Satu Fasa

Assalamualaikum semua. Nama aku Hafia (bukan nama sebenar). Kisah ini bukanlah kisah hebat atau seronok untuk dikongsi sebenarnya. Nak bercerita dengan orang pun aku tak mahu melainkan yang aku betul-betul percaya dan rapat.

I’m a ‘secret keeper’. Aku suka pendam tapi bukan dendam. Dua perkataan yang berbeza dengan maksud yang berbeza tu. Dendam ni macam simpan rasa marah dan mungkin ada niat untuk membalas semula. Pendam ni suka simpan je apa dia rasa sama ada baik atau buruk. Aku suka pendam sebab aku rasa tak semua manusia mampu memahami apa kita rasa. Jadi baik aku cerita atas sejadah pada yang Maha Mengetahui.

Aku dari sekolah menengah tidak pernah bercinta dengan mana-mana lelaki. Suka tu ada tapi dalam diam je. Tapi aku agak terkenal jugak dalam kalangan pelajar dan guru sekolah. Terkenal dengan apa aku pon tak tahu. Aku tahu amanah yang aku bawa. Sampai la aku masuk uia. Perkara yang sama berlaku dalam hidup aku. Aku cuma abaikan. Tolak dengan baik.

Sejujurnya, aku tidak bermimpi untuk kahwin pada usia muda. Aku nak kejar cita-cita aku dan jadi single sampai la aku rasa cukup masanya atau sampai dah kerja nanti la. Tapi di tengah-tengah simpang hidup tu, aku bertemu dengan seseorang yang aku tak jangka dia akan berhubungan dengan aku. Maksud aku hubungan yang ingin dibawa kealam perkahwinan la.

Dia lelaki yang sangat rendah diri, memelihara diri dan orang2 dia sayang, sangat kaya dengan adab, tinggi dan kacak. Idaman wanita di luar sana. Memang dia ni jadi buruan wanita pon. Tapi dia abaikan seolah tiada apa-apa. Aku tahu pon dari kawan-kawan dia. Nak harapkan dia bercerita memang tidaklah. Kami berkawan sekejap dan dia terus nak jumpa parents aku. Aku terkejut tapi aku benarkan sebab aku pon sejenis yang tiada rahsia dengan mak ayah. Alhamdulillah kedua-dua keluarga bersetuju dan kami selamat bertunang.

Tidaklah lama kami berkawan. Tapi cukup untuk aku katakan dialah lelaki itu. Kami merancang masa depan apa semua. Aku respect dia sebab dia tak pernah ajak aku dating atau ajak call. Semuanya teks sahaja walaupon agak lenguh menaip. Berchatting pon jarang sebenarnya tapi jujur aku sanagtpercayai dia. Aku yakin dia sangat baik dan setia. Macam mana dia jaga ibunya. Dia letakkan ibunya keutamaan dan aku sangat suka. Aku tak kesah sebab walaupon dia berkahwin nanti, syurganya tetap pada ibu dia.

Kata orang, manusia yang baik ni Allah sayang. Semua yang kenal dia sayang dia. Walaupon baru sekali jumpa.Aku je sakali jumpa tak rasa pape sebab dia nampak sombong dengan aku dulu tapi rupenya suka aku. Iya, dia sudah pulang kerahmatullah. Kami belum sempat berkahwin. Antara perkara yang dia suka buat adalah minta maaf walaupon dia tidak berbuat apa-apa salah pon.

Dia sangat positif dan mudah menerima. Dia jaga wudhuk terutama kalau atas jalan raya tu dan tahap redha dia tu aku salute la. Memang dia bergantung sungguh, Kadang-kadang kami story pasal mati tau saja-saja je. Dia selalu cakap kalau dah ajal tu mati jugak walaupon baca doa, hati-hati. Yang lain tu asbab je. Kene tawakkal jela.

Aku menagis teruk tapi aku redha. Semua ni Allah yang atur bukan aku dan dia. Kalau semua ni kami boleh tentukan pastinya yang manis-manis je. Aku anggap ni salah satu fasa aku menuju kedewasaan. Aku yakin dengan ketentuan Allah untuk aku dan dia. Kesedihan ni bukan aku je yang rasa bahkan ahli keluarga dia sebab dia memang baik. Aku tak sangka perancangan kami ni tidak sesuai rupanya. Allah Maha Berkuasa atas tiap sesuatu.

Benarlah kita merancang Allah tentukan. Yang pasti Allah uji mengikut kadar kemampuan kita. Setiap orang mempunyai kemampuan yang berbeza. Ini jalan aku, perjalanan aku, kisah aku. Semuanya tak kekal kerana yang kekal akhirat sana. Ada hikmah disebalik tiap kejadian.

Kalau korang rasa korang ada masalah atau sedih, ,mengadulah pada Allah sebab dia Maha Mendengar. Beri sepenuh hati pada Dia. Dia akan belai dengan baik. Nak cerita pada kawan pon boleh tapi pada kawan yang boleh bagi sokongan dan motivasi. Yang penting diri ni kene ada motivasi jugak. Jangan mengeluh. Anggaplah ujian tu hadiah Allah untuk kita.

Tanda Dia sayang maka dia beri perhatian pada kita dengan sedikit ujian. Apalah sangat ujian kita kalau nak dibandingkan dengan ujian para nabi dulu untuk menyebarkan Islam. Ujian mereka sangat berat tapi mereka tidak pernah mengeluh tapi terus-terusan berusaha menyampaikan amanah dan dekat dengan Allah. In Shaa Allah hayatilah kisah mereka.

Doakan aku agar mampu menjadi muslimah mukminah yang bermanfaat kepada insan lain. Allahualam.

– Hafia

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *