Bukan KRT

Assalamualaikum wbt. Selaku pembaca setia IIUMC, maka aku perhatikan ketika ini sedang berlaku trend confession mengenai criteria memilih pasangan.

Maka selaku seorang yang up-to-date dan mengikut trend semasa (konon), aku pun tiba-tiba terasa gatal jari nak taip karangan (yang entah ada isi ataupun tidak) bertajuk “pengalaman saya dalam memilih pasangan untuk dikahwinkan dengan diri saya”.

Secara kebetulan, baru-baru ni, kawan aku bertanyakan satu soalan cepu cemas “macam mana kau buat keputusan dulu yang suami kau is the one?”

Jujurnya, usia perkahwinan aku baru setahun jagung dan masih tak layak lagi untuk berkongsi tips atau pengalaman rumahtangga, tapi bila aku dapat soalan tu, terus aku flashback zaman-zaman sebelum aku berumahtangga.

Ketika aku dah berusia lewat 20-an dan disebabkan dah mencapai beberapa goals dalam hidup yang aku rasa that’s it, mungkin sekarang dah sampai masanya untuk aku berumahtangga, maka aku pun mulakanlah usaha search and rescue. Mencari pasangan hidup untuk menyelamatkan diri, maklumlah usia dah meningkat tapi tak kahwin-kahwin lagi. Cewah.

Aku aktif mencari, cuba mengenali ramai orang, beri peluang pada mereka dan juga diri sendiri, tapi bila tak berjaya ‘spark the joy’, aku terus terang dan undur diri sebelum terlambat. Memilih betul kan, bajet je aku ni. Memang, moto hidup aku ketika itu, biar memilih, jangan tersalah pilih.

Dan ditakdirkan, aku jumpa dengan satu manusia ni yang sparks that joy. Kami kenal, dan dalam masa beberapa bulan terus buat perancangan untuk berkahwin. Okay dah habis flashback, dan berbalik kepada soalan kawan aku tadi, maka di sini aku jawab “bilamana kau boleh tolerate apa yang dia buat, maka ketahuilah, hati kau dah memilih dia”.

Toleransi, Itu satu perkara yang aku rasa sangat penting dalam hubungan. Dan kau boleh apply benda ni dalam langkah-langkah memilih pasangan (seperti di bawah):

1. Set basic criteria.

Ingat motto aku, biar memilih jangan tersalah pilih. Maka kau listkanlah perkara-perkara yang kau nak ada dalam pasangan kau. Tapi, biarlah relevan. Sebab apa? Sebab bila kau dah jumpa the one, percayalah kau akan tolak tepi semua kriteria tu. Kenapa? Sebab kau boleh tolerate dengan semua perkara buruk dia tu.

Haaa. Nampak tak aplikasi toleransi dalam step yang pertama. Dan please, letakkanlah agama sebagai list nombor satu kau. Sebab nak masuk syurga kan, tiada toleransi kecuali beriman terhadap Allah. Benda-benda lain contohnya macam cantik ke, hensem ke, pendek ke, merokok ke, baran ke, tu semua kadang-kadang kau akan campak ke tepi jugak kalau kau dah terjatuh cinta tanpa sengaja. Cinta tu kan buta.

2. Kenali dirinya dan keluarganya.

Memang kita takkan dapat mengenali sesorang tu kalau kita tak hidup bersamanya. Even yang dah bertahun kahwin pun masih ada jugak yang tak kenal pasangan masing-masing. Tapi, usaha dulu untuk kenal diri pasangan dan keluarganya. Dan paling penting, kenali diri kita juga. Sebab diri kita sahaja yang boleh menilai samada kita boleh ke tidak tolerate dengan diri pasangan dan keluarganya. Hah, tu dia aplikasi toleransi dalam step yang kedua.

3. Fokus pada diri sendiri.

Disebabkan kita tak mampu kawal benda lain, kecuali diri kita sendiri, maka kita fokus pada perkara ni. Lihat semula apa yang kau mampu beri bukan apa yang dia mampu beri. Tengok pada apa yang kau dah buat bukan apa yang dia dah buat. Relationship is to give and take. Lets just focus more on giving rather than receiving more. It helps you to feel grateful.

4. Tawakal.

Kita takkan pernah mampu meramal masa depan. Maka, apa-apa yang kita lakukan, sentiasalah letakkan Allah sebagai perancang terbaik. Whatever He prepares for us, is the best for us. Dan sentiasa usaha perbaiki diri supaya kita mampu bertoleransi dalam apa jua yang Dia takdirkan. Berdamailah dengan takdir, sesungguhnya kita hanya merancang tapi Tuhan sebaik-baik perancang.

Sebenarnya, proses memilih pasangan ni berbeza-beza bagi semua orang. Kehidupan kita semua kan berbeza. Ada yang mengambil masa bertahun-tahun dan banyak steps yang dia dah jumpa. Macam kes aku ni, aku apply 4 steps tu je lah. Maklumlah dah tua, tak daya dah nak melangkah banyak-banyak.

Dan ingatlah, manusia ni takde yang sempurna. Baik kau, pasangan kau, mahupun seluruh keluarganya, takde satu pun yang sempurna. Kalau kau berjaya dapatkan insan yang memenuhi semua criteria kau tu, maka tahniah. Kalau tak, maka kau applylah konsep toleransi tersebut. Kalau tak boleh toleransi, maybe dia bukan the one untuk kau dan kau pun bukan the one untuk dia. Dan berusahalah lagi sampai jumpa someone yang kau rasa “we could both tolerate each other, for the rest of our lives”.

Aku doakan semoga yang masih dalam pencarian memilih pasangan agar dipermudahkan urusan. Dan yang dah berjaya memilih sehingga ke jinjang pelamin, semoga sentiasa bertoleransi dalam hubungan perkahwinan. Dan semoga kita semua jumpa bahagia kita di dunia dan akhirat. InshaaAllah.

– Cik Puan K

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *