Assalamualaikum and hai IIUMC admins and beloved readers.
Disebabkan banyak sangat confession pasal gaji rendah dengan kelulusan tinggi, jadi aku nak share la sikit pengalaman aku dan orang sekeliling aku. Sebenarnya aku dah selalu cerita dekat orang. Sebab aku memang suka bercerita, cuma aku rasa maybe sesetengah orang yang baca ni boleh ambil sebagai motivasi diri. Aku bercerita pun sebab aku happy dengan pengalaman aku kerja macam-macam dengan jumpa pelbagai ragam manusia. Bila kita happy, kita kurang merungut.
Kebanyakan yang share kisah gaji rendah ni semua ada kelulusan belajar yang tinggi dalam bidang sains. So sebelum aku mula cerita aku bagitau serba sedikit latar belakang aku. Aku perempuan, hampir 30 tahun, sekarang aku doktor. Aku tak suka bagitau orang aku doktor kalau kat luar, sebab orang selalu letak some expectation on me. Maafkan bahasa rojak aku, kadang aku tak jumpa ayat yang sesuai.
Okey cerita aku bermula. Biasa kalau orang dengar doktor apa pandangan korang? Nerd? Gaji besar? Kaya? Mewah? High class? Dihormati? Have-have? Okey tu semua dalam novel je. Hakikatnya doktor manusia biasa dan mutakhir ni selalu dicari kesalahannya. Haha. Mampu gelak hambar je. Ouh gaji doktor baru macam aku pun tak banyak mana, Alhamdulillah cukup la nak survive, bagi parent dan adik-adik sikit sorang.
Aku memang dari lepas spm aku suka cari kerja. Tak boleh duduk diam. Aku kerja kedai kek, aku kerja mc donalds, aku kerja pembantu klinik, aku pergi rumah sedara mara jaga anak-anak diorang. Aku menjahit aku mengait aku memasak, buat je la apa aku boleh buat untuk cari side income. Sejujurnya aku sejenis yang tak suka berniaga, benda yang aku jual biasanya hobi dan masakan kegemaran aku je. Huhu.
Aku kerja part time ni sampai lepas habis degree sementara tunggu dapat kerja doktor. Walaupun aku dah ada tittle doktor dalam degree aku masih buat je apapun kerja.
Gaji paling tinggi pernah aku dapat rm1300, tu pun lepas tolak duit sewa bilik makan dan tambang (aku naik bas, grab, basikal awam ataupun jalan kaki), ada la baki rm800 untuk aku makan dan buat lesen slow-slow. Ayah aku ni, bila anak-anak cutidan habis belajar, duit poket dia stop. Pandai-pandai la nak hidup, dia anggap dia dah bagi makan kat rumah so takda duit poket masa cuti 3 4 bulan. So tu salah satu sebab aku nak cari kerja asal dapat tanggung hidup aku dan boleh belanja mak dan adik-adik aku barang seratus dua setiap bulan. Aku takda biasiswa masa belajar, jadi duit poket ayah aku bagi masa belajar cukup-cukup je
Dalam adik beradik aku, dari abang kakak aku lagi dah terbiasa cari kerja biasa-biasa dulu sambil-sambil isi borang dan resume untuk kerja yang barkait dengan bidang. Kakak aku pernah kerja jaga nursery, abang aku try kerja burger king, kedai baju, jual burger tepi jalan, adik-adik aku jual air, biskut, ayam kat pasar malam, subway, despatch boy, apa lagi? Kiranya semua adik beradik aku kerja santai-santai je lepas habis belajar, masing-masing lambat jugak la nak dapat kerja tetap. Tapi sebab dah terbiasa so takda yang rasa down walaupun kerja nak patah pinggang tapi gaji rm500 je sebulan. Yang penting poket berisi, tak susahkan mak ayah.
Okey nak bagitau bukan aku je macam tu, masa aku jadi pembantu klinik, doktor yang kerja kat situ sikit pun tak terkejut bila tau kelulusan aku. Rupa-rupanya dia pun macam tu jugak. Haha. Dia punya cerita lagi best. Kerja apa dia tak pernah try, pembantu restoran, tukang buat air cuci pinggan, entah apa-apa je la. Dia pun perempuan jugak. Aku faham jadi anak perempuan bukan senang mak ayah nak lepas kerja jauh-jauh pastu kerja tak kena dengan kelulusan. Tapi demi pengalaman dan secebis duit poket, aku redah je hujan panas. Duduk je menyewa jauh sikit dari family sebab kawasan rumah aku tak banyak peluang pekerjaan.
Kawan-kawan aku pun sementara tunggu panggilan kerja, ramai je kerja restoran fast food ni.(kami menganggur ada yang 8 bulan hingga setahun lebih, langsung tak boleh kerja sebagai doktor selagi tak ada lesen sah pengamalan) ada kerja KFC, Aeon, pembantu klinik, pasar malam, jual air, meniaga tudung, baju, skincare, supplement, buat dropship atau keluarkan jenama sendiri, jadi pengasuh, guru ganti, cikgu tuisyen, pembantu makmal dan macam-macam la, just name it. Yang menganggur perabih beraih mak pak pun ramei, hehe. Dan sampai dah kerja jadi doktor pun masih ramai yang buat dua kerja, biasanya online bisnes la. Even roomate rumah sewa aku pun buat dua kerja, dia intern dekat syarikat telco pagi, petang dia kerja butik sampai malam. Takda life? Aku nak bagitau, jadi site engineer pun hidup macam zombie.
Pendek kata, kita tak tau rezeki kita celah mana. Jangan sedih atau malu dengan gaji yang kita dapat. Rezeki halal kan? Tak kira la ijazah master phd ke apa jua kelulusan yang kita ada. Aku faham zaman sekarang susah nak dapat kerja tetap. Aku sendiri doktor kontrak. Nasib masa depan aku masih bagai telur dihujung tanduk. Aku boleh dibuang kerja bila-bila masa. Tapi yang penting masa sekarang. Perbaiki diri, sentiasa mencuba dan berusaha.
Aku tau korang pun sebenarnya tak memilih dah, tapi cuma kecewa sebab masih belum jumpa kerja yang setimpal dengan gaji yang sesuai nak survive zaman sekarang. Nasihat aku, korang kena rajin bukak jobstreet, maukerja, luaskan skop pekerjaan. Pembantu klinik gigi, klinik kesihatan keluarga atau pakar, kalau dah ada lulusan sains lagi bagus, ada kerja jadi pembantu makmal, pembantu hospital, syarikat-syarikat farmasi dan teknologi perubatan.
Kalau tak jumpa kat website, try bukak kat fb, banyak sangat kerja yang gaji rm1k keatas. Paling penting belajar uruskan kewangan. Kalau boleh naik motor, naik motor. Aku jelous tengok kawan-kawan aku boleh save budget pergi kerja naik motor. Sekarang doktor-doktor pun nak saving jugak. Haha. Aku tak boleh sebab ayah aku tak bagi, awal-awal dah suruh ambil kereta. So kalau boleh jimat, jimat la. Kalau yang susah cari kerja dekat-dekat berhijrah la. Jangan takut untuk bergerak mencari rezeki, bumi Allah ni luas. Cousin aku lulusan akauntan sampai sekarang kerja jadi cashier kat supermarket, sebab taknak keluar kampung. Tak kesah la kan? Asalkan happy walau gaji tak besar atau kerja tak ikut kelulusan pun.
So pilihan sebenarnya di tangan kita. Aku doakan korang yang masih belum jumpa kerja yang sesuai, moga korang dimurahkan rezeki. Banyakkan bersedeqah dan tak berkira untuk Allah lapangkan rezeki kita. Mungkin gaji kita tak besar tapi Allah bagi keluarga bahagia? Mungkin Allah cuma nak uji sikit sebab masa belajar dulu tak pernah diuji? Dan kita tak tahu rezeki masa depan macam mana. Sentiasa pandang orang lebih susah dari kita untuk buatkan kita lebih bersyukur. Jangan duk pandamg yang pakai kabel apa semua tu, dalam sejuta berapa ketul la sangat pakai kabel. So tukar mindset korang. Be positive!
Sekian…
P/s : kalau ada ayat teriak ke atau berlebih-lebihan yang menyinggung perasaan pembaca aku mintak maaf siap-siap. Takda niat melainkan cuma nak naikkan semangat orang-orang yang masih mencari kerja. U canduit!
– Miss A
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit