk anak dia. Harga lebih kurang sekitar RM5k-RM6k. Ini cerita puluhan tahun lepas lah. Jadinya aku syak harga sekarang lebih dari tu.
So sebenarnya aku nak share tips nak pakai braces murah. Yang penting bukan fake dan bukan cap itik punya. Harga ni tak dapat dekat klinik swasta. Jadi bagi sesiapa yang rasa giginya tak menghadap kiblat tu, rasa tak confident bila nak bercakap depan orang. Ye lah time bercakap orang dok usha fokus kat gigi kau, kau rasa? Of course lah kita rasa tak selesa kan?
Okay straight to the point, aku dah lama sebenarnya buat survey klinik gigi yang menawarkan perkhidmatan orthodontic ni. Aku duduk dekat area lembah Klang, so aku survey paling murah lah harga boleh dapat sekitar RM3.5++ tak termasuk xray, appointment, cabut, tampal dan lain-lain. Aku ni yelah, masih student, tak mampu lah nak pakai mahal-mahal ni. Aku pernah survey ke klinik gigi kerajaan. Diorang kata hanya boleh untuk yang bawah 18 tahun je dan gigi betul-betul macam simpang 8 baru boleh buat dan ianya free.
Masa aku intern dekat satu sekolah ni, ada seorang guru ganti tu, pakai braces, so aku tanyalah berapa kos pakai braces tu? Dia kata standard lah RM4k ++. Aku pun mengeluh di sebalik tingkap meja guru tu. Mana aku nak cekau duit RM4k tu. Then dia kata try lah buat dekat klinik uitm, situ murah. Aku pun macam ??? Bila masa uitm ada buat kan? Aku intern habis bulan 8. Tahun depannya bulan Januari baru tergerak hati nak cari kat mana uitm yang boleh pasang braces ni.
So bergeraklah aku pada zohor 20 Januari tu ke Uitm Puncak Perdana. Cari punya cari akhirnya terjumpa satu klinik. Cari ni pakai google maps lah. Then masuk dalam asrama tu baru jumpa. Sampai-sampai ada notis die tutup seminggu sebab cuti sem. Oleh itu dengan gigihnya aku search kat google cawangan lain yang ada. Yes ! Ada ! Ada satu kampus perubatan pergigian dekat Sungai Buluh. Dekat dengan Hospital Sungai Buluh.
Sampai je kat sana, aku jadi terkesima jap. Tak pernah masuk tempat tu jadi jakun sikit. Tempatnya luas cantik bersih dan sedap lah mata memandang. Satu yang aku suka sebab tak ramai orang. Serius tak ramai. Ada 2 sebab. 1 sebab orang tak tahu pun kewujudan tempat tu. 2 orang tahu tapi tak tahu pun orang luar boleh masuk dan menggunakan perkhidmatan di situ.
Tarikh aku pergi ni pada ? Januari. Masuk dekat kaunter tu tak perlu amek nombor sebab ada 3 orang je masa tu. Tempat besar tapi tak ramai. So aku pun daftar dan tanya lah macam-macam dekat abang kaunter tu. Bayaran untuk pendaftaran adalah sebanyak RM10 dan korang akan diberikan satu kad kedatangan. Kena bawak kad ni setiap kali datang appointment.
Okay lepas daftar tu dia suruh menunggu dekat satu klinik ni. Actually dekat-dekat je antara klinik tu dengan kaunter. Tunggu tak sampai 5 minit ada sorang student (bakal doktor gigi) panggil masuk.
So macam biasa lah. Doktor akan tanya kenapa datang. Nak buat apa. Masa tu kau jawab lah dengan jujur. So kejujuran korang akan dinilai masa die check nanti. So korang akan dipersialkan baring atas kerusi tu dan doktor akan check lah satu persatu gigi kau. Dia check gigi aku dan tanya bahagian mana yang aku rasa nak pakai braces tu. Aku pun jawab bahagian depan tu. Gigi macam ke dalam sikit. Die pun okay faham. Habis checkup tu dia akan minta student tu catat dan setkan bila next appointment.
Jadi untuk sesi ? Januari tu jumlah bayaran adalah sebanyak RM10.
Tahu bila next appointment? Aku dapat panggilan pada petang ? April. Ada sorang student ni call aku, dia tanya masih berminat ke nak buat braces? Aku pun cam terkejut lah kan. Aku ingatkan setahun lebih baru dia nak call aku rupanya tak sampai 4 bulan. Sebab aku masih berminat, dia setkan appointment 2 hari selepas tu pada ? April pukul 10 pagi.
Jadi pada pagi ? April tu mencicitlah aku dengan sorang member ni. Aku takut nak drive jadi aku mintak tolong dia. Sebab takde kelas masa tu bolehlah dia teman aku jap. Sampai sana macam biasa daftar bagi kad dan bayaran adalah sebanyak RM5.
Disebabkan aku datang terlebih awal dan klinik tu buka pukul 10, aku tunggulah kat situ sambil perhati student-student kat situ. Bukak je klinik tu diorang serbu masuk amek peralatan itu ini. Tak sampai 5 minit dari pukul 10 tu, datanglah sorang student perempuan yang call aku kelmarin ni jemput masuk ke dalam.
Okay dalam klinik tu ada banyaaaaaaak giler compartment setiap satunya ada dental chair. Aku baca kat status Dr. Q (sila follow beliau) harga kerusi tu sama dengan satu biji kereta vios. Huhu. Memang lengkap lah. Nama pun Uitm kan, diorang kene lah ada peralatan yang lengkap untuk belajar. Masa belajar alat semua lengkap. Masa kerja yang real punya kat klinik biasa kerajaan, banyak takda. Huhu.
Firstly dia akan tanya macam-macam sebelum start buat checkup. Antara soalan dia: cuci gigi berapa kali sehari, pakai ubat gigi apa, jenama apa, flos gigi ke tak, pakai mouthwash ke tak, pernah scaling ke tak, selalu gi klinik gigi ke tak, merokok ke tak, apa alasan nak buat braces ni. Untuk soalan alasam ni kau kene gigih sikit fikirkan sebab yang munasabah dan kuat untuk memungkinkan kau pakai braces. Itu semua dia catat untuk dia present depan doktor nanti.
So bermulalah sesi menyemak gigi aku. Masa ni tolong, jangan rasa malu untuk tunjuk gigi walaupun gigi kau macam gigi kucing ke. Macam-macam aspek dia check, gusi, plak gigi, kedudukan gigi dan lain-lain yang aku pun lupa.
Lepas habis dia check dekat 30 minit tu, dia buat kesimpulan. Jawapan dia ni agak mengecewakan hati aku. Penat-penat aku datang nak buat braces dengan keazaman yang tinggi, dia kata: “Encik tak layak nak braces sebab tak menepati kriteria untuk memakin braces”. Aku dengar je jawapan tu of course lah sedih dan aku berdoa semoga aku boleh pakai. Dan Alhamdulillah Allah maqbulkan doa aku bila doktor yang sebenar check.
Diorang ni student akan present depan doktor gigi tentang keadaan aku dan apa sebab aku nak pakai braces. Anatara alasan aku ade certain perkataan yang aku takleh nak sebutkan dengan makhraj huruf yang betul sebab gigi yang ke dalam tu. Tapi aku kene balik ngan doktor tu bila dia cakap, setakat ni takda kajian yang mengatakan pakai braces boleh betulkan percakapan huruf kita balik. Checkmate di situ.
Check punya check doktor tu kata ada part yang student tu tak check. Aku tak sure sama ada tersilap ataupun terlupa nak check. So doktor ni cakap yang aku layak pakai braces. Aku pun horeyyy kuat-kuat kat situ. Tapi dalam hati lah. Take note eh, masa doktor ni terang, kau akan jadi macam bahan uji kaji sekejap. Sebab masa dia explain tu, student yang lain akan datang tengok. So aku terpaksa lah tahan malu sikit. Ye lah sebab nak murah, terpaksa jadi korban sekejap.
Langkah seterusnya diorang akan bancuh simen dan masukkan dalam mulut aku untuk ambil acuan gigi aku. Jap bukan simen, tapi macam tanah liat. Masa ni kau kene tahan sikit lah. Bukan sakit tapi tak selesa sebab rasa macam nak muntah.
Lepas habis untuk acuan tu, aku buat xray pulak dekat tingkat bawah. Xray ni pulak, mesin tu akan round satu kepala kau. Masa tu terbayang dalam cerita good doctor, patient masuk dalam mesin MRI tu. Rasa macam dalam kubur. Insaf jap. Tapi untuk xray ni korang kene berdiri dan mesin tu akan pusing keliling. Sekejap je proses tu. Pastu habis lah. Boleh balik. Doktor tu bagitau lepas ni akan ada appointment untuk tampal dan betulkan mana yang rosak untuk memudahkan specialist pasangkan braces. So kiranya next untuk pasang braces bukan doktor pelatih ni lah yang buat.
Anggaran untuk pasang braces adalah dalam tempoh masa setahun dan lebih. Oleh itu kene banyakkan berdoa supaya dipercepatkan untuk pakai braces. Tapi kau ingat senang ke nak buat preparation sebelum doktor pakaikan braces kat gigi patient dia? Aku tengok yang pakai fake braces tu mudahnya lahai dia pasang. Apa dia ingat macam main lego ke main letak-letak pastu last-last gigi jadi lurus macam pembaris. Dengan sisa gigi tak dibersihkan pastu main taram pakai fake braces. Doktor tu punya lah susah check gigi aku pastu buat acuan pulak pastu gi buat xray. Hmmm entahlah.
Jadi jumlah keseluruhan untuk 2 kali sesi ni RM 10 pendaftaran pertama dan RM5 untuk sesi checkup + examine + xray. Kalau kat swasta confirm lah tak dapat harga ni.
Ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian:
1. Ini adalah pengalaman aku dari mula daftar sampai checkup boleh ke tak boleh nak pakai braces. Braces belum pakai lagi.
2. Harga kalau buat dekat sini adalah sekitar dari RM1k-RM3k. Ini adalah berdasarkan jawapan yang aku terima dari mulut student tu dan abang yang jaga kaunter.
3. Deposit hanya bayar bila masa kau akan betul-betul dipasangkan braces. Deposit boleh nego atas budi bicara.
4. Perkhidmatan yang dilakukan oleh student adalah free. Berbayar jika doktor yang real atau specialist yang buat.
5. Untuk student uitm sendiri kalau aku tak silap lah adalah free (percuma) tak perlu bayar. Kalau orang luar dari uitm baru kene bayar even kau budak universiti lain. Asal bukan uitm kene bayar.
6. Tempoh menunggu adalah lama dan bagi sesiapa yang berhajat nak menggunakan perkhidmatan pergigian uitm ni kene bersabar dan boleh start kumpul duit dulu. Tempohnya adalah sekitar setahun atau lebih ataupun kurang dari setahun (rezeki).
7. Berbeza dengan swasta tempoh menunggu adalah sekejap dan harga pun bagi sesiapa yang mampu. Kau ada duit kau boleh buat. Asalkan gigi kau berterabur. Kalau tak berterabur buat apa nak pakai hanat.
Kesimpulannya:
Panjang-panjang aku tulis ni, aku nak minta maaf sebab guna perkataan ‘aku’ supaya lebih dekat dengan pembaca. Dan kalau ada penggunaan bahasa rojak tu, maaflah. Aku tak kisah kalau campur dua bahasa asalkan bukan “shortform”. Aku pantang nampak shortform ni. Dasar pemalas nak taip panjang.
1. Korang yang nak pakai braces tapi bajet ciput, boleh lah try pergi Kampus Pergigian UiTM Sungai Buluh ni. Tempat lain pun ada jugak tapi aku tak pasti dekat mana. Jadi apa tipsnya? Pergi lah ke mana-mana klinik kerajaan atau pusat perubatan universiti yang ada menyediakan perkhidmatan orthodontic ni untuk dapatkan harga yang lebih murah. Kalau nak cepat boleh lah pergi swasta. Tapi duit kene ada lah.
2. Diorang ni bukan je ada perkhidmatan pasang braces ni, ada banyak. Cabut, tampal, rawatan akar, gigi palsu dan banyak lagi. Bukan terhad untuk braces je.
3. Aku buat confession ni sebab nak share kebaikan bersama. Ada satu video kat ML studios tu, tajuk pasal tips braces murah tapi ke mana entah pembawaan cerita dia.
4. Bukannya nak mengubah ciptaan Allah. Tapi sebab nak cantikkan je. Nak perbetulkan kedudukan gigi kepada yang asal.
5. Korang silalah follow Facebook para doktor gigi yang femes tu. Satu sebab ilmu. Satu lagi untuk kebaikan korang jugak.
6. Sila perhatikan gigi anak masing-masing. Kalau dah perasan gigi tu macam tak betul, sila bawak jumpa doktor. Takkan dah besar baru nak betulkan kan? Jadinya sebelum jadi tunggang langgang gigi tu, baik cegah dulu.
7. Nasihat yang terakhir, jangan ambil enteng tentang gigi. Kerana sakit gigi itu, hanya yang pernah rasa je tahu. Berus gigi betul-betul. Rajinkan flos gigi. Buat scaling 6 bulan sekali. Pakai mouthwash.
8. Last but not least, doakanlah aku boleh pakai braces cepat-cepat. Huhu.
Terima kasih kepada siapa yang boleh habiskan baca confession ni.
– A
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit