Thalassemia Beta Carrier

Assalamualaikum dan Hi semua. Selalu aku ni silent reader jek tapi kalini rasa nak share something pasal diri aku. First of all, aku nak minta maaf kalau story aku ni tunggang langgang. Tak pandai nak karang ayat bunga-bunga. Btw, thank you admin kalau cerita aku ni terpilih untuk disiarkan.

Aku seorang Thalassemia beta carrier. Okay, sebelum tu aku nak terangkan apa tu Thalassemia sebab majoriti masih ramai yang tak tahu kewujudan pasal penyakit ni. Thalassemia (thala) ni sebenarnya penyakit genetik sel darah merah (Red blood cell RBC).

Individu yang ada thala tak boleh nak hasilkan RBC yang elok dan cukup sebab RBC untuk orang normal ni boleh bertahan 3 bulan dalam badan sebelum musnah sendiri. So kalau thala patient macam aku ni, structure RBC abnormal dan tempoh RBC dalam badan pun tak sampai 3 bulan.

Macam aku cakap tadi, thala ni penyakit keturunan atau genetik. Penyakit ni akan pass dari mak atau ayah yang bawak gene Thalassemia kepada anak-anak dia. Both lelaki dan perempuan ada same chances untuk dapat thala. Untuk kes aku, mak aku Thalassemia carrier dan ayah aku free from Thalassemia gene, and thala gene tu di’pass’kan kat akak first and second, then aku (anak keempat). Oh, btw aku ada 5 adik beradik.

So, Thalassemia ni ada dua jenis:

1) minor a.k.a carrier
2) major a.k.a patient

Untuk minor ni senang la nak cerita sebab aku dapat rasa apa yang jadi kat diri aku. Selalunya aku akan rasa pening kepala, blackout dan nak collapse even makan on time everyday. Kalau stress nak exam, busy dengan assignment lagi menjadi nak collapse tu. Selain tu muka nampak pucat dan aku akan cepat sejuk kalau stay dalam bilik yang on air-conditioned even 25°C. And aku kena consume certain supplements untuk Thalassemia ni.

Tapi overall aku rasa okay jek even jadi carrier ni, still hidup normal macam orang biasa lol. Kalau nak ukur tahap keaktifan aku ni, boleh la nak dikatakan aku ni aktif. Aku join almost semua acara padang kat sekolah dulu-dulu and right now ada blue belt dalam taekwondo. Tengah pasang impian nak dapat belt hitam hahaha. Prinsip aku, kalau nak sesuatu jangan letak apa-apa alasan sebab alasan tu yang membantutkan semua impian hang.

Untuk thala patient aku tak boleh nak explain banyak sebab tak tahu exactly apa yang dorang rasa. Last year aku ada join Thalassemia event kat KL then sembang dengan sorang Thalassemia patient ni, aku namakan makcik A. Makcik A ni cerita kisah pregnancy dia kat aku. Kalau orang normal pregnant pun kadang tu ada masalah iron deficiency, ni thala patient mengandung. Allahu, aku tak boleh nak imagine macam mana dia cope dengan pregnancy period tu. Dia ada bagitau hemoglobin dia drop sampai 3.0, memang tersangat low untuk orang pregnant.

Makcik A dah takda pilihan lain selain blood transfusion, tapi risiko blood transfusion ni memang high risk untuk orang mengandung. Sebabnya takut berlawanan dengan antigen baby dalam kandungan dan boleh jadi keguguran. Tapi makcik A tawakkal jek, dia still buat blood transfusion tu and alhamdulillah sekarang anak dia selamat dilahirkan. Dan ditakdirkan anak makcik A tu pun Thalassemia patient macam mak dia. Aku tahu makcik A tu insan terpilih dan dia kuat untuk terima ujian macam tu. Sebab tu Allah pilih dia, huhu.

Okay, lompat balik ke cerita aku. Aku dapat tau aku ni ada Thalassemia masa umur 12 tahun. Masa tu mak aku rasa penat sangat, muka dia pun pucat berminggu minggu so dia pergi klinik kesihatan la nak check. Sekali dapat tau ada Thalassemia, dahtu Dr yang in charge tu panggil semua adik beradik aku termasuk ayah aku nak buat family screening. And it turned out mak aku, akak first, akak second and aku adalah thala carrier.

Family screening ni ambil masa 6 bulan untuk dapat result confirmation Thalassemia (tapi bergantung jugak kat lab tu). Once Dr dah declare hang ada Thalassemia, hang akan ada special Thalassemia card. Kalau apa-apa jadi pun senang la sebab orang tau hang ada Thalassemia. Dalam family aku, semua dah ada kad cumanya aku sorang jek yang susah nak dapat.

Masuk tahun ni (2019) dah 3 tahun aku tunggu bila la nak dapat kad tu. Disember lepas aku dah dapat result DNA analysis untuk Thalassemia aku, but still kena undergo other DNA analysis sebab Dr kata Thalassemia aku ni rare hahaha. So, kalini aku kena buat DNA analysis dengan mak ayah aku. And yes, aku dah malas nak buat kad tu. Aku cakap kat mak aku, nanti kalau nak kahwin aku try apply sekali lagi kad tu, tapi tu pun kalau ada jodoh la dapat kahwin. Hahaha.

Kenapa aku cakap macam tu? Sebab selalunya orang akan buat Thalassemia screening masa nak kahwin jek, takut terkahwin carrier-carrier. Menangis la hang kat tepi bucu katil, menyesal tak sudah. Sebab tu penting untuk tau sama ada hang ada Thalassemia gene ke tak masa bujang ni. Dan penting jugak hang declare hang ada penyakit ni kat orang yang hang nak merisik jadi life partner. Kot la dia pun ada jugak, takpun dia tak dapat nak terima hang sebab penyakit hang.

So boleh la hang get ready hati tu nak terima segala ketentuan-Nya. Dan jugak ni semua nak elakkan dari timbulnya isu lepas hang berumah tangga dan beranak pinak. Nanti laki bini gaduh sebab tak bagitau ada Thalassemia dan salahkan masing-masing. Alhamdulillah so far aku tengok kak aku yang ada Thalassemia tu bahagia jek even dah ada 2 anak yang chubby.

Hmm, tu jek dari aku. Thanks for spending your time read this. Kalau rajin pergi la buat screening, haha. Sekian.

– Bellator

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *